? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 11 November 2008

kETEMU KEMBALI

Salam,
Terasa bersalah pula kerana merasakan ada dua tiga orang yang setia menunggu untuk cerita baru tapi diri ini masih membisu. Sebenarnya sebulan dua ini saya hanya jadi pemerhati. Membaca blog anak- anak buah yang rajin menulis. Sungguh kagum dan malu sendiri kerana mereka menulis berinfomasi sungguh. baik dari segi maklumat kesihatan, keagamaan, perniagaan, masakan dan juga hobi.Berbanding dengan saya yang telah hidup lama tetapi tidak menyumbang apa -apa pun. Hmm, sebelum apa- apa atau merapu lebih jauh, kelewatan tidak menulis ini disebabkan beberapa perkara,
a) talian internet hanya berfungsi pada awal bulan November
b) peperiksaan akhir semester 2008/2009
c) penandaan peperiksaan kebangsaan tempatan(banyak pengorbanan rupanya- x leh cerita banyak sebab segalanya SULIT)
d) siri marhaban rumah ke rumah rakan guru selama seminggu syawal yang lepas
e) menjadi tuan rumah apartmen untuk marhaban
f) melayani tetamu yang datang ke rumah dan beraya sakan
g) membuat persiapan menyambut tetamu khas timbalan pengarah pelajaran 31 Okt lepas
h) mengantuk sokmo!

dan dalam masa terdekat ni
a) insyaallah Menteri Pelajaran untuk Anugerah Juara dan International games
b) menanda tutorial pra -u untuk ketiga -tiga semester
c) mesyuarat pelarasan pra universiti hujung bulan ni
d) mengemaskini hal- hal sekolah sebelum bercuti yang bermula 28 hb Nov

Sebulan dua ni agak sibuk berulang alik ke melaka. Ada lapang kami balik sekejap.Entah bila pula hendak pindah . selain dari itu, dapat tengok Afiq.Balik tengok Afiq terus exit di JB pulak. Tengok Athirah dengan Fakhrullah. Hujung minggu memang kat jalan je lah..Minggu lepas Afiq jatuh motor.Cedera lah juga. Kepala. siku dan lutut bertampal.sebagai ibu cemas la.. Tapi sempatla bebel. Mana tidaknya, kan musim peperiksaan..Si Abang Faruk sibuk tanya pasal motor legendanya, rosak teruk ke idak.. alahai anak....

Gambar- gambar x leh masuk lagi sebab ini laptop yang lain .. x install apa- apa lagi.. Hmm, sakit belakang dah, chow cincau!!

Isnin, 20 Oktober 2008

Assalamualaikum

Syukur,masalah teknikal dah di atasi. Ibarat robot atau ultraman, lampu di dada berkelip semula. Semalam Adidnda Aishah dan anakanda Adawiyah datang. Jamu soto je la. Buat sendiri kali pertama. Heran? Oh, tidak. Resipi ada di paket rempah soto. Banyak benor nak cerita, tapi bukan sekarang...
Chow..!!

Ahad, 21 September 2008

Salam Ramadan


Salam
Sedar tak sedar, Hari ini sudah pun 21 Ramadan.Kita sudah pun berkira- kira untuk menyambut hari raya aidil fitri.Keseronokan menyambutnya tidak terkata walaupun usia semakin meningkat. Entah kenapa. Namun di dalam usia meningkat ini, berdetik juga hati ini ,kerana kita semua maklum, di akhir Ramadan, tawaran Allah lagi hebat.Mengalahkan jualan di gedung-gedung.Waimanya, kalau kedai perabot jati beri tawaran percuma pun tidak dapat mengalahkan pertemuan dengan Lailalatul Qadar.Masyaallah, dapatkah saya bertemu dengannya. Mungkin di hati saya, amal ibadat saya masih belum benar bersih dan amalan saya masih kurang. Hmm...berdakwahla pulak..

Saya sebenarnya tidak sabar hendak beraya di kampung. Cuti raya seminggu bunyinya sedap, tapi sebenarnya singkat sebab raya jatuh pada hari rabu. Maknanya insyaallah 3hari raya dah kena balik....tak pe lah,dapat balik pun dah kira bersyukur latu..

okay la,x de mood la pulak.. sebab bukan tengah malam kot...

Jumaat, 5 September 2008

SEMBANG MALAM LAGI



Faruk anak sulung kami

Salam, bertemu kembali... betapa hati ini menggeletek hendak mengetuk papan kekunci untuk menaip beberapa baris supaya tidak ketinggalan jauh. Tak tahu kenapa, terasa malas benar sekarang ini, padahal dalam kotak fikiran melayang jauh mereka idea dan tidak sabar- sabar untuk disalurkan ke dalam blog.
Semalam ibu mertua opah siber kembali ke Rahmatullah. Bersyukur kerana semapat menziarah arwah pada cuti sekolah dua minggu yang lepas. Memang hati ini meronta- ronta hendak pergi menziarahnya sseolah- olah tahu itu pertemuan yang terakhir. Matanya memandang sayu dan adakalanya terlelap. Sekali sekala menghulur tangan minta dipegang. Sejuk tangannya tetapi lembut, kedutan kulitnya ketara sehingga Muhsin berasa hairan dan bertanya pelbagai soalan. Suami,Faruk,Syafiq, Athira dan Muhsin semuanya berkesempatan menziarah beliau pada malam itu. Sesungguhnya Arwah Mak Tepah ini, seperti ahli keluarga kami yang rapat juga. Dia kenal kesemua adik beradik kami dan mengambil berat..Saya berkahwin dulupun, bermalam di rumahnya dulu dan sempat juga dia bepesan untuk menjadi isteri yang solehah.Banyak juga kenangan yang tidak dapat tertulis di sini. Al Fatihah untuk Arwah Mak Tepah..Kata Opah Siber, wajahnya bersih dan seolah- olah tersenyum ketika diperbaringan terakhir.
20 hb Ogos yang lepas, hari jadi Faruk yang ke20. Dah ada anak bujang rupanya saya ini. Tiada hadiah dan kek. Dah beli kan dia thumb drive 4 Gig tapi dia dah ada. Tak jadi bagi. Sebelum tu dah bagi yang 1 Gig. Tapi dia dapat hadiah yang lebih besar. Dia kata tak payah bagi hadiahlah. Yelah, apalah sangat jika dibandingkan dengan Proton Satria 1.3 tahun 2003?Beruntung anak2 sekarang ya? Masa nak lahirkan dia dulupun kami tumpang kereta Cikgu Lutfi Pen. Kanan S.K. Ganchong, Pekan meredah tengah malam ke Hospital Pekan dengan air mentuban yang pecah..Cikgu Lutfi tu bujang pulak, keretanya baru, Proton SAGA putih, no. platenya CAA....alamak segannya sampai tak rasa sakit nak bersalin pun.Budi baik Cikgu Lutfi akan kami kenang sampai bila-bila dan doakan cikgu sihat sejahtera. Untuk Faruk pulak ibu dan bapa doakan yang terbaik untukmu. Tapi masih menegurnya sekiranya dia tersilap.Selagi dia belum berkeluarga rasanya dia masih anak- anak lagi. Kalau dia dah kawin pun nanti kalau dia silap perlu juga ditegur seperti arwah bapa menegur kami walaupun kami dah berkeluarga.Itu rancangan kami.Allah jua yang mengatur segala.
31 Ogos Hari Kebangsaan yang ke51. Kami meraikannya di Melaka dan bersahur Ramadan di sana. Apa yang diharapkan, apapun Malaysia tetap unggul dan merdeka. Keadaan sekarang macam - macam ekoran parti kerajaan menang majoriti mudah tempohari.
Akhir sekali Salam Ramadan.Banyak SMS diterima dan pelbagai. Terima kasih pada yang berkenaan. Ramadan kali ini macam rasa malas sahaja. Rumah dah tinggal bertiga. Alhamdullilah Muhsin dapat berpuasa penuh setakat ini. Agak rajin menolong terutamanya waktu berbuka. Mulutnya mengalahkan orang tua. Banyak ceritanya. Sahur dia makan cocoa crunch dengan susu sahaja. Tak lalu makan nasi kot. Kami pun insyaallah nak makan kacang panggang kot jap lagi. Abang pun jadi macam tak selera nasi. Ikan goreng dua ekor pun tak habis. Okaylah, nak tidur jap. Kul 4 nak bangun lak. Saya kerja nya lambat.. yang sdengang pun siapnya lambat. Sekali lagi salam Ramadan..

Sabtu, 23 Ogos 2008

Bertemu Kembali


Salam buat semua.. Hahh..lama tak menaip post ni. Sampai orang dah bertanya bila nak buat post yang baru..Sibuk bebenor ya?
Memang sibuk..mintak maaf la ya. Sebelum cuti semester 2 kali bermesyuarat di New York, JB.Mesyuarat penggubalan soalan Pra-u dan juga pengurusan sekolah seni dan sukan. Saya tak cakap apa- apa pun ..Bersiap sedia sahaja jika ada soalan - soalan yang diutarakan oleh penolong- penolong pengarah yang perlu dijawab jika ada, Alhamdullilah tiada.. Berjaga malam menyiapkan power point macam tak berbaloi la pulak..Kerja sekolah memang menimbun. Member kerja kursus pada pelajar seronok, nak menanda..tak terkejar la pula.
Sebenarnya macam- macam nak tulis,pasal arwah Gan sempena ulang tahun kelahirannya pada 23 Jun yang lalu, pasal Misteri Nusantara yang terjadi pada atlit berbasikal ketika mengambil bahagian di Kuala Pilah,pasal pak Uda Sabrun yang mencecah usia 50 tahun pada 15 Ogos yang lepas, pasal kak Farah yang sudah disunting orang,pasal cuti, dan juga pasal kak Adeq Hidayah yang menjejaki Cu Aishah dan Angah Azrin mennyambung pelajaran di US...Best kan.. Cuti ari tu opah siber buat kenduri diikuti dengan Mak Anjang Muar buat kenduri tahunan keluarga Rashid. Kesempatan balik ke Muar menempah biskut raya dan ambil contoh kuih untuk diedarkan bila naik sekolah nanti..( puasa pun belum lagi oii....!)Ye lah, semua nak cuba biskut dulu kan?
Teringin juga nak mengupas isu ' biarlah rahsia ' atau kata orang putih 'Promises are made to be broken'...Ye ke? Macam isu sensitif je ni....Cau dulu ye?

Ahad, 6 Julai 2008

MINGGU YANG SIBUK


Oh, ya rupanya ada sms dari Azrin. Isterinya (Zeti) selamat bersalin anak perempuan. Alhamdullillah... Anak-anak Azrin ini sepesen je..terutama sekali yang nombor dua- Amar. Syafiq pun ada macam azrin juga. Masa dia kecil dulu lagi sebijik sama. Kekadang tersasul juga panggil syafiq tu Azrin. Kalau Atuk Ihsan dengan Wan putih ada tentu suka. Dapat 2 cicit tahun ni. Sepasang lak tu. Kak Dui dapat nak lelaki (Zafran), Azrin dapat perempuan .Jazzakallahukhairan..Masyaallah.
Hari ini Pra- U SSBP/ SSBJ akan menerima pengambilan baru bagi Sessi 2008/2009.Katanya tak ramai, dalam senarai ada lebih kurang 33 orang sahaja untuk kampus SSBP. Biasanya tidak semua yang datang. Mereka mungkin ada pilihan lain atau ingin menjadi atlet sepenuh masa di MSN. Atlet pelajar ini katanya yang cemerlang dalam sukan dan disokong penuh oleh jurulatih sukan masing- masing. Sekejap lagi saya akan turun ke sekolah dan bertugas sebagai penyambut tetamu dan juga jamuan. ( sinonim dengan saiz kot...asyik dapat jawatankuasa jamuan je)Saya dah mula mengajar minggu lepas.Tapi pelajar belum lagi. Pelajar baru dan lama akan mendaftar hari ini dan rutin saya akan berputar semula seperti jam loceng.
Isnin lepas pelajar EST saya menduduki peperiksaan kertas 2. Bermula malam Selasa dan Rabu kami guru pra-u SSBP/SSBJ berkampung menyediakan soalan untuk peperiksaan pertengahan dan akhir semester.Hasilnya? Ada kesinambungan pada hujung bulan ini di Sekolah Seni Johor Bahru dan kami difahamkan untuk menyiapkan dan menyediakan soalan serta menentukan penanda kertas dan sebagainya di sana. Jumaat- saya dan Mr Simon melihat pusat peperiksaan MUET bagi guru sains dan matematik di Sekolah Menengah Tan Sri Abdul Kadir, Bandar Tenggaroh, Mersing.Jauh tu? Sampai rumah dah nak maghrib. Mana taknya? Kena ambil soalan di bilik kebal SMK Sri Mersing dan pula ke bilik kebal SMK Tenggaroh 2.Ada hikmahnya. Sempatlah beli keropok lekor Mersing dan Satar untuk dijadikan buah tangan. Malam Sabtu pula, jiran atas rumah dan juga Penolong Kanan Pra - U berpindah ke Banting kerana menyambung kursus pengurusan di IAB Genting selama setahun. Khabarnya dia mahu bertukar ke sekolah lain selepas tamat kursus. (Ju, terima kasih di atas tunjuk ajar dan kesabaran melayani karenah kami. pula)Semalam pula pergi menguji guru-guru di SMK Tan Sri Abdul Kadir.
Kebanyakan mereka adalah tahap sederhana. Dan saya rasa sungguh bersalah- adakah mereka ini diakibatkan oleh kelalaian guru Bahasa Inggeris? Atau sikap mereka sendiri? Atau sistem pendidikan yang bercelaru? Kerana, ada yang tidak faham istilah langsung dan mereka adalah guru(dan Melayu)! Saya perhatikan ada yang menggigil jari dan saya rasa sungguh kasihan. Tapi tidaklah sampai untuk mempengaruhi saya untuk menilai dan memberi markah percuma! Kemudian saya terfikir,betapanya kita memartabatkan Bahasa Inggeris sampai orang yang pandai Matematik dan Sains pun boleh kalah dibuatnya. Saya bincang isu ini bersama Simon dan dia tidak bersetuju sekitranya hanya guru Bahasa Inggeris sahaja dipersalahkan. Sikap individu itulah yang patut disalahkan. Dia memberi contoh dirinya yang tidah dibesarkan dalam keluarga yang fasih berbahasa Inggeris tetapi dia suka cikgu BI nya dulu dan belajar bersungguh -sungguh. Dia juga sistem pendidikan perlulah ditambahbaikan kembali semula kepada sistem dahulu iaitu menggunakan Bahasa Inggeris. Saya menyangkal kerana saya datang dari Aliran Melayu dan faham kehendak Penyata Razak itu. Cuba lihat Jepun, Jerman dan Thailand sebagai contoh. Mereka maju tetapi tidaklah sampai mendaulatkan BI! Michael Shumacher dan ahli sukan China, Russia, Jepun- begitu susah payah media Barat mencari penterjemah. Disebabkan mereka maju mereka semua orang datang cari mereka. Simon kata orang Jepun dah mula belajar BI kerana mereka sedar ianya adalah satu keperluan di masa akan datang untuk jangkamasa yang panjang.Entahlah, kalaulah begini, saya berpendapat sampai bila- bila pun Bahasa Melayu tidak dapat dimemartabatkan.( Itulah sebabnya saya bersusah payah menulis blog di dalam Bahasa Melayu agar saya tidak hilang Bahasa Melayu)
Hmm merepek pulak. Teringat pula masa belajar Kertas Am (sekarang Pengajian Am) di tingkatan enam ..Seronok juga pergi Tenggaroh tu..Sabtu depan dan 19 hb ada lagi,bau asap orang bakar sampah sedap pula baunya. Ayam berkeliaran dan suasana Felda teringat pula zaman di Jengka 1. Pokok sawit yang hijau yang ditanam semula menyejukkan mata. Bincang punya bincang kami tersesat sampai ke Tenggaroh 6!

Khamis, 3 Julai 2008

AHAD,29 JUN - HARI BERSEJARAH AFIQ



SALAM,
Semoga pembaca blog saya sihat sejahtera aman makmur dilindungi Allah. Masa nampaknya begitu cemburu nak melihat saya menulis dengan panjang lebar di sini. Pada minggu lepas, 29 Jun, Afiq mendaftar di UTeM Melaka,sukalah dia sebab itu yang dia nak sangat. Pelajar yang mendaftar adalah seramai 2,400 orang termasuk siswa peringkat ijazah. Katanya di luar jangkaan.Lebih 800 orang berbanding sasaran 1600 orang sahaja. Itu satu permulaan yang baik. Kegusaran kami terhadap universiti hilang. Mula mendaftar pukul 10.30 pagi, tapi siapnya hampir jam 3 yang berakhir di asrama Murni. Dapat asrama( apartmen) yang paling atas,kemudian ada seperti rumah dua tingkat pula di atasnya. Lepas itu pula dapat katil tingkat atas!Pergh!!Bila cerita kat kak yang, dia tanya " tak pesan kat Afiq, nanti markah pun paling atas?" " Ha ah, ya lah, tak terfikirlah pulak...idea yang bagus tu.." Muhsin berkelakuan pelik juga pada hari itu. Marah- marah tidak tentu pasal . Rupa-rupanya dia sedih sebab tak ada orang beli air untuk dia selepas sekolah. Biasanya Afiq akan singgah di kedai selepas menjemputnya dari sekolah. Baik sekolah pagi ataupun sekolah agama. Sekarang tugas tu dibuat oleh bapa atau pun ibunya. ( susah gak afiq tak ada ni..basuh kain,sidai kain, gosok baju,buang sampah dah kena ambil alih semula..)Untuk Afiq, selamat belajar....jangan lupa nasihat kami..

Ada berita mencemaskan pada hari Sabtu 28 hari bulan tu..Pagi- pagi lagi Akak dah telefon mengatakan dia hendak ke Melaka untuk menziarahi adik iparnya Dr Mamat kemalangan. Kereta Hondanya habis musnah. Syukur alhamdullillah dia terselamat tanpa ada kecederaan yang teruk. Dia sempat keluar dari keretanya. Tidak lama kemudian dapat lagi panggilan telefon dari Abang Run pulak.Dia juga kemalangan! Lah, apa ni? Saya panjangkan kisahnya kepada adik beradik lain. Tetapi boleh tertinggal pula kak yang. Inilah akibatnya buat andaian agaknya abang Run dah bagi tahu semua orang. Lain kali, kalau saya dapat apa- apa berita, saya akan panjangkan kepada
mereka yang terdekat kepada saya. Agak ralat juga kak yang. Masakan tidak, orang sejauh Sitiawan pun tahu ..Saya faham perasaan Kak Yang..walaupun menagatakan tidak kisah,dan, menganggap dirinya sebagai pak Itam Aman saya tahu jauh di lubuk hatinya dia terkilan. Namun, bila berfikir secara positif,katanya, mungkin abang Run tidak mahu menyusahkan kami.Tapi hari itu memang saya kelam kabut. Sudahlah perjalanan dari Penawar 4 jam, selain membuat persiapan terakhir Syafiq ,meter air di rumah Melaka pula dicuri orang!! Kabarnya dah hilang dua hari.. satu kerja la pulak, kena cari tukang pasang meter. Abang Run dan Akak pula asyik bertanya dah sampai mana dan bila nak sampai...!!

Tak apalah, lepas ni saya akan cuba menjadi penyampai yang baik. Insyaallah..
Kami balik ke Penawar lepas maghrib pada dan jem selepas Exit Pagoh selama 1 jam setengah. Ada melibatkan kereta lebih dari lima buah.. kami selamat tiba di Penawar hampir 2 pagi.Tinggalah kami 3 beranak pula di Penawar..

Rabu, 25 Jun 2008

Penantian Afiq Berakhir


Salam,
Akhirnya penantian Afiq berakhir.Bukan sahaja dia. Tetapi kami juga terutamanya saya kerana dah hampir bulan 7 tiada sebarang berita selain temuduga IPG dan penolakan UITM hari itu. Cemas saya dibuatnya.Alhamdullillah. Syukur. Dia telah diterima di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Peluk dia 2 kali. Sebelum tu dapat panggilan dari Mi Sahak mengatakan berita baik itu. Sengaja ingin buat kejutan bila dia pulang selepas latihan. Menduganya dengan pelbagai soalan. " Afiq dah cek UTeM?" " Macam tak ada harapan lah ibu." Kemmudian saya bertanya sekiranya dia mendapat IPG dan UTeM, mana satu pilihan kalbu. Jawapannya tetap sama. UTeM. Puas saya mengatakan kalau masuk IPG elaun dapat, tiada pinjaman perlu dibuat. Ada pelbagai kemudahan. Namun jawabnya profesyen perguruan tidak mencabar.Apa lagi sekolah rendah. Saya cuma senyum di dalam hati. Melonjak- lonjak ingin sampaikan berita gembira itu. Akhirnya saya mengalah. Saya buat semakan di laman UTeM untuk kepastian. Sah. Memanggilnya mengadap laptop. Dia seperti tidak percaya pula..Petang itu juga kami muat turun surat tawaran yang lain kerana surat tawaran itu dialamatkan ke Melaka.Dia mengambil kursus Diploma jurusan teknologi maklumat dan komunikasi.Itulah pilihannya. Yang pasti dia dah dapat berkayuh. Terasa sia-sia sekiranya dia tidak meneruskan minatnya itu. Apatah lagi dia telah turun hampir 10 kg sejak mula berlatih. Selain itu, Sahak ( sahabat baik keluarga kami) ada di sana. Dia meyakinkan kami.Dia juga telah menjanjikan Afiq sebuah basikal baru sekirannya dia cemerlang. Awalnya saya tidak yakin. Tapi Sahak menjelaskan keputusan Afiq cemerlang dan dia berhak berada di situ. Kini,impiannya sudah tercapai.

Sehari dua ini kami suami isteri menasihatinya supaya tidak sesiakan harapan kami dan semua orang.Dia mesti belajar dengan bersungguh-sungguh.Perbelanjaaan agak mahal berbanding Faruk oleh itu dia tidak boleh main- main. Dia mesti bertanggungjawab dengan keputusannya. Faruk memperolehinya apa yang dihajatinya, begitu juga Athirah. Jadi kenapa pula saya meminta Afiq untuk memilih yang dia tidak minat? Sebagai ibu saya mencuba menjadi seorang ibu yang adil...(Teringat pula kisah saya dengan emak bila emak meminta saya menjadi guru dan saya tidak mahu..)Kisah pilih kursus yang bertentangan dengan kehendak ibu bapa rasanya bukan perkara baru. Ada kawan - kawan saya memilih cita- cita mereka apabila mereka telah memenuhi cita- cita ibu bapa mereka.Saya juga tidak mahu dijadikan sebagai penyebab kegagalan sekiranya mereka gagal kerana menurut kehendak saya. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik.

Muhsin berasa sedih bila diberitahu Afiq akan ke Melaka. Wajahnya sebak. Macam nak menangis.."Kenapa? Kan boleh belajar kat sini aje?" Hmm, bila dekat bergaduh, dah nak berjauhan barulah nak terasa sayang pula.

Kepada Afiq, tahniah kami ucapkan.Belajarlah bersungguh-sungguh, jangan terleka, pandai-pandailah memilih kawan, ingat kepada Allah dan perintahNya. Kepada Sahak sekeluarga kami ucapkan terima kasih.Semoga persahabatan kita berkekalan.

Jumaat, 20 Jun 2008

Selamat Sampai Dari Sitiawan

Salam,

Percutian di sitiawan selama 2 hari 3 mlm sudah berakhir dan saya selamat sampai di rumah pada pukul 10.30 malam Sabtu.Percutian yang sekejap itu sungguh mmengesankan .Bila balik seorang diri tu teringat masa bujang dulu. Berkejar masa mencari tiket. Surau di Puduraya pun sangat selesa berbanding 20 tahun yang lalu.Nostalgia lama terbayang semula.Cuma tandasnya tidak banyak berubah. Sempit dan aroma yang kurang enak.Syukurlah bas KL- Lumut best. Dapat duduk seat untuk seorang. Luas. Akan tetapi pemandu pulak , membebel tak habis- habis. Bas penawar - KL best juga tapi duduk sebelah lelaki yang menyebabkan tidak selesa.Bas Sitiawan - Jb pulak, dapat tempat duduk seorang tapi sempit sedikit. 8.40 pagi dari Manjung, sampai Larkin 7.30 ptg. Perempuan jual tiket beritahu sampai JB lebih kurang pukul 5.30 ptg dan tidak masuk Seremban sebab hari Jumaat. Tetapi singgah juga di Seremban,Ipoh.Ipoh sahaja 1 jam 30 minit, minum d Tg malim 30 minit, Kuala Lumpur 30 minit ( turunkan penumpang)Seremban lebih 30 minit( ambil penumpang), Yong Peng untuk minum juga 30 minit.(Dapat semayang kat sini, tapi suraunya,sedih sekali..)Masuk Tol Air Hitam untuk turunkan penumpang dan bila dah sampai JB dua tiga kali berhenti juga untuk turunkan penumpang. Syukurlah, terasa muda kembali. Dengan beg galas di belakang.Yong kata, amboi beg orang muda.Sampai di sitiawan dijemput oleh Pakcik Midi dan disambut oleh goreng selangat, kari ikan kembung, ayam masak merah dan menu utama- sambal belacan. Oleh kerana lapar, memang tak tunggu maghrib lagi dah, makan siap tambah..burp.. alhamdullillah.

Yong terkejut juga sebab tak sangka saya dapat balik. Saja je nak buat kezutan. Enche pun tak beritahu juga. Seronok la dia. Saya menempah baju di Sitiawan,bermalam di rumah Yong.Bagi kambing makan. Takut dan geli pun ada. Saya ni penggeli. Kambing2 tu tak sabar- sabar je.Kena sondol lagila geli dan takut. Pas tu rasa seronok pulak.Merasalah dokong nak kambing. Siap pakai boot lagi. Yong kata- ini kan kambing kita. Kenalah tolong..he..he..No komen. Abang Husin pun ada sama membantu cucuk kambing dan pilih anak kambing yang berkurap untuk Yong sapukan minyak. Sedulah pulak tengok mereka berdua. Teringat abang dan anak- anak di rumah..
Kebetulan Yong nak ke hospital untuk tangannya itu dan selepas itu saya membawanya membeli barang- barang Farah. Teruja sungguh dia. Anak bongsu la katakan. Sempat juga saya hasut. "Yong - minyak dah mahal yong. Patut- patutlah..".Dia cuma tesenyum. "Ya tak ya jugak.".katanya. sehari bersamanya dia asyik menyatakan nak buat itu dan ini untuk perkahwinan Farah nanti. Terharu tengok dia gembira. Malam nak balik ada lagi kezutan.Yong suami isteri belanja kami makan di restoran Geylang Serai Kopitiam. Boleh tahan juga. ala-ala kluang stesen Kopitiam gitu.

Selain menziarahi chik,saya juga menziarahi Choi anak alang bidah. Kurus benar dia. Tinggal tulang sahaja. Kalau tak salah saya, Choi ni pernah selamatkan saya dari lemas di Telok Batik semasa saya kecil dulu. Perkelahan itu ramai dihadiri oleh keluarga polis air tawar. Saya berada di dalam pelampung. Kemudian, ada sekumpulan anak- anak polis bawa saya ke tengah. Saya tak dapat jejak tanah. Saya meminta tolong, dan rasanya choi ini lah yang membawa saya ke tepi. Saya tak ingat siapa- yang pasti anak alang bidah.Tak kira lah siapa pun, orang yang selamatkan saya tu dipohonkan moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Begitu juga dengan choi. Keadaan terlantar begitu membuat dia tertekan. Agak emosional dia.Saya katakan pada choi, untungnya ada ibu yang boleh diharapkan berbandingkan kami ini.Dia bersetuju. Sebelum beredar sempat saya berpesan supaya cepat sembuh.
Saya merasa insaf. Janganlah saya ditimpa sakit terlantar. Menyusahkan anak- anak ayau orang lain sahaja nanti.

Seronoknya saya balik sitiawan sebab saya rasa benar- benar cuti..kalau tak seronoknya, sebab tiada keluarga saya bersama. Yong pun tak habis-habis cakap tenkiu sebab dapat bawa dia ke sana ke mari. Saya pun bersyukur dapat berbakti kepadanya. Cuti kali ini juga saya dapat berbual- bual dengan enche mengenai kisah silam. Cuma kami tidak berkesempatan untuk solat berjemaah malam jumaat di surau taman serdang yang lama saya tinggalkan. Saya pulang ke penawar dengan perasaan yang melegakan. Selain kenangan indah saya juga bawa pulang bersama biskut cornflakes dan buah kuinin yang berbau di dalam bas sekali sekala...
Sitiawan, insyaallah kami beraya di sana!( kena mula simpan duit sebsb minyak dah mahal!!!)

Selasa, 17 Jun 2008

Jun, kisah enche,

Salam..
Saya gagahkan diri untuk menulis di pagi ini. Suami tersayang ada di sebelah mencuba PSP sementara menunggu Euro kot. Jam hampir 2 pagi.. Dalam hati mengeluh juga.."aku ni..kalau nak menulis ke ,tengok TV larat je badan..nak semayang dua rakaat tak mampu.. hmm.."
"Betapa malang nasibku,
......................,(yang ini tak ingat)
Walau kini dapat ganti,
Seorang ibu, ibu tiri..
Ibu tiri hanya cinta ..kepada ayahku saja,
Tapi bila ayah pergi, kudihina dan dicaci..."

Masa kecil dulu selalu juga nyanyi lagu ini nyanyian M. Daud Kilau. Akak marah. " Don't sing that song.. stop it"..Masa tu saya sedikit pun tidak mimpi untuk punya ibu tiri. Apatah lagi tengok kekejaman ibu tiri dalam filem melayu atau pun cerita2 dongeng. Tapi.. akhirnya kami dapat juga satu..- 'enche'

Bulan Jun, 2 hb ialah hari jadi enche.. Hari tu masa dia datang KL saya bagi tau kak yang tolong ucapkan selamat hari jadi buatnya...Yang kelakarnya, dia menjawab lambat lagi.. Saya tak puas hati saya bercakap terus dengannya," Enche punya hari jadi berapa hari bulan ?" dia jawab " 2 hb Jun" Saya tanya balik" habis hari ni dah berapa hb? Kak yang tanya kenapa jawab lambat lagi" " Ha..ah lah.. hari ni dah berapa hb?" dan ketawa mengekek. ( Khabarnnya kak yang ada menjamu dia dengan yong kek yang terlewat)..okayla tu..Saya tak berapa pasti bulan Jun ni berapa ramai kaum keluarga yang terlibat. Yang saya tau benar- enche (2 hb), Arwah bapa (15 hb)Arwah Gan (23 hb). Ain yong kalau tak silap dalam bulan ni juga kot..
Siapa enche? Kenapa enche? Definisi keluarga kami- enche ialah ganti nama untuk ibu.( Tetapi orang belah pahanag adalah gantinama untuk bapa).Enche @ Hajah Halimah Hj Abdul Hamid adalah isteri kedua bapa selepas mak meninggal. Bapa menyuntingnya setelah 3 bulan lebih kurang ibu tiada bersama kami. Enche ketika itu boleh lah dikatakan seorang usahawan. Perniagaan makanan. Sebelum bapa menerimanya, banyaklah calon- calon yang dicadangkan tetapi agaknya sudah jodoh dengan enche agaknya.. Anak gadis Langkuas. Gerainya di Taman Cempaka ,Ipoh pun dinamakan Sri Langkuas.

Kampung Langkuas ni lagi jauh dari Kg Telok. Nun atas puncak bukit nun.Sebelum diberi lampu hijau, yong, abang Run dan abang Za katanya telah mengintainya dari jauh. Mereka memerhatikannya dari gerai yang berdekatan.dan memberi persetujuan.Kami sebagai adik2 ikut sahajalah dan perkahwinan mereka ditetapkan. Hari perkahwinan mereka - saya tidak pergi ke Langkuas. Bapa bersanding..Bila kami adik beradik berkumpul pada malamnya sambil mendengar cerita dari mereka yang pergi (bapa bermalam di rumah pengantin perempuan)..kami menangis dan perasaan bercampur baur..Yong berkata " kalau bapa meninggal anak berkumpul, kalau mak meninggal- anak berpisah" dan kami terus menangis lagi. Terasa kehilangan bapa pula.Tapi syukurlah kami masih bersatu..
Apa perasaan saya? Saya rasa saya lah paling lambat menerima orang baru ini..Sampaikan bapa terasa dengan kelaku- kelaku saya tidak senonoh itu.Oleh kerana saya paling lambat keluar dari 143 maka saya terpaksa mengahadapi situasi yang saya tidak gemar.

Ketika itu pula saya sudah pun memasuki maktab dan mula berkawan rapat dengan suami saya sekarang. Suami sayalah juga di antara insan yang menasihati saya untuk menerima enche. Dia mengingatkan untuk tidak menjadi tamak kasih sayang. Dia memberi andaian sekiranya bapa sakit dan tiada sesiapa di sisinya.Anak-anaknya semua jauh.Bagaimana? Hati saya geram sungguh. Saya mengharapkan dia akan menyokong saya tetapi tidak. Kenapa tidak? Dia pun lelaki jugak! Bila dikenangkan sungguh berdosa saya ini terhadap bapa..dan enche juga..

Namun masa telah mengubahnya.. tetapi bapa agaknya relah berpesan pada enche untuk menjaga kami...dan berpesan kepada kami untuk menjaganya dan adik pula. Alhamdullilah, Sehingga hari ini, enche masih di 143, dan alhmadulillah perasaan saya telah berubah terhadapnya. Tetapi sekiranya dibandingkan dengan ibu sendiri tentulah tidak sama! Kata bapa.."enche dengan arwah mak kamu tak banyak beza..mungkin saiz.. cuba kamu tengok..dua-duanya berniaga makan, tengok cereknya..sama dengan mak kamu..". Cerita enche pula, arwah mak macam tahu- tahu sahaja yang dia akan meninggal dan mengharapkan enche untuk ambil alih. arwah mak minta izin dengan enche agar Gan dapat menumpang rumahnya sementara belum dapat asrama PUO. Katanya mereka telah berbual mesra. jodoh dengan bapa pula langsung tidak terlintas di hatinya untuk menerima orang yang hampir bersara. Bukan sedikit orang datang meminangnya. Malah ada yang berpangkat pun,.Sebenarnya bukankah Allah telah mengatur semuanya dan saya pula hendak menidakkannya. Ampunkan dosaku ya Allah..

Enche menjaga saya di dalam pantang sebanyak 3 kali. Anak saya dialah memandikan, menuam dan sebagainnya. Terasa malu jua.Saya dahulu bukan main sombong dengannya. Bukan itu sahaja, Kalau Anak saya bersunat pun dia tolong tengokkan kalau saya tak berani. Sekarang ini, meskipun masih ada perkara yang saya tidak setuju, saya cuba abaikan...Simpan dalam hati..atau anggap tak ada apalah..Pernah terjadi satu peristiwa dan dia merajuk. Rumah 143 hilang serinya. Dan seikhlasnnya kalau boleh saya tidak mahu dia merajuk lagi. Cukuplah..Sekurangnya- kurangnya bila kami balik , kami ada rumah..anak2 saya ada "wan".Saya masih ada sebab sangat kuat untuk balik selain rumah yong dan chik. Pernah saya berkata " enche untung ada kami sebab kami baik, " dengan selambanya dia menjawab.." kome untung juga ada enche, enche baik dengan kome.." saya terkedu.Cepat- cepat tukar topik. Perkataan kesukaannya - Memang itu..memang ini.. Kalau saya balik, kami akan bercerita. Ada yang saya dengar, ada yang tidak. Saya biarkan dia bercakap.Saya cuma mengiyakan saja.
Lagi satu dia memang orang yang sangat berjimat.Yalhah, apa yang diharapkan dari pencen arwah bapa? Dia bukan tak mahu berniaga tapi arwah bapa ada berpesan supaya berhenti berniaga bila mereka berkahwin dan itulah amanat yang masih dipegang walaupun berniaga itu banyak untungnya.

Enche memang tidak boleh menggantikan emak.Memang. Akan tetapi dia tidaklah seteruk ibu tiri di dalam cerita lama. Sekarang ni nampak tua benar dia. Nampak letih sangat. Namun dia melawan kudratnya itu dengan menyapu, memandu dan berjalan jauh dari pekan tuak ke Fajar(sekarang The Store) - alasannya senang parking dan tak yah bayar. Berjaga malam untuk buat kuih raya yang beribu-ribu banyaknya seorang diri!!

Enche, ida mohon maaf atas kesilapan yang lampau dan akan mencuba untuk tidak melakukannya lagi. Ida akan mendidik anak-anak supaya akan menghormati enche dengan sepatutnya. Kesemuannya ini adalah Qada dan Qadar Illahi.

p.s. dalam beberapa jam lagi saya akan bertolak ke sitiawan denngan bas. Walaupun seorang diri dan tiada objektif khusus saya ke sana dan mungkin terbaca cerita kak yang balik sitiawan saya pun menggeletek ndak balik walaupun terpaksa tinggal muhsin dengan bapa dan abangnya. Suami dan anak- anak pula mengizinkan.Ya Allah selamatkanlah perjalanku ini. Amin.

Khamis, 12 Jun 2008

Kenangan bulan Mei 2008

Salam,

Bulan Mei yang indah itu telah berlalu, begitu juga dengan cuti sekolah. Farouk dan saya masih lagi bercuti. Muhsin semacam mengamuk kerana semua orang rilek- rilek dan tak sibuk -sibuk serta kelam kabut ke sekolah macam dia. Dia sudah mengira hari cuti bulan 8 pula. ( hmm..tak minat sekolah pulak anak sorang ni) Athirah dah pun Cu dan uncle Nordin hantar ke JB. Saya pula membawa Naufal ke ke BP. Boleh dikatakan Taman Sri Saujana itu transit anak- anak ke asrama. Saya akan hantar athirah ke rumah Cu, sembang-sembang, makan-makan pastu barang athira akan bertukar kenderaan. Jadinya tidaklah perlu saya ke JB. (kecuali jika saya nak makan angin ke sana)Cu Aisha pula selepas hantar athira dia akan ke MRSM pontian pula hantar nadia.
Anak-anak cu Aisha dua-duanya bersekolah di asrama penuh. Alhamdulillah.

Seperti yang diceritakan di post yang lepas, saya hendak balik kampung di sitiawan bersama anak-anak tetapi terbantut pula. Manakan tidak, minggu pertama masih lagi di BP, minggu kedua balik ke melaka pula. Itupun tidak lama. Dapat sekejap saja kerana Afiq dapat panggilan temuduga guru di IPTI, JB. (dapat anak sorang lagi jadi cikgu ke pulak?)Selepas itu melepak saja di BP sehingga jari ini. Berangan pula hendak balik dengan bas bersama farouk tetapi abang pula kursus jurulatih di Jb.Takkan nak tinggalkan anak- anak begitu saja? Saya menaruh harapan unuk balik minggu depan pula, insyaallah sorang dengan menaiki bas.

Pertemuan keluarga di rumah kak yang menarik sungguh. Mulanya tak jadi pergi. Lepas tu, kesian pula rasanya bila kak yang dah buat macam- macam pada hari itu yang juga sempena hari jadi anak kak Dui (Zikri) yang kedua tahun. Walaupun kak yang kata tak kisah kalau saya tidak datang, tapi saya seolah mendengar suaranya sebak dan sayu. Sebenarnya saya agak kepenatan kerana memandu dari Desaru hari sebelumnya dan menguruskan hal rumah muar pula. Bila tiba di melaka, lampu pula terpadam disebab hujan petir dan kami bergelap sehingga tengah malam. Syukurlah semuanya selamat dan saya bersyukur dapat pergi ke rumah kak yang Sungguh terharu juga melihatnya sudah menyediakan sebiji kek untuk mereka yang lahir di bulan mei..Waktu saya tiba tu kebetulan masa makan, apa lagi makan punyalah banyak..memang lapar..Abang Za juga datang dengan Nuha, Abang Cho dan keluarganya juga turut bersama.Mereka yang hadir pada bulan Mei itu ialah saya, abang za, nuha, chor, omar anaknya, dijah, zikri. Yong khabarnya ada juga dibuat sambutan oleh anak- anaknya di sitiawan. Sungguh seronok. Dapat berbual panjang dengan semuanya. Kebetulan pula Abang dan abang Abas pun tiada maka dapatlah saya dengan kak yang berbual sampai 4 pagi! Sempat juga menunjukkan blog saya padanya dan buatkan dia satu.

Sukan Dwi-tahunan SUKMA bermula pada 31 Mei yang lalu dan sudah berakhir pada 9 Jun yang lepas. Anak didik abang yang mewakili negeri masing-masing ada yang menang, dan ada yang kalah tetapi tidaklah memalukan kerana mereka bersaing dengan pelumba-pelumba kebangsaan yang berbeza dari segi umur dan pengalaman. Tumpang bangga.

Sewaktu pulang ke BP rupanya telah diumumkan kenaikan harga minyak. Terperangkap dengan kesakan lalu lintas dan tidak beratur sebelum itu untuk mengisi minyak kerana semua stesen dah penuh. Saya lebih memikirkan keselamatan anak- anak kerana perlu berada di rumah awal sebelum gelap. Kami nyaris juga terlibat dalam kemalangan di jalanraya Kulai - Kota Tinggi kerana kereta yang datang tu tiba- tiba laju pula. Syukurlah sempat mengelak. Dah maghrib tu. Masuk bandar kota tinggi untuk solat maghrib dan bandar sesak lagi. Stesen minyak yang tak popular dan berada dalam kawasan felda pun penuh juga. Akhirnya selamat sampai rumah , selepas mandi beraturlah pula di stesen petronas BP lebih kurang pukul 9.30 malam. Sebaik saja masuk perkarangan Petronas,jam dah pukul 12.00! Lampu stesen ditutup serta dimaklumkan harga baru.. Hampeh, lagi teruk dimaklumkan minyak hijau dah habis. Apa lagi, balik je lah...Dah takde maknenyer..!

Sabtu, 7 Jun 2008

Cerita Yong: Tangkap Leleh

Salam,
Cerita Yong dalam siaran yang lepas, rupanya telah menyentuh perasaan ramai yang membacanya termasuk tuan punya badan. Saya belum menghubungi Yong untuk mendapat maklum balas darinya tapi saya dapat tahu dia juga mengalirkan air mata, bukan dia sahaja malah anak menantunya pun! Tidaklah saya berniat untuk membuat drama hindi tapi itulah antara yang saya masih ingat, kebetulan cerita- cerita sedih pulak..Cerita gembira ? Tentulah banyak juga. Melancong ke Indonesia dan berbulan madu di Cameron Highlands.(saya tidak ada bulan madu- lagu bulan madu di awan biru nyanyian Search sahajalah yang dapat..)Yong pun selalu dapat hadiah hari jadi dan ulangtahun perkahwinan.Yong cantik dan popular- ramai peminat..Hebat tu? Gambarnya seperti artis di tepi TV kotakdi rumah 197(s). Pinggang nya seperti gitar!Itu tak masuk zaman cerita dia di kelas peralihan. [krokodaile= crocodile] dan [o-ne = one].Dia pun ada nama inggeris juga. Apa namanya, Peggy ke ?
Bercerita mengenai kelas peralihan (remove class), saya sangat kagum dengan guru bahasa inggeris Yong kerana berjaya melahirkan pelajar yang di dalam kelas itu fasih berbahasa Inggeris. Saya selalu menyangka yong ni guru bahasa inggeris tapi bukan..dia fasih berbahasa inggeris.Mengenai nama- nama orang inggeris yang diberikan kepada pelajar sebenarnya adalah satu teknik yang bagus untuk pelajar mendalami bahasa itu.Ini adalah kerana semasa saya belajar Bahasa Jerman di UITM, saya juga diberikan nama orang Jerman. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Kata pensyarah saya " You have to act and think like one if you want to learn other language". Saya pulak tidak tergamak nak menamakan pelajar saya dengan nama - nama asing ni, sebab ?- takut kena serang dengan ibu bapa yang mungkin konservatif dan menyangka saya akan mengkafirkan anak- anaknya,dua- kerana saya mula sayangkan melayu dan bahasanya.. saya akan cuba kaedah lain untuk pelajar saya- kalau boleh. Tetapi masalah bahasa inggeris tidak ada hujungnya, maka saya kena pelbagaikan kaedah juga.Jadi E.T. kenalah buat juga untuk bangsa sendiri juga, kalau tidak nanti seperti iklan NST di mana bangsa saya diperlekehkan kerana tidak tahu B.I.!
Eh, dah kuar tajuk la pulak.
Yong,
Seperti mana saya terangkan kepada kak yang tujuan blog ini diadakan adalah untuk generasi kita yang akan datang. Mereka akan tahu mana asal usulnya. Yong,Sekiranya ada kekurangan bahan atau kesilapan maklumat tolong komen dan tambah mana yang patut dari sudut pandangan yong atau kak yang pula.Ida impikan hubungan anak cucu kita nanti sama seperti adik beradik kandung. Tolong menolong satu sama lain. Ida tak mahu seperti menjadi anak cucu cicit Andul Razak - Rokiah. Tak kenal dan malu..Kena pulak yang dua tiga lapis tu..Langsung tak kenal..
Percaya tak yong, kami adik- adik ni (ida, akak dan aruah Gan) memang kekadang pernah terfikir dan berfikir yong dan yang dah ada keluarga sendiri, anak menantu dan cucu sendiri - agaknya masa untuk kami ada lagi ke ? Itulah yang sebak tu .. memang tak patut lah nak bermanja dengan yong dan yang. Mungkin kami selalu fikir kami ni masih kecil lagi(walaupun dah ada anak bujang pun)..macam dulu.Mungkin ida ni yang tamak ya?
Yong,sekali lagi ida doakan yong panjang umurMurahkan rezeki. KurabMana yang ida dah menyakiti yong tanpa disedari maaf dipohon jua. Tahu aje lah,ida juga dikenali sebagai 'mulut laser ERA' kat sekolah..macam-macam gelaran ya,..

Khamis, 29 Mei 2008

Yong

Salam..
Hari ini,29 Mei, birthday Yong yang ke berapa ya?...Dah 60 tahun ke ? Saya pun tidak pasti..Sungguh tidak peka saya ini..Saya doakan Yong sihat walfiat hendaknya..moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan kesihatan yang sungguh sihat.. Sesungguhnya bagai adik yang jauh di mata ini apa yang dapat dikatakan lagi? Nak dipeluk tangan tak sampai, hanya SMS mengganti diri,ya Yong..
Yong @ Norainy Ihsan, anak sulung Hj Ihsan dan Puteh Kamariah.Yong diibaratkan sebagai emak, bila emak meninggal pada 26 Disember 1981. Yong bertanggung jawab menjaga kami, arwah bapa..

Yong banyak menjadi saksi dalam kisah suka duka keluarga. Secara peribadi, saya anggap Yong adalah sumber inspirasi untuk berjaya. Dia suka menggalakkan kami belajar. Rumahnya juga selalu jadi tumpuan jika ada antara kami yang akan mendudki peperiksaan.. saya tidak terkecuali semasa darjah 5 dahulu.Kekadang saya tidak suka. maklumlah, kekakadang suka duduk dengan mak- boleh main dengan akak dengan Gan. Setiap hari Jumaat saya akan terus ke rumah Yong di Kuarters Guru Kg Sitiawan dengan bas pakcik Ramli.Saya akan duduk 2,3 hari dan kembali semula ke rumah di 197(s) pada hari Isnin hingga hari Khamis. Kekadang seronok, kekadang tak seronok. Yong ni garang juga. Maklumlah cikgu..Abang Husin lagila..Masa tu Yong dah ada seorang anak. Saya ingat lagi, entah macamana pada satu malam tu,Yong beri nasihat..Nasihat itu meleret sehingga timbul rasa kesedaran dan keinsafan dan kami akhirnya menangis. Tiba-tiba kami dengar bunyi kereta bapak datang- dengan lekas-lekas Yong akan mengelap air matanya dan juga saya." Bapak datang..bapak datang..lap,lap air mata cepat" bisiknya. isunya ialah saya mesti belajar rajin-rajin supaya hidup nanti akan senang..(Tapi saya tidak cemerlang pada peperiksaan darjah lima, saya dah kecewakan semua orang pada masa itu,maaf)

Menangis adalah seperti kemestian bagi Yong ataupun saya..saya mudah sangat menangis.Sikit-sikit menangis.Menonton drama sedih menangis.Kena marah menangis.Kena tegur menangis..Abang Run pernah menggelar saya sebagai " Sihidung Merah", sebab selalu menangis. (Sampai sekarang tau)

Selain pembakar semangat untuk belajar, Yong juga pencerita yang hebat-sekarang ini kalau nak tahu susur galur keluarga Yong la menjadi penceritanya. Kerana Yong banyak pengalaman,dari zaman Jepun sehinggalah sekarang.Masalahnya masa nak kumpul maklumat tu tak ada. Kami duduk berjauhan. Saya sebagai nak kedua bongsu ni tahu apa?
Tanggungjawab?Tak payah tanyalah..Nama pun Yong. Yong bila dah kerja , Yongla sama- sama menyara keluarga.

Yong aktif orangnya. Tak dapat dinafikan Yong ni banyak mewarisi emak - aktif berpolitik malah lebih satu anak tangga dari emak, NGOnya pun banyak. Emak hanya Lion's Club, WI dan UMNO.. je kot. Tapi Yong macam-macam.WI, UMNO,Puspanita dan macam- macam lagi.

Yong - cikgu yang berdedikasi. Kalau tidak masakan kad hari raya penuh menghiasi dinding dan hadiah hari guru jangan ceritalah.Heran jugak. Walaupun tubuhnya kecil, suaranya lantang dengan nada yang tinggi..marahkan anak muridnya, dia tetap popular.

Mak suka masuk pertandingan memasak dan gubahan, yong? pergh!! Lagilah maju ke depan.
Kalau ada masalah keluarga Yong akan tampil ke depan membantu.Tak kiralah dari segi kewangan ataupun tenaga.Ingat lagi, kalau anak muridnya tak mampu membayar yuran Yong akan terima sahaja apa yang dihulurkan anak muridnya contonya buah kelapa dan tukarkan kepada wang tunai untuk dijadikan yuran.

Yong juga beruntung sebabsaya berpendapat,perkahwinan Yong adalah yang terhebat dalam keluarga kami. Mana tidaknya, siang malam ada band. M. Sharif pula tu yang menyanyi. Penontonnya ramai sehingga depan panggung wayang tu.Siangnya adat Melayu, malamnya ala Inggeris, dan ada tetamu orang putih pun.Siang malam bersanding, pakaiannya hebat. Keknya bertingkat ditempah dari Paris Bakeri, Ipoh nun. Orang Kg Telok awal- awal lagi dah datang menolong. Tumbang lembu seekor. Kahwin keluar paper lagi..Yang tak bestnya agaknya stress suka marah- marah jugak, ketika M. Sharif mendendagkan lagu, saya menangis sampai tertidur. Saya rasa sedih kerana kakak saya sudah menjadi hak orang lain.

Yong orangnya tabah..bila saya mengenalinya dari kecil, saya rasa Yong ada banyak kisah sedih yang disimpannya. Mungkin dia masih ada lagi rahsia yang kami tidak tahu ataupun dia tidak mahu menceritakannya.Bapak garang. Mak pun. Yonglah menjadi pembela bila kami buat salah. Kasih Yong pada bapak sungguh hebat sehingga tergamak minta tukarkan nyawa dengan bapak ketika bapak di dalam kesakitan.Dia bertuah sebab dapat menjaga bapak dan Gan dengan lama ketika mereka sakit.Tidak seperti saya. Kesabarannya mungkin kami tidak dapat tandingi. Pernah saya defend Yong atas satu perisitiwa tetapi bapak tidak nampak. Bukan sahaja Yong, tetapi saya juga menerima padahnya.Saya tidak kisah. Kalau seseorang itu benar apa salahnya saya menyokong. Bukan hendak menjadi anak derhaka.Sikap penyayangnya sungguh hebat hingga sekarang pun. Cucunya kalau ada yang sakit, walaupun duduk jauh tetap pegi tengok. Kalau dengarlah ada sesiapa yang sakit, cepat je datang. Meninggal apa lagi..Orang kawin di Alor Setar pun sanggup pergi katanya 'itu nak si Anu sedara kita, anaknya yang last kawin, kena pergi tengok..'dan apa - apa lagi..

Teringat kami ketika Yong menjalani pembedahan mata. Kami adik beradik semua datang. Dia selalu kata apa pun adik beradik jangan berpisah. Itu kata keramatnya. Sepupu kami yang seangkatan dengannya selalu cemburu dengan Yong kerana Yong pandai mengumpul adik beradik. Memang benar. Kami tidak ada rekod perselisihan faham antara adik beradik . Alhamdullillah semoga berkekalan dengan berkat doa dan didikan mak bapak kami.

Sekarang adalah masa payback Yong. Anak-anaknya cemerlang. Hidup bahagia.Cucu- cucu yang cergas dan pintar. Dia pun dapat pingat dan anugerah.Kami pun tumpang bahagia.
Yong, adakalanya ida rasa idalah yang paling banyak menyusahkan Yong. Ida banyak cakapkan ? Di hari lahir Yong ini, kami sekali lagi doakan yang terbaik buat Yong. Mohon maaf atas kesilapan yang pernah ida buat dari kecil sehingga sekarang.. Kita masih mempunyai agenda yang akan diteruskan. Walau berbeza pendapat, kita tetap bersatu ya Yong?
Akhir kata, " Kami sayang Yong. semoga panjang umur"

Ahad, 25 Mei 2008

24 Mei- Hari Jadi

Semalam ialah hari ulang tahun yang ke...he..Biarlah rahsia..Tiada yang istimewa..Anak yang dah besar2 ada bagi wish tengah malam semalam..SMS pun ada juga dari budak2 beskal.Nak belanja anak makan2 dia orang dah kenyang..Jadi beli kek dan makan ramai2 dengan anak2, bdk2 beskal..sedap juga rasanya..
Paginya, sms adik beradik ihsan dan tanya kenapa tak wish? Dah tak ingat ke? Dia orang jawab ingat...siap dah beli hadiah pun!tapi belum sempat nak sms..abang run saja tak balas..Mungkin sibuk kot sebab anak sedara kak ina nak kawin 25 hb ini. Seperti biasa, saya sekeluarga tak dapat hadir..Sebenarnya, apalah sangat wish2 ni.Tak kisah pun. Saja je tumpang manja dengan adik beradik..Bila semakin tua, terasa semakin rindu dengan adik beradik..Kehilangan arwah Gan ada beri pengajaran..Hargailah kasih sayang keluarga dan adik beradik selagi kita masih bernyawa..Saya sayang anda semua meski pun jarak memisahkan kita, tapi hati kita bersatu..Insyaallah..
kami masih Seronoknya, selalu abang tak ada untuk bersama masa ni, sebab urusan sukan, tapi setelah keskian lama, syukur alhamdullilah..dia bersama kami.( Sepatutnya dia ke kem SUKMA Johor bermula 24 mei - 28 mei). Agaknya dia nak bersama saya kot.
p/s ada ambil gambar, nanti kalau rajin saya masukkan di sini. Tp gambar kek ajelah!

23 Mei 2008- Cuti Sekolah bermula

Cuti sekolah- tarikh yang ditunggu- tunggu oleh pelajar sekolah(dan guru-gurunya).Kononnya ini adalah masa untuk merehatkan minda dan bersama keluarga yang tercinta. Lazimnya, para pelajar akan berehat selepas satu semester yang panjang dan peperiksaan yang berat- peperiksaan pertengahan tahun. Bagi yang mampu, cuti inilah mereka menghantar anak-anak mereka pula ke kelas2 khas seperti kelas memasak, motivasi,tarian,sukan, kelas-kelas tuisyen dan sebagainya.Kerja sekolah pula, alamat menimbunlah yang diberi oleh guru-gurunya.
Tapi di SSBP lain pula halnya, para pelajar kami telah bercuti agak awal..Kenapa? Jangan marah..Kerana,cuti ini para pelajar SSBP akan bertarung di padang gelanggang, stadium, trek dan sebagainya. Mereka terlibat dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia dan yang kemuncaknya SUKMA yang akan diadakan di Terengganu. Ada beberapa pelajar telah dipanggil untuk latihan pusat seawal bulan April(biasanya dipanggil oleh Majlis Sukan negeri-negeri). Bayangkan pengorbanan mereka di bidang sukan.Bagaimana pula pelajaran mereka? Itu tidak termasuk setiap hujung minggu mereka keluar bertanding. Sebagai guru adakalanya kasihan , adakalanya nak marah juga. Bukan tidak ada modul dibekalkan tetapi ada yang tidak buat modul tersebut.Kalau buat pula, acuh tak acuh, seperti melepaskan batuk di tangga.Tapi pengalaman saya sewaktu mengiringi pelajar ini keluar bertanding kekadang tidak tergamak hendak menyerahkan modul atau mengajar. Mana tidaknya sehari sebelum pertandingan, mereka akan berlatih dan berakhir sehingga petang. ( saya iringi pasukan lumba basikal)Kemudian mereka akan berehat dan tidur awal kerana ada kejohanan keesokannya. Tamat sahaja pertandingan biasanya mereka akan lepak terus. Nak hulur modul?Esoknya ada game lagi? Balik kayuh lebih 80km nak hulur modul matematik atau BI? Bak kata Nabil.." Lu pikirla sendiri..!"
Hah, Cuti ni nak buat apa? Kami guru Pra-u ada lebih dua minggu. Sebagai guru dua alam ( sekolah menengah dan Pra- U) cuti lebih ni tak memberi makna. Kenapa dipanggil dua alam? Sekolah Menengah mempunya takwim dan cuti yang berbeza dengan cuti Pra- u walaupun bilangan hari cuti kedua-dua alam ini sama. Yang tak samanya ialah tarikh dan bulannya. Nanti bulan Disember, kami akan cuti lewat dua minggu pula sementara pelajar dan guru sekolah menengah sudah pun mula bercuti.. Kenapa saya kata cuti lebih tu tak ada maknanya? Yalah, selain mengajar EST Ting. 5 yang waktunya pada pukul 1.45 -3.15, saya juga ibu kepada anak- anak yang masih bersekolah.Takkan nak suruh dia orang ponteng kot? Dan yang paling tak dapek nak nolong ialah suami saya seorang jurulatih yang hebat, komited dan sebagainya. Sekolah Sukan mana boleh cuti..Nak bentuk semula kecergasan itu..aduh..oh..memang tak cuti..hmm..inilah pengorbanan isteri seorang jurulatih terlampau..( he..he..maaf ya , bang..) tapi bila atlit suami kita selalu disebut-sebut sebagai pemenang, kita tumpang bangga juga siot..!!
Oleh kerana itulah, saya dan anak- anak masih di sini,apartmen dah sunyi sebab ramai dah balik kampung. Pemandangan tempat- tempat latihan pun sepi..Saya dengan rela hati menemani suami melatih atlit untuk persiapan ke SUKMA pula.Walaupun diberi izin untuk pulang ke kampung bersama-sama anak2 dan hati ini menggeletek juga sebab akak dan yong ada d kl .Jadi boleh berkumpul dan bersembang panjang.Tapi,tak nak la tinggal dia dan budak2 dia kat sini ..dan menjadi kebetulan pula, makanan untuk atlet pada cuti ini tidak disediakan dan kita jadi tukang masaknya! Nasiblah ada budak2 tu membantu. Walaupun kepenatan selepas latihan 80- 100 km mereka dapat membantu menyediakan makanan.Sebenarnya, seikhlasnya saya suka juga melibatkan diri dalam bidang sukan ini dan kita juga sebahagian dari pasukan itu.
Jadi? Cuti ini Insyaallah saya hanya akan balik kampung ditemani anak2 insyaallah bermula 29 hb ini...dan perlu kembAali semula sebelum 8 hb jun..Macam tak lama ya cutinya..?

Rabu, 21 Mei 2008

Pra-U Summer Camp dan Moderasi Markah

Tahun ini tahun pertama menjadi guru pra - u..Kira naik taraf pensyarah lah..Minggu akhir semester kami berkhemah di titian indah. Sangat menarik tempatnya. Cuma saya agak malu-malu sedikit dengan budak pra - u terutamanya dengan sem 4- kumpulan semester yang akan menjejakkan kaki di menara gading pada Julai ini. Saya rasa kurang mesra. Tetapi berlainan dengan muhsin. Ke sana ke mari dia mengekori kumpulan ini tanpa mengira yang dia ini belum pun berumur 8 tahun!Dipendekkan cerita, si Muhsin peramah ini terlebih ramah la pulak sehinggakan ada abang-abang yang tidak tahan dengan celotehnya sehingga sanggup menghukumnya di luar dugaan saya. Janganla membayangkan bukan2. Dia tidak diganggu secara seksual. Selisih malaikat 44. Syukur alhamdullilah.Waktu balik dari kem, saya dan muhsin balik berasingan. dia nak balik dengan cikgu F. bila sampai rumah dia tak mahu turun kereta. dia menangis. Bila dah masuk rumah,Muhsin menangis lagi dan mengadu dia dibuli..saya terkejut.Keesokannya bila bertanyakepada pelajar- pelajar itu,alasan diberi oleh budak pra- u ni kerana muhsin bercakap banyak dan menyakiti mereka dengan kata- katanya. Masyaallah..Saya merasa sebak . mereka mengaku dan memohon maafatas perbuatan mereka. Tapi saya berkata dengan sebaknya, "kamu yang berumur 20 tahun sanggup menganiaya anak kecil ini sebab dia terlalu petah bercakap?" Saya tak nafikan memang muhsin begitu.. tetapi tidaklah saya sangka ada manusia dewasa boleh marah dan berkecil hati dengannya sehingga sanggup melakukan demikian..saya berazam selepas ini sekiranya muhsin saya bawa menyertai program pra- u saya tidak akan berpisah dengannya. Insyaallah. Saya rasa sungguh bersalah kerana tidak mengajaknya balik bersama...Dan niat baik saya balik dahulu kerana membantu 4 orang pelajar kerana nak bersiap untuk balik kampung dan mengejar bas ekspres, tetapi anak saya pula dianiaya..(sungguh sedih dan kesal)

Tadi ada moderasi markah pra- u. Juga pengalaman pertama. Ada wakil dari UTM bersama-sama membantu dan kami -guru-guru pra - u berbincang mengenai pencapaian pelajar- pelajar ini. Syukur alhamdullilah, kesemua pelajar ini berjaya untuk peringkat setrunya dan tiada menghadapi masalah yang besar untuk membantu pelajar- pelajar ini.
Satu lagi pengalaman yang bermakna...Tahniah.!

16 Mei- Tarikh Keramat Buat Kaum Guru


16 Mei? Ya- memang tidak sabar menunggu tarikh keramat ni.. Selalunya- pada hari ini ibarat hari raya. Pakai baju cantik ke sekolah. Dari kaki terus ke kepala ( tudung baru atau baru sekali dua pakai) teringat masa mengajar di sekolah rendah memang seronok- ada hadiah banyak tapi tak sebanyak hadiah kengkawan. Teringat pada satu tahun tu, 1987 di sekolah LKTP Jengka 1 hanya saya seorang sahaja yang dapat hadiah. Hadiah album daripada adik Nurisah Hitam. Masa tu dia tahun 5. Kat mana dia sekarang. Terharu sungguh dan bangga. Cikgu besar pun tak dapat hadiah?Lepas tu memang berkurangan. Cikgu popular selalu dapat hadiah. Cikgu praktikal pun dapat hadiah banyak juga..Bila mengajar kelas yang besar darjahnya dapat kad pun kira okaylah.. Ada sekali di SRK Pengkalan Tentera Kuantan, anak CO bagi hadiah kain dan kek buah sebiji...Kini, di sekolah menengah langsung tak dapat.. Nasib la ada trend cikgu- cikgu dapat hadiah wajib sumbangan kelab guru atau pengawas. Nak dapat hadiah dari individu...hampeh..Tapi tahun ni, ustazah Noranazifah dan Geng Budak beskal ada bagi hadiah. Geng budak beskal beri sebuah model rumah untuk kami berdua. Terima kasih..
Pentingke hadiah ni? entah?Masa kecil dulu memang tak miss beri hadiah kat cikgu, tapi bila dah jadi cikgu persepsi murid dah lain.. Kekadang kempen gak.. macamni"hah..jangan lupa beli hadiah teacher ya, dah kuar duit biasiswa ni?" Hmmm..sampai ari ni pun tak dapek..Kenapalah saya mengharap hadiah ya? Tak taulah.. Bohongla kalau kata tak harap.. rasanya kita dah all out bila mengajar tapi di mana silapnya.. Kalau kita dapat hadiah kan, kita rasa kita popular, murid sayang kat kita dan tentunya kita sangat bagus bila mengajar..Bila tak dapat tu, rasa macam kita ni teruk sangatlah..Tapi yang sukanya, SMS dapat banyak..ada nombor yang saya tak perasan..okayla cukupla bab hadiah ni..
sambutan tahun ini agak meriah walaupun sambut di Dewan Makan sahaja sebab DSG dalam proses pengubahsuaian.Biasalah, ada perutusan untuk di baca,persembahan- persembahan, nyanyi dan potong kek dan akhirnya makan- makan...Tentulah pada pagi sebelumnya ada main bola sepak dan bola jaring..Menang kalah ada hadiah..
Dan paling seronok sekali dan berharap berpanjangan dan disegerakan ialah pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai guru DG29 bila sambung belajar dikaji semula kenaikan pangkat DG44 dari DG41.Leganya rasa.. kalau benar2 berlaku. Barulah berbaloi bila sambung belajar.. maksudnya pengalaman kita di ambil kira,kesusahan dan kepayahan semasa belajar difikirkan bersama. selesa pada hari ini..sebagai contoh, gaji saya separuh ketika belajar..pastu potong duit beli rumah RM300.00, pengasuh anak di kuala lumpur dua orang dah rm360.00.Baki? Negatif tu.. Syukurlah suami dan kesepakatan yong, yang, arwah gan, akak, abang run dan semua sayadan keluarga selesa pada hari ini..Anak-anak saya sekolahnya banyak, pastu tahun akhir kami sekeluarga terpisah..ada yang suami saya bela, ada yang mak cik Na yang jaga dan saya seorang di KL dengan kawan2. Pada anak- anak, ibu mohon maaf sekiranya tidak menjadi ibu yang baik kerana mengejar cita-cita..
Lagi satu, cuba bayangkan, orang yang tidak sambung belajar gajinya melebihi kita, adik - adik DG41 yang fresh keluar U pula gajinya sama dengan kita?Maksudnya pengalaman kita mengajar sebelum sambung belajar tu diambil kiralah..Itulah rasa kecewa sangat apabila pengorbanan kita tidak setimpal dengan yang kita dapat. Itu pengalaman saya, kengkawan saya ada yang lebih teruk lagi...? Berbaloikah? Hmm.. ini semua rahmat dari Allah SWT...Masyaallah. Syukur kepadaMu ya Allah.
Kepada suami, adik beradik, ipar duai dan anak- anak yang bersama-sama bersusah payah memberi sokongan ketika belajar hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budimu.
Okaylah, saya dapat beberapa mesej yang sgt menarik..khas untuk hari guru, mungkin saya akan taip bila ada masa lapang.Saya masih ingat beberapa orang guru yang mendidik saya, mencubit dan menampar saya hanya kerana berbual di dalam kelas atau pun matematik jawabannya semua salah..Atau pelipis mata ditarik kerana lalai mengeja di dalam buku tulis..rambut dipegang dengan batang pensil untuk melihat kepala berkutu atau tidak...,Mrs Enid Martinez, guru besar yang sangat keibuan..Miss Sharon atau Mrs Edwin yang sangat cantik..Cik Aminah, Mrs Foo yang malamnya belajar jawi dengan arwah bapa tetapi mengajar saya pula pada keesokan harinya,Cikgu Abu Bakar yang selalu saya buat ayat -" Kayu itu dibakar menjadi abu..."( maafkan saya cikgu,tapi cikgu popular sebab cikgu handsome pada masa itu dan kami sekolah convent so, faham-faham ajelah..)tapi yang ini - cikgu Wan Muhammad yang mengajar tentang peradaban muslim. Mana- mana saya pergi pun saya akan menceritakan tentang cikgu ini.. Dia pernah berkata sekiranya kami terserempak dengannya dan dia meludah pada kami, katanya jangan marah kerana itu caranya dia menegur anak murid yang biadap dan berpakaian menjolok mata.." huu.. takut sungguh saya kalau di ludah. Alhamdullilah, dua tiga kali kami terserempak dan kali terakhir ketika saya sudah mendapat seorang cahaya mata dia hanya tersenyum.. saya tahu..sebab saya tidak berpakaian tidak senonoh malah ,menutup aurat.. Cikgu Wan, Allah sahajalah yang balas budi cikgu wan dan saya panjangkan kata-kata cikgu pada murid saya pula..cuma saya insan lemah.. tak tergamak untuk meludah mereka. Lagi satu takut dibuli oleh mereka pula. Pelajar sekarang bila ditegur mereka tidak dapat menerimanya sebagai nasihat..mereka protes dan marah..
Untuk semua guru yang pernah mengajar saya dan sejawatan dengan saya
"SELAMAT HARI GURU!BUDIMU AKANKU KENANG!"
p.s. keluarga ihsan dan rashid memang mempunyai ramai guru.. alhamdullilah.

Rabu, 14 Mei 2008

Mei


Salam ,
Sudah agak lama tidak menulis. Malah, niat sudah terpasang sejak 30 April lagi.. hendak menulis tentang bulan Mei dan keiistemewaannya terhadap diri saya secara peribadinya.Kenapa saya suka Mei?
Pertamanya 1 Mei ialah hari cuti - hari buruh kata orang dulu -dulu,kemudian hari ibu juga jatuh pada bulan Mei, hari Ahad minggu kedua setiap bulan Mei. Tak adalah keraian yang istimewa pun tapi saja suka dan seronok sebab berpeluang jadi ibu. Adalah SMS2 dari yong, kak yang, kak ina dan akak, anak- anak dan sangat terharu bila Athirah pun ada call dan ucap selamat. (Nampaknya kehidupan asrama sedikit sebanyak ada memberi kebaikan padanya) serta kengkawan termasuk Iris dari S'pura, (i yang htr kat dia dulu..)..kata makan kat tempat best ke, hadiah istimewa ke, tak payah buat kerja ke tak adalah.. Lagi pun pada 11 hb ari tu ada summercamp dengan pelajar Pra U di titian Indah, Punggai. Sidia g race as usual d velodrom Cheras dengan Afiq ikut sekali.Muhsin dengan saya tidir d Chalet yang luas untuk tiga orang tapi kami tidur berdua shj.
16 hb pulak ialah hari guru.. Suka jugak hari guru ni sebab dapat hadiah. Bukan dari murid,(dah x dpt sejak dtg sini)tapi dari kelab guru.. adalah dapat apa2 ke..jadilah tu..sapa nak bagi yang tak? Lepas tu longgoklah kat rumah.Tahun ni tak tahulah dapat apa. I AJK hadiah pun tak tahu..he..he..mungkin susah nak dibawa bincang kot..Lepas tu kita pun tak lupa ingatkan anak- anak belikan hadiah untuk cikgunya. Muhsin x kisah pulak. Duduk di BP apa je la choice yang ada?
Selain hari ibu, ialah pada setiap 24 hb ini ialah my bday! Bukan sahaja bday saya tetapi ramai ahli keluarga saya juga lahir dalam bulan ini.. mula-mula sekali abang Chor - anak yong(2 Mei), pastu Nuha anak abang za 7 mei,dijah anak kak yang 11 Mei, Ke'on anak Abg Za 14 Mei, Abang Za- 15 Mei,Yong Nor 29 Mei.
Exam pra- u dah tamat dan la ni sibuk kira markak. Ndxt week last weekuntuk semester ni. Satu lagi sebab suka mei sebab dia ada cuti yang panjang...
Jmpa lagi

Rabu, 30 April 2008

Masih Tengah Malam Lagi


Salam..
Masih berjaga malam ni..Menyiapkan soalan peperiksaan final sem 1. Tengah menaip..teringat pulak nak tengok pulak..Tentulah N and Loud Kids menjadi blog keutamaan sebab nak tahu perkembangan kaum keluarga dan juga kambing di kampung. Kami kumpulan pertama anak- anak ihsan secara dasarnya tidaklah memainkan peranan banyak dalam bab membela ni.. Maklumlah jauh ,kemahiran pulak tiada.. ( alasan la tu) Insyaallah cuti sem ni balik boleh la tengok kot. Tengok je la..
Tadi (or semalam)pergi hantar katil kat Ada di Tiram. Sukanya dia. Terkenang zaman bujang. Tidur atas lantai di Kuarters Guru di Jengka 1. Sebelum tidur check tilam.. kot2 ada apa2 ka..Selalunya sejenis ulat halus hitam berkilat dan menjalar seperti ular( katanya keturunan ular juga) pasti ada..Eeee... takutnya. Nak bunuh pun takut juga kot2 jelmaan ke apa ke ..Ulat lain? Mentibang ke,lipan ke?
Yang bestnya, Ada beri note RM50.00. Katanya sempena dapat bonus.. Wah..Moga ALLAH murahkan rezekinya ...
Hari ini, Mak Ada akan berangkat bersama jemaah umrah ' Jemputan bersama Oasis' ke Tanah Suci Mekah. Kami doakan beliau selamat pergi dan kembali...Mak Ada ni, atau kak Yang ni, nama dia sorang je yang tak ada Nor..dan dia pernah luahkan dia sorang je tak pernah duduk asrama..hmm merendah diri,tapi bagi kami, dia sorang je la rasanya yang kerap berjalan ke luar negara!Tak dapek nak lawan dia tu..Itulah Hikmah, ALLAH tu adil dan bijaksana. Masyaallah..Kak Yang punya favourite word dia , 'think positif'..itu yang kalah tu..Semua nak think positif..tapi baguslah gitu jika nak dibandingkan dengan 'think negatif' i ni..Kak yang ni kalau i ada masalah yang nak disejukkan cepat, i akan cari dia la..
Siang tadi, balik sekolah lambat; 3 lebih..normal la tu sebenarnya.Apa taknya meeting dari kul 12 sampai kul 3 baru siap? Itu i tak bercakap bila round table. Cuba i bercakap, mau sampai kul 5!Sebanarnya I ni terkilan rasa hati dan kesian kat Afiq, dapat 6A, matriks tak dapt, Ins Perguruan pun x dapat temuduga..I pulak yang rasa nak marah, sedih.. dan mula membanding- banding.. Sebab, Abang dia dapat 3A saja, tapi, matriks dapat, UITM dapat, cikgu pun dapat..Rezeki la tu ya..Nak sejukkan hati, agaknya Add Maths Afiq tak kredit kot? Atau agaknya dia dapat UTEM, Melaka yang menjadi idamannya tu?Dia nak ke Melaka sebab UTEM ada menyediakan sukan berbasikal..Entahla..Sebagai IBU tentulah kami mendoakan yang terbaik untuknya.. Okay dah la,ya..Nak menaip semula..45 soalan objektif tu bersamaan 6 petikan yang mengandungi 300 perkataan..perghh....!!!!

Jumaat, 25 April 2008

Bicara tengah malam

Salam tengah malam,
Lama tak update ya.. Bukannya apa kalau mengadap menatang ni sedar x sedar masa berlalu dengan pantasnya. Sebenarnya, dua tiga malam ni memang kena berjaga malam sebab keje sekolah banyak tak siap. Next mon pre -u students r having their final exams. Depa dah tanya pasal carry marks. Kita yang first timer ajar pre - u mcm blur la jugak.
Ya lah, masa kat u dulu rasanya x ingat plak tanya lecturers pasal carry marks ni. Bila dah tau nak exam study je la.. Patutla result tak cantik hmm...
Actually mcm2 nak tulis ni.
Smlm balik dari KL. Sekejap je. Ada urusan peribadi. Mcm balik hari la. Mlm sebelumnya tidur kt Hiway Hotel.Jadi, pepagi dah ada di Putrajaya.Sempat jumpa kak yang sekejap saja.Dan berbual dalam kereta sehingga ke utusan.
Sebenarnya dalam seminggu dua ni keje banyak. Bila je siap biasiswa sukan, datang pulak BKP. Perghh..Daftar on line plak tu..Kul 3 pagi baru siap. Mlm tadi sampai kul 4. Malam ni x tau. Salah sendiri..suka sgt buat keje last minute.
Pas tu kajian tindakan plak. Mengantuknya dengar pembentangan orang bijak pandai..baru teringat- laporan dan minit mesyuarat tak siap lagi..BKP pun banyak x setel lagi. ..X tau la apa nak jadi.. Ada cikgu BI dapat tukar ke N9.Siap sediala kot kena take over class dia tu..
O ya kisah kambing saujana pula yang datang. Yong rasa sedih sebab anak dan ibu kambing mati dalam tempoh seminggu. Dia rasa bersalah..kan itu semua ketentuan Illahi dan menduga kita semua? Sabarla .. kita semua doakan yang terbaik.. Perkara ini perlu muafakat..kan membawa berkat..Mana ada orang terus berjaya.. kan.. ada ke? Okay la nak sambung wat keje sekolah lagi.

Isnin, 14 April 2008

Renung Sejenak

Check out my Slide Show!

Isnin, 31 Mac 2008

Gi Tengok F1 di Sepang (23 Mar 08)






Salam lagi.....



Lepas tengok Sayuti kawin (dia ni sebenarnya bekas pelumba basikal SSBP kelompok yang pertama) kami dapat lagi satu kejutan - menonton F1 di Sepang! Sebenarnya kami ada 4 tiket- 2 diberi pelumba yang menang race di Sepang dan 2 lagi sebab membantu kelancaran kejohanan lumba basikal di Sepang tu. Malangnya, atas sebab teknikal, kami tidak dapat...ringkasnya tiada rezeki.. Mulanya tak kisah sangat ..tapi belek punya belek, rupanya- rupanya tempat duduk tu tempat yang berharga ratusan ringgit dan punya view yang baik..Patutla kami tak dapat tiket tu..
Tapi akhirnya, uncle Man berjaya juga perolehi tiket tu dengan ihsan Dato Malek..Kami usahakan juga ambil tiket tu (4 keping semuanya) di Putrajaya walaupun sampai habisla minyak keta pak ngah sebab ke sana ke mari -Syafiq pulak tertinggal tiket yang 2 keping tu di Melaka!Hmm..kecohla juga. Namun syukur alhamdullillah, muhsin, pak ngah sekeluarga berpeluangla menonton F1 ni untuk pertama kalinya..WAh,, lautan manusia pelbagai bangsa dan fesyennya. Cuaca? Pergh..panas giler.
Masa balik lagila..Anyway,, thanks to all -Uncle Man, Encik Rahman, Dato Malek, Kecik & Katek (SSBP riders) for the tickets, Pak Ngah n famili for transport ...Tak sangka beautiful sceneries from the top, bingitnya deruan kereta-kereta tu, lajunya, sampai hp pun panas dan bateri kong..Itupun kami tak duduk di tempat sepatutnya..sebab datang lambat so, tempat dah diduduki orang. apa pun thanks.. Next year nak pegi lagi?Hmm..insyaallah, kalau ada peluang.Itu gambar muhsin lepas race..

Cerita Sayut Kawin


Salam , kali ni kali ketiga cerita pasal Sayut kawin (22 Mar)tapi asyik hilang saja. Malam ni tak nak citer panjang lebarlagi la. Penat tau mengarangnya.Ok, dia kawin pun dengan bekas student sekolah I juga yang kini menjadi pramugari Air

asia. Majlisnya? Meriahla jugak..ada keroncong, silat, kompang dan tayangan video.Sama cantik sama padan.Tetamu? Tentulah team basikal yang ramai..pengalaman manis? Terasa diri dah tua sebab tak sabar-sabar nak renjis pengantin dan dapat bunga telur cantik!

Selasa, 18 Mac 2008

Cuti dah tamat

Salam, kisah PRU12 mungkin dah reda sedikit tapi sekarang tak sabar pula nak tahu barisan kabinet. Anak- anak dan juga anak-anak akak dah balik ke asrama. Ahad lepas singgah runah akak ambil Naufal sebab Naufal sekolah di Sekolah Sains Kota Tinggi depan rumah i. Akak pulak akan ke pontian bersama kak Adawiyah untuk hantar Nadiah ke di sana. singgahla makan nasi sikit. Mulanya tak nak konon nak makan Mc D tapi nasib baik baik makan (syukur alhamdullilah) sebab lepas hantar Athirah terus balik..hmm..Jalan raya agak sesak kerana orangramai berpusu-pusu nak hantar anak2 ke asrama.
Faruk tak balik ke asrama ke minggu ni sebab dia ada orientasi sekolah di sekolah muhsin. Legalah sikit, sebab tak perlu kelam kabut hantar muhsin. Muhsin pun suka dapat naik legenda ke sekolah, Bolehla berlagak kat kawan-kawan -abang dia cikgu kat sekolah tu.
I plak? Tengah nak prepare nak buat final exam kat budak pra-u, tahun ni naik pangkat ajar pra-u pulak.Bilik guru pun dah canggih sikit..macam bilik lecturer, masing-masing hias cubicle ikut citra rasa sendiri..
Okayla, dah nak siap g sekolah ni. Kata muhsin "dalam rumah ini, ibu yang ganjil."..."tahu..sebab ibu sorang je perempuan kan?" Betul la tu. Tapi thanks to syafiq sejak dia ada ni, sidai kain, gosok baju, ambil adik dia buat.. Faruk plak..tolong bab- bab sampah ke masak nasi ke,,itu yang badan pun makin .....anda fikirla sendiri! Tapi bila ujung bulan syafiq akan ingatkan -ari ini dapat elaun eh?

Ahad, 16 Mac 2008

Athirah dan Orang Baru Kak Yang

Salam....

Dengan adanya internet di rumah kerap pulak buat post baru..Well, semalam dah cerita pasal PRU 12 dan result Afiq, rasanya tak adil pulak tak cerita pasal Athirah. Syukur juga Athirah walaupun result PMR tak sperti result abang-abangnya, tapi 2A dia tu kiraa alhamdullilah syukur..Kalau tengok cara dia study tu rasanya result dia sangat terkejut kerana malam peperiksaan pun sempat tengok TV lagi tu.. Hasilnya dia dapat meneruskan cita-citanya yang nak jadi seperti Bernard Chandaran atau Rizalman sebab dapat sambung belajar di SMT(ERT) Azizah di JB.Alhamdullilah sekali lagi. Sebagai ibu, tetap doakan yang terbaik untuknya. Pengalaman seorang guru, kalau seseorang itu ada kesedaran untuk belajar atau untuk hidup cemerlang, insyaallah usahanya membuahkan hasil, tetapi sebaliknya....payah.. bagilah tok guru dari langit pun, dia tak nak berusaha ,cita-citanya tidak tercapai. Sebagai ibu bapa kadang-kadang tak lari daripada membanding sesama adik beradik lah, kawan- kawan la, anak-anak kawan la, sepupu sepapat la dsbnnya. Kalau Dato' Hj Dr Fadzillah Kamsah kata tak elok banding- banding..TApi kalau tak dibanding pulak langsung tak gerak.. Ibu kepada anak perempuan sorang ni kekadang bingung juga dalam hal ehwal mendidik anak-anak ni.. Yang pasti rujuk kepada yang tua dan berpengalaman.. Ralatnya Wan Puteh dan Atok Ihsan pergi terlalu awal untuk kami merujuk...Kepada Allahla tempat bermunajat meminta pertolongan yang abadi. Jangankan yang besar, sekecik- kecik Muhsin pun nak dibandingkan dengan kawan sekelasnya la dan selalu juga kena marah sempat tak dapat 100% dalam peperiksaan...Bagi ibu - ibu muda pula nak juga ambil bahagian dalam banding- membannding ni..sebagai contoh- anak kau dah jalan? Anak aku belumla...Kalau dah ,nak tanya lagi - anak kau mula jalan berapa bulan? Anak aku cepatla jugak 9 bulan dah boleh berjalan..Anak aku aku lagi lambat.. genap setahun baru boleh berjalan..
Apa ni ?
Mungkin orang kata itu ialah perkembangan anak- anak.. Tapi kenapa marah kalau tak dapat mencapai yang sepatutnya? Samalah macam Athirah, sebagai ibu atau bapa kita kan boleh tahu keupayaan anak kita. Syukur juga bapa athira tidaklah terlalu mendesak kau mesti itu, mesti dapat ini...itula yang buat saya agak rileks sedikt..Kalau sama- sama pressure dia ha tentu result dia 8A kot! Ha..hah..Dalam tak sedar si Farouk dah nak capai umur 20 tahun. Mak Yang dia kata,,,tegur anak besar cara lain tau ida..he's a big boy now...ah ah ya...
Bulan Mac ni memang macam-macam Aznil rupanya..3 Mac ari tu, pemergian Gan yang kedua tahun. Terbayang pusaranya bersemadi di antara kubur arwah bapa dan arwah abang Pin. Al Fatihah untuk mereka. Birthday cu Akak, sham abang za, kak adawiyah dan terkini anak diue kak yong - lelaki lagi!yang ketiganya 3 hari lepas. okla, nak chow lah.. (nak g breakfast la pulak) Ain thanks for the report and keep the good work.Insyaallah tengok la bulan depan ya..

Sabtu, 15 Mac 2008

Kisah PRU12, result Afiq dan orang baru kak yang

Salam.....
Kissah PRU12 nampaknya belum reda. Tsunami melanda pantai barat dan kerja pembersihan belum berkesan..mana- mana akhbar, blogsites,kedai kopi, pejabat dan dalam rumah tangga sendiri masih berbincang mengenainya. Umum dah tahu keputusannya, syukur parti kerajaan menang majoriti mudah.. namun persoalannya 4 negeri dah terlepas kepada pembangkang. Hendak merawat satu tapi terkena jangkitan yanh lain pulak. My own response...? tak taulah ibarat yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran..menang jadi arang, kalah jadi abu.. Apa tidaknya, nak lantik MB pun payah..baik negeri ditawan pembangkang, baik negeri dipunyai kerajaan. Kenapa ya? sebenarnya rasa sedih juga. Pendapat peribadi merasakan kita dah tergadai sesuatu... Kenapa masih tidak boleh bersatu wahai bangsa Melayuku? Sebagai nak pewaris keturunan Abdul Razak dan Wan Rokiah rasanya kesal di hati.. Susah payah generasi terdahulu mencari kemerdekaan dan kebebasan kita gadaikan pula dalam 50 tahun ini. Ramai suku.. Tetiba saja semua orang termasuk diri sendiri menjadi pengulas pada isu ini... Tapi bila difikirkan semuanya adalah hikmah..bagi pemimpin yang sukar untuk didekati kecuali musim kempen baru turun padang patutnya ambil iktibar,...mana tidaknya bila nak jumpa punyalah payah. Banyak sangat protokolnya... lain pula dengan pihak yang satu lagi.. Rawatan klinik pun mungkin free! Apabila dah terjadi di Pulau Pinang mulalah menggelabah..Mana taknya kalau sebelum ini pembeli rumah bumiputra di pulau pinang mugkin ada diskaun 10 -15 %, lepas ni macamana? Yes, semua rakyat malaysia perlu diberi hak samarata! Sapa rajin dapat lebih, sapa tak....melukut di tepi gantang lah.. Nak tanya juga, tak payah lah gelabah, bukankah pilihan di tangan mereka?Tunggu dan lihat seta bekerja keras. Sejarah dah buktikan mereka yang berada dalam survival group selalunya berjaya. Golongan muda dan profesional termasuk saya sendiri apa yang saya nikmati sekarang adalah hasil kemakmuran kerajaan dan sekutunya.Memanglah tidak sekaya pemimpin, tapi rasanya mereka dan saya berjaya dengan adanya bantuan itu dan ini. Adik saya keluar negara pun duit sapa ye? Kami bukannya kaya... Hmmmm nampaknya panas pulak intro ari ini.. Wan Puteh Kamariah, Atok Ihsan yong nor, kak yang maaflah kiranya kami ini tersasar dari landasan.. Kepada PM kami akan taat setia...dan tak sabar untuk mengundi lagi dan betulkan mana yang patut..

okayla,good news lak... Alhamdullilah berkat doa keluarga ihsan dan rashid , Muhammad Syafiq Aqwa berjaya beroleh 3A1,3A2,2B,3C dan 1D dalam SPM yang lalu...Buat masa ni tak tau nak jurus ke mana dahulu..pilih mana yang layak.. Bila orang ucap tahniah kat kami ... cakap terima kasih je dan syukur tapi sebenarnya jauh dari sudut hati sebenarnya sekolah dia SMKA Bandar Penawar lah yang main peranan penuh.. Kami doakan saja dan menyediakan keperluan yang patut.


okayla tajuk yang lepas bincang kejap lagi ke.. nak solatla dulu...

Jumaat, 29 Februari 2008

LONG time NO SEE?

Assalamualaikum kepada yang berminat di ruangan ini. Apa khabar? Alhamdullilah, i assume semuaNYA SIHAT WALAFIAT.O ya bagi keluarga ihsan tentu maklum, sepupu kita, Faezah Kamal Basha telah kehilangan suaminya yang tercinta be berapa hari yang lalu.Al Fatehah, buat pakcik Basha seluarga khususnya Faezah kami anak cucu Hj Ihsan berharap tabah menghadapi dugaan seterusnya kami mendoakan semuga rohnya dicucuri rahmat. Seingat ida la, kali terakhir berjumpa arwah pada beberapa tahun yang lalu di Stadium Bukit Jalil ketika karnival perdagangan. Mungkin ada lepas tu ,tp tak perasan kot.
satu kelebihan pada keluarga Ihsan ialah kaum kerabat yang sangat ramai....Kekurangannya pulak bertemu tidak berapa mesra. yang kenal adalah anak- anak yang terdahulu ...Cukup mesra di kalangan sepupu yang lapis pertama atau kedua. Generasi seterusnya? Hampeh!
Itulah yang ida bimbangkan...- generasi yang hilang.ada perasan tak macam tu? Kita berduyun-duyun gi rumah anjang la, kampung telok la. Tp yang kenal -anjang, kak senah dsbnya.Tapi cucu kak senah, anak menantu anjang kenal tak anak cucu yong atau abang za atau kak yang?Dan sebaliknya. Tapi tak yah gi jauh la. Kadang2 terasa cemas juga, adakah cucu yong akan mesra alam dengan anak kak yang atau anak cucu ida atau akak di masa akan datang? Sekarang pun cucu kak yang pun rasanya malu nak main dengan danish anak sham abang za. apalagi nak kenal wan chik atau wan cu atau atok udanya. Cucu Yong plak? Rasanya mgkin x perlu orang lain dah. Dia sama dia pun dah cukup. Lepas ni mgkin wujud pula blog Husin & Norainy..Itulah yang dibimbangkan nak kumpul anak cucu Abdul Razak memanglah payah, jangan anak cucu keluarga ihsan gitu juga.X dinafikan, kita duduk berjauhan mungkin menjadi punca. Kemudian mgkin sebab2 pekerjaan. Ida dengan akak jauh kat sini.Dan cuti tak menentu pulak. Ada kematian ke, sakit pening memanglah tak dapat nak balik. Tapi sebagai ahli keluarga kita mesti ada niat bahawa kita ada satu pertalian keluarga yang sangat kuat dan istimewa. Sebenarnya, bukan keluarga ihsan sahaja, tempias juga terkena kepada keluarga rashid.Keluarganya yang masih ada di Perlis dan Negeri Sembilan,hanya sedikit yang kenal. Anak2 lagi tak kenal...Hmm....
Oklah, mentang- mentangla lama tak menulis, bagi ceramah lak yaa? well, saya harap saya tak terlewat untuk ucapkan salam tahun baru, salam maal hijrah kepada semua. Cuti yang lepas keluarga rashid melancong ke Kuching, Sarawak. Seronok walaupun ada 36 orang ahli!Pas tu Muhsin pulak bersunat. Thanks to Yong, Ain dan wan di Sitiawan kerana membantu. Belajar cheese cake dari Ain satu pengalaman yang manis. (La ni Ain ada di K.L. Dah jadi warga Kota Metropolitan.) Jeritan muhsin ketika bersunat pun pengalaman juga walaupun kali ketiga.Jerit sampai kat tempat menunggu boleh dengar. nasib baikla x de orang lain masa tu.
2008 ada cerita lain pulak ya? (Bila pulak nak tulis....)