? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Rabu, 21 Januari 2009

FARUK KUAR TV!



Salam, agak lucu menonton anak di dalam kaca TV. Kalau dahulu pernah tonton ayahansa AR Kamaluddin membaca berita TV RTM pukul 6 petang, opah siber dalam rancangan Hari Raya, katanya yong pun ada dalam rancangan Halaqah TV9, suami ketika SUKMA Ipoh berlangsung, saya sendiri semasa pidato konsumerisme 84 , kini generasi ketiga dah keluar Tv!! ( Riak le tu.. he..he..anugerah Allah..Syukran)Faruk kelihatan berisi dalam rancangan Bersamamu...TV3 tadi kul 9.00 malam.. kami tak tonton mulanya.. Uncle Nordin minta cepat tukar siaran. Mula tu suspen juga.. Ada pengumuman penting mengenai negara ke? Baru perasan ada sms dari Faruk. Dia ada maklumkan minggu lepas yang dia kuar TV minggu ni, tapi rasa tak yakin..( silap saya perlu yakin bila anak menceritakan sesuatu apalagi dah besar panjang macam Faruk tu..lagi pun takkan kuar cepat sangat?)Moga dia ambil iktibar dari lawatan ke rumah yang memerlukan bantuan tu dan dia perlu bersyukur bahawa apa yang dia ada sekarang ni adalah rahmat Allah. Apa nak lagi?
O, ya, siang tadi pergi ke SMK Simpang Renggam yang 132km jaraknya. Sepatutnya sampai awal, sebab pukul 8 pg dah ada di Tol Kulai. Rupanya sibuk berbual dengan rakan2 dan asyik memotong kenderaan lain, kami terbabas ke Air Hitam! Patah balik dan kami rugi 32 km. Yang seronok tp sebenarnya X bagus, kami sampai semasa orang sedang bersilat dan berkompang - meraikan tetamu kehormat yang dah sampai..Yang x seronok lagi mengecewakan kami tak dapat naik pentas terima watikah.. penganjur kata, takut bercelaru..Saya pohon maaf kepada kekawan yang sekereta kerana mereka juga x dapat naik. Mereka kata tidak apa, sudah ditakdirkan begitu.. Kita dah usaha..DIA jua yang menentukan.
Nilai Murni dan pengajaran - lain kali jang asyik berbual ketika memandu

Khamis, 15 Januari 2009

Cuti - cuti Malaysia

Salam,

Langkawi, kami datang!

Sejernih air di Pantai Beras Basah, Langkawi

Berendam di Tasik Dayang Bunting, Langkawi

Pantai Cenang, Langkawi

Sabar Menunggu Mee Udang Yang terkenal tu..Muhsin & Ihsan

Indahnya Pantai Merdeka, Sg Petani

Sepetang di Pantai Merdeka

Main Air di Bukit Merah!

anak-anak cuba mendukung biawak amerika katanya - di Bukit Merah Laketown Resort.

Rabu, 14 Januari 2009

Matahari ku dan kenangan lama

Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau
Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi
Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu
Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi
Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu

Salam, wah nampak jiwang la pulak. Ari ni berjaya masukkan lagu dalam blog. Ada dua buah lagu yang mengesankan, lagu matahari dan I'm yours. Selain petikan lagu dalam drama indon jelita, wajah agnes tu mengingatkan saya terhadap sahabat lama - Chong Yee Yuen. Katanya dia dah jadi seorang doktor gigi di Kampar. Saya nak letakkan lagu ni sebagai latarbelakang, tapi tak pandai la pulak.( Dah dua hari saya mencubanya tapi ini lah hasil cuba jaya yang terbaik.) Dia kawan saya sejak darjah 1 sampai tingkatan 3 di sekolah Convent. Tapi memang dia pandai. Kedua ibubapanya juga guru, sangat berdisiplin, ada bilik khas untuk belajar yang berhawa dingin, satu bilik untuk kain baju, di dapurnya ada set tv. Belakang rumahnya rumput golf dan sebatang tiang gol bola jaring untuknya bermain dan berlatih menjaring gol bersama keluarganya. Dia ni dua beradik saja.Belajar piano dan capai gred tertinggi walaupun baru berusia tujuh lapan tahun. Dia lagi bijak dari kakaknya dan mereka sentiasa bersaing. Saya kagum melihat kehidupan keluarganya - bagi saya sangat sempurna. Dia tak pernah dapat no 2, no 1 sahaja. Rajin membaca buku sentiasa. Kalau waktu rehat, saya akan berlari ke kantin, tapi dia akan makan biskut cream cracker 2 keping, dan telur rebus sebiji, setiap hari- dari sekolah rendah sampailah menengah. Ada sekali sekala dia bawa duit, tetapi dia tidak pandai membeli. Bekalannnya itu pulak dibungkus dalam plastik, ikat dengan getah..Bila balik bawalah pulang kulit telur tadi untuk dibuang ke rumah.. Saya pernah pergi ke rumahnya untuk belajar sekali sekala, mendengar dia bermain piano dan menonton tv. Tapi pergerakan kami diselia sekali sekala oleh emaknya. Ada sekali tu, emaknya menyuruh saya pulang kerana dia hendakkan Yee Yuen menonton rancangan sains dokumentari di TV, saya diberi pilihan sebenarnya, samada pulang atau menonton rancangan itu, tapi biasalah, saya pilih untuk berkayuh pulang!!
Saya berpendapat gaya hidup Yee Yuen dan kawalan ibu bapanya memainkan peranan besar dalam mendidiknya. Kekadang tu cemburu juga. Belajar pandai, bersukan pandai, lukis pandai,menyanyi pandai, kerja- kerja seni pandai,bersopan santun, pembersih dan pendekata semuanya sempurnalah.(O ya, dia seorang kristian, maka tiadalah tok pekong dalam rumahnya)
..Semasa di Ting. 6 dia memandu kereta sendiri ke sekolah, wah, macam hairanlah saya melihatnya kerana zaman itu bukan semuanya boleh memandu kereta apa lagi kereta ke sekolah.Cuma bersolek sahaja dia agak kureng. Tapi saya pun kureng juga dalam bab solek menyolek ni.. Kalau dia tak pandai buat sesuatu kemahiran, ayah dia akan tolong buatkan. Pernah sekali saya balik rumah, saya tak tahu melukis, saya pun minta bapa buat sama seperti ayah Yee Yuen lukiskan.. Kesian bapa..Arwah bapa pun pandai lukis juga, cuma dia lebih suka kami buat sendiri kot. Pernah juga saya ingin mencedok gaya didikan keluarga Yee Yuen . Namun, saya sedar cara hidup Muslim adalah muktamad.
Meskipun saya bersekolah di Convent, tetapi tidak keterlaluan saya banyak belajar dan disiplinkan diri di situ. Gaya duduk, makan, berjalan, waima bersihkan tandas pun saya belajar dari situ dan saya amalkan di rumah. Kami kena kutip daun, simpan pembungkus makanan seperti gula-gula di dalam poket dan buangkan setelah berjumpa bakul sampah. Thank You, Sorry dan Excuse me adalah 3 perkataan yang dilatih.Sampai sekarang pun tersepak meja pun sebut sorry juga. Anak2 sedara yang dah besar panjang tu tentu mereka ingat, kami akan tanya cakap apa?Cakap apa? berulangkali kalau mereka menerima sesuatu atau membuat kesalahan..
Selain Yee Yuen, saya ada Soe May, Ann, Yoges, Mazwin, CT dan juga Soo Chin. Thamarai sigadis Sg Wangi yang teringgi di sekolah pun menjadi kawan saya juga. Ann pernah insafkan saya tentang bersyukurnya saya dianugerahkan Allah tubuh badan yang sempurna. Kenapa terjadi demikian kerana, saya memuji sepasang kaki Soo Chin yang sangat cantik. Ann secara spontan menegur saya kamu sepatutnya bersyukur bahawa kamu sudah ada sepadang kaki, ada orang tiada kaki langsung! Saya terkedu dan malu, bagaimana seorang bukan islam boleh ingatkan saya tentang syukur.

Entah di mana kawan2 saya ni.Mengapa pula saya terkenangkan kawan- kawan saya ni.. Nampaknya lagu matahari jadi sumber inspirasi untuk menulis panjang.

Isnin, 5 Januari 2009

Cuti yang paling meriangkan

Salam,
Sudah lebih sebulan saya tidak menulis. Kekadang saya hanya buka laman ini membaca coretan sendiri tetapi malas untuk menulis. Ini adalah kerana, walaupun terasa sekejap, tetapi sebenarnya masa yang diambil melebihi 1 jam untuk menyudahkannya. Oleh kerana keadaan di rumah agak sunyi, maka saya berazam untuk mencoret sepatah dua kata jua. Saya juga merasa terharu ada pembaca lain yang sudi singgah di laman ini, selain ahli keluarga. Salam perguruan Cikgu Habiha. Kemungkinan saya akan tukar tajuk Ihsan & Rashid kepada Bisikan Hati sahaja. Bukannya apa, macam berat sebelah la pulak. Banyak cerita keluarga Ihsan daripada keluarga Rashid.
Cuti akhir tahun 2008 adalah paling seronok rasanya. Anak2 pun setuju. Mana taknnya kami melancong macam orang kaya... Cuti saya dimulai dengan majlis perkahwinan anak bongsu Yong - Farah dengan Zuhedi, orang Johor. Habis je kenduri kami naik ke Cameron Highlands dalam perjalanan pulang ke Melaka. Singgah kebun strawberi. Kami melalui jalan Spg Pulai. Kalau ikut sini, kebun nyonya tepi jalan tu pemurah sedikit. Kalau petik sedikit tidak mengapa, kalau hanya untuk bergambar sahaja pun boleh dan masuk ramai- ramai pun dia tidak kisah. Tapi biasalah, orang berbudi kita berbahasa, dah bagi masuk tu, petik la sedikit untuk dimakan. Tak perlu sekilo pun.Malamnya - tidur di puncak Arabella, murah je apartmennya, kebetulan kepunyaan kawan suami - RM150.00 semalam siap Astro lagi. Keesokannya dalam perjalanan turun,minum teh di Bharat Cafe. Beli teh untuk dibawa pulang sebagai cenderahati. Yang kelakarnya, harga teh di situ lebih mahal dari kedai runcit di Tanah Rata. Hampeh !!
Sori la, tak ada gambar. Mungkin cuba hantar di keluaran yang akan datang. (Entah bila..)
Pada 6 Dis pulak, menghantar pengantin ke kluang, Johor. Pengianapan di Hotel Niagara ditaja oleh Akak suami isteri. Syukran. Berapa keluarga melepak di situ ditajanya? Moga Allah murahkan rezekinya sekeluarga. Amin. Paginya pulak mengeteh di Stesen Keretapi Kluang yang katanya hebat dan kuar suratkhabar. Perghh.. Orang ramai giler.. Siap kena beratur dan cop tempat duduk. Istimewanya roti bakar dia seperti roti burger, lepas tu sapulah kaya banyak- banyak dan hidang semasa panas. Nasi lemaknya ciput saja dalam daun pisang. Seperti biasa bergambar aje lah kerjanya lepas makan2.
Sambutan orang Johor sangat meriah, ada zapin dengan iringan kompang. Menarik juga.
Kami tinggalkan Farah dengan airmatanya serta mamanya yang meleleh. Kami mengusiknya Agar dia tidak merasa sedih. Paling terharu, Abah Farah siap peluk Edi lagi, kami bertepuk tangan suka dan syukur..Bertolak ke Melaka dan sampai di rumah abang Abas kerana kenduri kawin juga. Lepas maghrib semuanya berkumpul di rumah saya dan separuh di rumah Ishak Amin yang dijadikan homestay. Seronoknya dapat meraikan orang datang. Tidak terasa letih pun. inilah nikmatnya meraikan tetamu, ya.
Keluarga Yong pulang ke KL untuk berhari raya haji di rumah N. Sebelum tu, mereka berjalan ke bandaraya bersejarah dulu. Kami pula, bertolak ke Muar pada tengah malam itu juga.
Dua minggu selepas raya kami gerak ke Taiping, bermalam di sana, singgah di Bukit Merah Lake Town, kemudian bermalam di Sg Petani 2 malam, dan terus ke Langkawi. Membeli belah? O tidak, sebaliknya mencuba benda baru, 'Island Hopping' pula. Kalau beli pun, beli set pinggan mangkuk 'Corelle' sekurang-kurangnya adalah satu set. ( corak lama tapi.. hmm sebab nak cari paling murah) abang kata makan dalam pinggan mana pun sama jer, orang lelaki, cam tu lah. Tp kalau tukar sport rim tidak pulak kata gitu.. Selebihnya bawa anak berjalan tempat bersejarah. Kali terakhir pergi ke Langkawi tahun 2001 masa bertugas sebagai guru pengiring masa tu. banyak dah berubah.
Cuti kami ditutup dengan perkahwinan Siti Norhuda dengan Hafidztullah. Anak buah sebelah sumai pulak. Glamer tu. Siap lalu bawah pedang lagi. Balik ke Penawar malam tahun baru. Letih.. bila masuk rumah -penuh dengan tahi kucing. Rupannya pintu belakang terbuka. Dah satu keje pulak membasuh rumah dan baju yang terkenan. Mana yang buruk tu buang terus! Patut lah dalam seronok bercuti hati sekali sekala cemas. Syukurlah diceroboh oleh oleh kucing bukan pencuri. Alahmadullillah. Hingga hari ini, masih berbau sekali sekala. Teringat rumah di Melaka. Rasa nak mohon tukar la tahun ni. Okay la, sakit pinggang dah ni. Wasallam.
p.s. tulis blog, keje sekolah tak siap,..