? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 21 September 2007

RAMADAN MASA KECIK

Assalamualaikum,

Agak lama tidak menulis. Agak sibuk dan juga sedikit malas.Masalahnya asyik mengantuk saja. Itulah, bila berbuka agaknya terlebih. Selepas saja solat terawih atau Isyak mata pun mulalah layu..belum mengaji lagi tu..Masyaallah..Tiga hari lepas, Yong ada tepon, tanyakan nama penuh athirah sebab nak buat solat hajat untuknya .Itulah kelebihan yong, sikap ambil beratnya tu kekadang tak terikut dek kami adik-adiknya. Kalau bab meningkatkan pelajaran dan ilmu, dia akan bersungguh-sungguh memberi galakan.Tak kiralah adik ke, anak ke, anak-anak saudara ke, dia akan ikuti perkembangan. Malam peperiksaan dia akan telefon ucapkan selamat. Begitu juga dengan kak yang. Esoknya Kak Yang pulak tepon. Best sungguh.

Kenapa tajuk Ramadan ini? Entahla. Setiap kali datangnya Ramadan hati akan menjadi sebak , pilu dan sayu. Terkenangkan kampung halaman.Arwah bapak,mak dan Gan. Banyak cerita di bulan Ramadan. Setiap kali sahur pula akan teringat Kak Yang .Kenapa? Masa kecil dulu di rumah lama belakang pejabat pos Sitiawan, pada waktu Sahur Kak Yang akan kejut i dan temankan dia memasak atau memanaskan lauk. Masa tu geram juga, kenapa tak kejut orang lain? Gan ke, Akak ke? Tapi masa tu la kami akan bersembang walaupun mata i dalam keadaan pejam.Masa dulu sahur sangat awal.Bila dah jadi ibu, kekadang sedih jugak, tiada sesiapa meneman. Kelam kabut siapkan sahur, makannya sedikit.Hmm..Muhsin, alhamdullillah, setakat ini puasanya penuh. Ari itu i mengamuk sebab dia termakan biskut munchy. Tapi dia dah luahkan, i yang mengamuk tak tentu pasal. Menangis dia. Sian.

Ramadan ini juga terkenang masa kecil dulu siap simpan ais kerim untuk berbuka. Tapi bila tiba waktunya, ais kerim dah cair.Bila waktu petang, akan ke masjid pula, Amek bubur lambuk free.Kekadang mak buat juga. Juadah berbuka masa dulu meriah. Mak selalu masak banyak. Jiran semua dapat. Tapi sekarang, i tak ble ikut cam tu. Sebab? Elak pembaziran.Dua - i memang tak pandai masak. Sekali sekala hantarlah juga ke rumah jiran. Tapi zaman tu memang semua orang masak banyak kot. Mana ada bazar ramadan masa tu.Bapak pulak akan ingatkan kami dah niat ke blum, buat bintang dari buluh dan letak mentol di dalamnya kemudian gantung kat depan rumah.Balik terawih apak dan mak akan menonton tilawah al quran sambil mencatat nama- nama qari dan qariah yang mengambil bahagian dan meneka siapa akan menjadi juara. Akak (adik bongsu) dengan i la jadi tukang hantar lauk ke rumah jiran. Kekadang Gan join sama. Mak kalau nak masak berbuka pukul 2-3 dah ke dapur. I? Lepas Asar baru turun.Itui pun masak nasi, goreng ikan dan satu jenis lauk. Kuih? Orang kat bazar dah tolong masakkan...Tapi puasa ni I dah pandai buat puding karamel tau. Mi bandung Enche pun dah cuba..Okay la tu, kan?

Ahad, 9 September 2007

Anak-anak/ Children

Anak -anak permata ibu bapa..begitulah..Well , anak2 i? Seawal u7 tahun sapailah sembilan belas tahun. So, i kenalah layan masalah kanak2 dan juga remaja/ Tahun depan dah ada anak dewasa. Jadinya, kanak2, remaja dan dewasa. Yong Nor (my eldest sis) selalu berpesan, masa melahirkan sakit paling lama pun dalam kiraan jam. Tapi membesarkan sakitnya lagi bertahun..Tambahan pula nak jadikannya manusia berguna. Thanks Yong. You R always like mum to us. My eldest - Fakhrullah or Faruk, pursuing studies in JB. Nak jadi cikgu juga. Like his parets, grandpa, uncles and aunts. Senang bu, X yah susah2. Second - Syafiq- Form 5, in SMKA- yang ini rupanya macam sabar je, tapi bila kita leter lebih dia x suka rupanya. Favourite word - taula bu..., A year difference with Syafiq-Athirah- my only daughter-nak peksa PMR this year. Favourite word- "whatever!".Kalu bagi tau orang sekian - sekian dapat A gitu gini dia akan jawab dengan selambanya biarlah.. Finally, the chatterbox- Adib Muhsin. Mak datuk, mulutnya mengalahkan bertih goreng-ada sahaja yang nak dikomennya. Dia ni adakala macam abang Faruk, adakala macam abang Syafiq dia. Nak cerita pasal dia rasanya boleh buat buku. Komen cikgu sekolah agama dia masa hari terbuka - "kak, saya suruh dia duduk diam dalam kelas..tau apa jawabnya? Baik boss! Saya nak marah pun x jadi.."Seperti biasa, saya akan minta maaf bagi pihak Muhsin dan saya dapati yang ustazah tu adalah antara yang tegas..Muhsin ni tahun 1; kalau suruh study sebab esok nak exam, dia akan jawab x per ibu sebab soalan darjah 1 senang. Bila dapat keputusan dan ada kawan-kawan yang lebih baik dia akan jawab soalan darjah 1 susah..My hubby and I akan senyun ajelah..No komen. Ari ni terperanjat juga dibuatnya. Nak beli Ribena banyak - boleh masuk Bintang Kecil dan jadi terkenal! Masyaallah..cucu tuan haji ihsan ni..

SALAM RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM,
INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. Semoga kita dapat memperolehi kenikmatan dan keberkatannya. To ALL MUSLIMS throughout the world my family and i would like to wish Happy Ramadhan to all of you and be blessed always..
"Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dandibelenggu syaitan"-Riwayat Bukhari dan Muslim

Selasa, 4 September 2007

tukar tajuk blog la pulak?

Salam ..bila difikir-fikirkan nak jadikan blog ni sebagai satu rujukan kepada sanak saudara khususnya adik beradik dan dan kerabat.mungkin boleh tukar-tukar cerita dari keluarga sebelah arwah Hj ihsan ataupun sebelah Hj rashid. mungkin respon lebih baik kot kan Ain?Thank you for all the support..he..he..
Minggu lepas, seminggu sakan sibuk tempah tiket kapalterbang ke Kuching bagi pihak keluarga Hj rashid. Susah juga siut. Dengan ahli hampir seramai 30 orang akan turut serta dan diuruskan pada minggu itu juga.alahmadullillah, pada Jumaat lepas segalanya beres. Cuma keluarga Busu Za sahaja tak tentu lagi. Tapi dia call tadi harapan mungkin cerah.baguslah. Tadi Cik Na singgah rumah sekejap, nak bawa balik keta Azah..CT Cat minat kat iswara pak tam nampaknya..
PMR ada lebih kurang 35 hari lagi..budak2 macam tak hairan pun.