? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 25 Januari 2011

Salam, New Year, New Style?

Salam, what's this? In English now? with new title? Thought you want to be more patriotic..(Sigh..)
Could hardly answer myself the questions that keep on bugging me..Why do i change? Why am 1 tempted to use English rather than my mother - tongue language?
Well... i grasp for reasons..i lost my identity? Already?
Sincere yours or yours sincerely we to used to have it written in our long forgotten olden days of letter writing; or at least the last time we used it in English Language writing examination..
The contents here are more or less the same as " Bisikan Hati"; my previous title..I would like to express my feelings and deliver my thoughts here and respond to anything that might interest me or my loyal readers.
It has been nearly a year i haven't write here..addicted to facebook really prevented me writing something here. Actually i wanted to write as much as i can, since i like writing very much. What i do with fb? Yup; more on corresponding on certain issues and very much of playing virtual games.Really crazy ya?
Since the school has just begun, we teachers are very busy ..the usual activity every year..cleaning classrooms, electing class monitors and other committee members of a class, collecting fees, preparing lessons and teaching aids and bla..bla..and guess what, almost everyday i have to attend meeting, inside and outside school.
This morning, i gave my students some tasks,with a detailed instruction before that. Then, while i was doing my work someone asked me, " teacher, should this be stapled together?" showing her papers..I replied " what do you think" giving a stare. Then i smiled. Teaching tertiary level is not the same with the younger kids. They need more personal touch rather than do this do that. Then i told them my experience teaching primary one students many, many years ago. Those little children keep on asking me the same questions.." Teacher, colour ah?" or " Teacher, warna ka?" " Teacher ini kena warna ke?" yelling from her seat.. At that time it was really burning inside. I stood up and with a very loud controlled voice; explaining..yes..yes..co..lour the pictures, war..na..with fingers showing running through the colourless pictures..
Self reflection, was my instructions not clear enough? My pre - u students giggled when they listened to my story. However, i think even now, we would always like to repeat questions, even us as adults too..
Well, i better put a stop here..i would not know when i'll be here again..be in English or in my mother- tongue language..feel a little bit sad though..or maybe i'll write in both languages?
MBMBI - Mendaulatkan Bahasa Melayu , Memperkasakan Bahasa Inggeris..can this be achieved?

Selasa, 25 Mei 2010

Setahun sudah Berlalu


Salam,
Sudah lebih setahun saya tidak menitipkan tinta- tinta untuk tatapan pembaca setia..Hati meronta nak menulis tetapi pelbagai halangan..diantaranya
1) tugas yang tidak pernah habis
2) bergayut pada facebook
3) kerana menulis blog memerlukan ketenangan dan masa yang agak panjang

Dalam tempoh setahun ini, saya ada juga menghasilkan cerpen - 2 tajuk berkisar cinta..belum lagi hantar ke mana sebab tiada konfiden..Selain itu, banyak juga perkara yang berlaku selepas post yang terakhir itu..

Abang saya..abang yang tengah telah pulang ke Rahmatullah dalam jangkamasa sakitnya yang sangat singkat..hanya seminggu di Hospital Seremban. Kami adik beradik rasa sukar juga pada mulanya, sbb berlaku sangat pantas..terkena strok di rumah abng Run dan kemudiannya tidak boleh berkata-kata sehinggalah beliau menghembuskan nafasnnya yang terakhir..Saya sangat ralat, terkedu dan tidak bersedia..sebab abang semenjak dua menjak semakin rapat dengan kami, tidak lagi seperti dahulu, lebih bergaya, memandu kereta yang kuat deruannya spt kereta anak muda...sebenarnya saya mmg tidak bersedia..apalagi kehilangan arwah Gan masih lagi dirasai..Abang disemadikan pada malam itu juga berada dekat pusara ibu, bapak dan gan..sememangnya pula,Arwah Gan dengan arwah abang Za sgt rapat dan mereka pergi dahulu..selepas abang Za,pak Chik Basha juga telah pergi meninggalkan kami..
Tugas di rumah mahupun sekolah memang tidak akan habis..lepas satu, satu datang..
apalagi pulak saya sedang bercinta dengan facebook..Bagi saya facebook ini sangat bagus sekiranya tidak disalahgunakan. Apa yang saya suka ialah ia mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga, saya dapat mengikuti perkembangan mereka, memantau aktiviti anak2...menghubungkan ikatan persahabatan yang lama terputus ..yang pada dasarnya saya langsung tidak membayangkan saya akan bertemu semula kengkawan lama waima kawan sekolah rendah sekali pun! Lagi satu ianya interaktif..boleh berbual dan cepat pula mendapat balasan..ada applikasi yang sgt cantik lagi menyeronokkan, ada kawan2 antarabangsa, ada laman2 yg berkaitan profesyen kita, hobi kita, politik, ilmu, dakwah dsbnya..saya melihat dari sudut positifnya..namiun saya rasa kurang senang dengan laman yg mengajak saya untuk bargabung sesuatu ke arah negatif..cthnya untuk membenci sesama islam walaupun perbedaan fahaman politik...ataupun laman lucah yang sgt membimbangkan seorang ibu yg punya anak2 remaja..o ya....permainan maya pun saya suka, sbb grafiknya sangat cantik..
mrnulis blog perlukan idea dan ketenangan spt sekarang..tiada gangguan..di rumah sedang bercuti sekarang..muhsin d sekolah..
semalam 24 hb Mei hari jadi saya yang 46..dah menginjak usia...

Isnin, 22 Jun 2009

(1) Bapak, - satu coretan sempena Hari Bapa



"Bapak, terima kasih kerana mendidik kami menjadi manusia"

Salam,
21 Jun hari bapa, diraikan di seluruh negara Malaysia dan beberapa negara yang lain. Pertama kali saya dengar sambutan Hari Bapa ni semasa di sekolah rendah dulu. Pada mulanya suspen juga sebab ingatkan nak meraikan seorang rahib kristian di sekolah kami. Maklumlah semasa bersekolah di Convent dahulu, rahib dan rahib wanita selalu berada di sekolah dan bermesra dengan pelajar. Dan kami gelar mereka sister dan father. Tapi selepas dijelaskan barulah tahu ianya adalah satu penghargaan kepada kaum bapa.Jadi sewaktu matapelajaran seni kami semua sibuk melukiskan dan menghias kad Selamat Hari Bapa untuk dibawa pulang. Saya tidak ingat apa kata bapa bila saya serahkan kad itu.

Bapa saya - arwah Tuan Hj Ihsan bin Md Yassin , berasal dari Kg Telok. Kg seberang dari Kg Baru..(kampung mak saya)sebelah Kg Telaga Nanas. Katanya bapa pun menjadi anak yatim sejak kecil. Saya pernah bertanya bapa, kenapa dia tidak ingat wajah bapanya. Masa itu, saya terfikir takkanlah wajah seorang bapa boleh lupa. Barulah saya faham, bapa saya menjadi anak yatim sejak kecil. Arwah bapak, masa muda tak berapa kacak, tetapi semakin usianya meningkat, cerah pula kulitnya..Bapak juga seorang bijak, darjah tiga dah boleh jadi guru. Itulah sebabnya Atok Razak sayang dan memilihnya untuk dibuat menantu. Selain dari itu sangat berbudi pekerti. Arwah opah Impun telah mendidiknya dengan sempurna.Bapa tidak dapat melanjutkan pelajarannya disebabkan kemiskinan, hanya mampu di LI sahaja. (language Institute - Institut Bahasa sekarang) oleh itu dia bergelar guru. Bapa pernah mengajar seorang doktor gigi sehingga berjaya dalam Bahasa Melayu kerana sebelum itu puaslah doktor itu berguru dengan pensyarah- pensyarah hebat tapi masih gagal. Begitu juga dengan pasangan Inggeris Mr dan Mrs Fred. Guru BM saya pula mengajar jawi selepas dia belajar dari bapa saya.
Bapa juga pandai melukis, memasak, melipat kain, menukang. Masih ingat lagi bapa buat pondok untuk kami bermain. Kemudian dibuatnya pula serunai dari daun kelapa.
adakalanya saya dibawa untuk pergi merawai di Kg Baru atau mencari kepah di Kg Sitiawan. Dalam selut tu ya, pak? Sampai ke peha dan bapa pimpin saya kuat- kuat. Lipat kain pula urut kain tu dulu,( supaya nampak seperti digosok)sebaik sahaja diangkat. Saya belajar lipat kain dari bapa..dan masak sambal tumis,
Dari segi pertimbangan emosi kami pun bapa pandai kawal. Garang? Rasanya rata- rata semua bapa masa tu garang.Atau menulis surat?Janaganlah nak baca novel atau majalah -majalah. semua kena rentap ataupun rampas. Atau sibuk menulis surat?Masa dia tak adalah..masa di maktab lagilah..surat berkajang- kajang ingatkan itu dan ini lebih= lebih lagi bila dia tahu saya sudah berteman, sampaikan saya "berdating" pun mana- mana ada wajah dia! Ada sekali tu, dia berdiri bercekak pinggang tunggu saya balik ke rumah dari menonton wayang dengan Abg Mi Anjang Wan cik. Cousin tu..bukannya orang lain.

Ada satu ketika tu, saya sangat teringin untuk memiliki sebuah basikal kecil. Memang kegilaan kanak- kanak masa tu. Anak- anak jiran ramai dah memilikinya. Saya pun melukis gambar rumah. Di tepi rumah ada kanak- kanak bermain dan sebuah basikal kecil bertongkat di tepinya. Bapa tanya' ida lukis apa tu?" saya pun akan jawab ini, ini..lepas tu saya akan tanya " pak, pak, bila ida nak dapat basikal ni?"Ida pun tunjukkan gambar di dalam lukisan tu. Bapa kata sabarlah,nanti kalau ada duit bole beli...saya pun sabar. Lama kemudian saya dapat basikal tu. Dah tua pun. Berkongsi pula dengan Akak. Gan pun naik juga sekali sekala.Ketika itu kawan- kawan dah pun berlatih bermain basikal besar.Tapi basikal tu banyak jasa - saya ke sekolah dan ke pasar naik basikal tu kelakar!Siap bawak bakul kecil lagi letak di handle depan, tapi saya sedih juga basikal itu dijual tanpa saya sedari.

Namun,ada satu dua insiden yang saya takkan lupa..sampai bila2.Saya mengandung sulung ketika itu dan bercuti di Sitiawan. Suami tak ikut serta. Masa tu, Kak Ina dengan Enche ada di dapur. Saya dan bapa duduk di meja depan berbual- bual biasa. Bapa kalau tak silap sedang menguruskan penghantaran surat untuk Akak masa dia di US.Kirim duit sekali kot. Entah macamana boleh timbul pasal duit.. dan gelang batu hijau arwah mak.. bapa kata "gelang tu kamu ambil, kamu banyak juga membantu hal- hal kewangan di rumah dan belanja Akak", saya menolak dan berdaleh.. saya tak mahu gelang- gelang itu.. selain tak berminat ianya bukanlah apa sangat saya bantu bapa. Itu sudah jadi tanggungjawab. Saya kata, bagilah Yong..dia pun banyak membantu juga malah lebih lagi.. bapa semacam tidak mahu menerima cadangan saya..bapa tumbuk meja dan meninggi suara " kamu jangan nak jadi anak derhaka!" Ya Allah terkejutnya saya, dengan perut yang besar ini pun bapa sanggup marahkan saya. Orang di dapur dengar juga mereka tak berani datang. ada juga mengatakan memang saya melawan cakap bapa. Niat saya baik, tapi itulah yang saya dapat..bapa lepas tu hidupkan enjin kereta dan keluar..saya merajuk dan masuk ke bilik..menangis dan menangis..akhirnya saya ke dapur dan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku..
Semasa membantu tugas di dapur, bapa balik..saya takut dan kecut perut juga..kalau bapa masih marah.Kemudian bapa panggil."ida, mana gam? tolong bapak cari jap.." suaranya lembut..saya sebenarnya merajuk..malas nak pergi..akhrnya saya pergi juga dan menemuinya di bilik tengah. Apa yang dia buat? Dia buka nak gam sebenarnya, dia peluk saya sambil minta maaf berkali -kali. Saya rasa sungguh terharu, terkejut. Ya Allah, di zaman itu adakah seorang bapa meminta maaf daripada anaknya? Saya pun menangis dan minta ampun juga. (susahnya nak tulis, air mata menitis,) inilah cerita yang paling sedih saya dengan bapa saya. kalau cerita balik akan menangis juga.Petang itu atau selang bebrapa hari berjumpa Yong di Lumut. Kita buat appointment di restoran Pak Din, ye Yong? Saya ke Lumut rasanya dengan bas kot. Bila saya ulang balik cerita itu direstoran kita sama- sama menangis ya Yong? Sampai kita tak boleh bercakap sekejap. Kita sebak.Bapa memangnya garang, kan.. Ada lagi satu kes macam tu.. tapi tak sehebat yang ini..barulah saya sedar, cakap bapa tidak boleh dibantah..walaupun kita rasa kita betul..

Saya tinggal dengan bapa selepas mak meninggal dan kebetulan menunggu keputusan SPM. Saya tak pandai masak, jadi bapalah yang ajar sikit- sikit macam goreng sayur atau buat sambal. Kekadang anak- anak Yong datang dan Dui pun sekolah tadika bersama N di Taman Serdang sehinggalah sedara mara giatnya untuk berkahwin semula. Saya yang jadi penunggu di rumah, rasa meluat betul..tapi Yong pujuk kami semua.. dan kita reda..semasa bapa duduk dengan enche, saya pula keseorangan di rumah untuk beberapa ketika.
Tapi kegarangan bapa dah berkurang bila dia sudah bersara dan berkahwin. Apa yang saya kagumi bapa boleh menjadi seorang guru agama bertauliah dengan sekali peperiksaan. Dan bapa berkhidmat mengajar orang kampungnya sendiri. Seronoknya dapat menyampaikan ilmu akhirat. Moga saya dapat contohinya pula.
Bapa pergi tatkala saya dalam pantangkan Athirah semasa berumur 12 hari. Saya di Muar ketika itu. Setiap hari saya menelefon hospital Ipoh untuk mengetahui perkembangan bapa. Namun saya ditakdirkan tidak bertemunya pada hari terakhirnya. Saya lewat beberapa minit saja!Sama seperti emak dan Gan. (Inilah harga yang perlu saya bayar bila saya duduk berjauhan)
Wajah bapa bersih tika dikapankan. Abang Ron mengirimkan kopiah yang dipakainya untuk bapa bawa bersama. Dan sepanjang perjalanan pulang ke Muar selepas pantang saya tidak berhenti - henti menangis terkenangkan bapa.
Untuk Bapa, saya ucapkan terima kasih kerana mendidik kami dengan cara yang tersendiri dan ida harap dan berdoa agar dosa- dosa ida pada bapa tidak bersisa. Bagi Ida pula, apa yang bapa buat, bapa dah fikir masak- masak. Bapa tiada kesalahan. Kami jualah yang tidak pandai. Bagi Ida, bapalah segalanya dan rasa bangga juga ketika bapa ida nikah berwalikan bapa sendiri. Akhir kata, Al Fatihah , semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin.

Jumaat, 29 Mei 2009

MAK -sedikit coretan sempena Hari Ibu


Terasa kaku jari jemari ni nak menulis pasal mak. Tak tahu kenapa. Mungkin takut tersalah tulis berdosa pula jadinya. Kalau merasa bosan membacanya, harap dimaafkan.

Nama mak saya Puteh Kamariah binti Abdul Razak. Bukan Abdul Razak bekas perdana menteri itu tetapi seorang guru yang sangat berpengaruh di Kg Baru, Lumut, Perak. Katanya semasa mak dilahirkan wajah mak sangat putih dan bercahaya. Sebab itulah mak digelar Puteh.Mak kahwin dengan bapa pun atas pilihan atok. Tapi malangnya Atok pula terbunuh akibat dendam dan ianya berlaku selepas beberapa hari perkahwinan mak.

Mak pergi 26 Disember 1981. Saya masa tu sedang menunggu keputusan SPM. Sudah lama benar. Diam –diam tak diam ‘ dah hampir 28 tahun. Ada ketika terasa semalam dia pergi meninggalkan kami. Namun banyak pula yang semakin kabur, baru sedar dia sudah pergi lama.

Minggu lepas,Yong telefon. Yong menjelaskan almari baju emak di 143 sudah beralih tempat. Tidak lagi di bilik yang sepatutnya. Yong rasa sedih dan terkilan. Saya belum pulang ke 143, maka saya belum boleh mencari kepastian. Kadang – kadang perkara ni Nampak remeh, tetapi kalau salah cakap boleh jadi lain. Bagi ida, barang –barang tu tak berapa penting. Yang penting kenangan ida bersama mak. Kasih sayang mak pada ida dan sebaliknya.

Pada saya mak ialah seorang tegas, memang suka berleter ( yang saya warisi kot), naik angin, sporting , mengambil berat, pembersih sangat dan adakalanya orang yang kelakar. Yang saya juga ingat mak , dalam kegarangan ada kelembutannya.

Mak bagi ida, memang hebat. Mak disayangi semua orang. Semasa mak sakit , pelbagai lapis masyarakat datang menziarahi mak dan mendoakan mak mengikut agama masing- masing. Kalau opah- opah datang tengok ida masa ida tinggal sorang di rumah , mereka tidak mahu masuk rumah. Mereka teringat mak. Mereka menangis dalam kereta, Katanya mereka sedih melihat tudung saji hasil tangan mak tergantung di dinding. Sayang benar mereka pada emak. Tentulah agaknya. Setiap kali kenduri di kampung, emaklah dahulu datang menolong. Emak buat gubahan pengantin. Emak kekadang memasak lauk pengantin juga. Ayam golek memang masakan keistimewaan mak.

Mak, mak sungguh- sungguh hendak kami belajar sampai peringkat tertinggi. Tapi emak tidak sempat akak, ida, abang Run Berjaya. Emak susah payah carikan ida sekolah asrama masa ida dapat 2A masa periksa darjah 5. 2A? Takkan dapat masuk asrama. Syukurlah Akak dan Abang Run mengubati kekecewaan mak dengan memasuki MRSM dan MTD. Lepas tu Gan masuk politeknik Ipoh dan ida susul pula di Teknik Ipoh. Kalau tak masuk universiti mak, semua ada kerja. Kak Yang pergi luar Negara atas urusan kerja entah berapa kali. Abang Run sambung belajar lagi mak. Gaji yang ada pun besar. Dia pun dah tak jadi polis mak. Dia dengar cakap mak, tak suka dia jadi polis. Yong walaupun pencen melancong selalu. Dia pun orang hebat mak. Abang Za pun begitu juga mak! Tapi, yang pasti mak, hampir kesemua cucu-cucu mak berjaya masuk asrama dan menara gading! Waima ke sampai ke luar negara mak! Berkat doa mak dan bapa keturunan mak berjaya ke melanjutkan pelajaran. Tak delah anak Cik Nasa, Uda In je mak. Atau anak Alang Som.

Mak masa ida pakai topi ijazah, ida teringatkan mak. Ramalan tukang tilik masa ida 6 tahun tu macam menjadi. Tidak mak, bukan ramalan tukang tilik. Pertolongan dari Allah, berkat doa mak dan bapa semasa masih hidup, dengan sokongan dan doa anak – anak mak yang lain mahu ida sambung belajar. Mak sungguh beruntung kami menjadi anak- anak mu, mak telah mendidik kami supaya berpakat dengan baik. Semua orang bantu ida belajar mak. Kejayaan anak mak menggulung ijazah pada usia 30an ma adalah kejayaan kami semua. Ida menangis mak , mak tak ada untuk tengok ida ambil ijazah itu. Bapa pun tak ada…Taka pa lah, suami dan anak2, kak yang sekeluarga dan Gan ada datang. Cukuplah itu..

Mak tidak ida lupakan masa mak pergi meninggalkan kami. Saat ida dengan akak masih memerlukan kasih sayang mak. Ida ralat tidak dapat mengadap di saat mak pergi. Katanya mak berpaling ke kanan dan wajah mak tersenyum. Ida ralat tidak dapat minta ampun dengan mak. Masa tu ida telefon doctor Sajath, dia tak nak datang. Bila bagi tahu Yong, dia tak nak datang, Yong kata tiada gunanya! Mak dah tak ada! Ha? Mak tak ada? Ya Allah, ida belum sempat minta ampun! Ampunkan Ida Mak.. bapa sejukkan hati kami. Bapa kata bapa dah wakilkan kami semua dan mak redha. Mak, sebelum minggu mak meninggal mak sangat bersedih dan berkecil hati. Kami tidak tahu kenapa. Mak sedih bapa tidak balik pada hari ulangtahun perkahwinan mak. Padahal, bapa di rumah Yong. Bapa minta bapa tengokkan kereta bapa yang meragam. Sampaikan mak cakap” kalau nak kahwin nanti, pilih lah sendiri.” Ida tak tahu apa maksud mak. Ataupun mak berkata, “aku ni berdoa bukan minta panjang umur, minta pendek umur, kome suka kan?” Ida tidak suka mak kata begitu. Mak macam kecewa sesangat.

Mak juga ada jatuh sebelum itu. Yang geram bapa saudara yang lalu pada masa tu, tidak mahu bantu hantar mak ke rumah. Agaknya badan mak besar, dia takut keretanya rosak, Tidak dapat saya rasakan betapa kesalnya saya dan akak di waktu itu. Sampainya hati..

Justeru itu mak pesan kami supaya jaga penampilan. Yang itu kami macam tak berjaya, mak. Ada juga kami berusaha. Orang kampong telok dan kampong baru suka bergurau denghan mak pasal saiz badan mak. Tapi sekarang mereka pun macam kita. Ingat lagi kawan ida tanya kenapa mak macam tu. Ida tak tahu nak jawab. Ida balik dan tanya mak, mak jawab orang kurus apa kurangnya…kebetulan kawan ida memang kurus sangat. Ida pun gelar maknya seperti cicak kubin. (maafkan saya mak cik) Bila ingat cam tu terasa nak kurus supaya anak- anak tak malu pula dengan ida pula.

Mak, meskipun mak garang, hari jadi kami mak raikan. Kalau 1 April tu, pagi – pagi lagi mak kenakan kami. Hampir semua orang terkena dengan gurauan mak. Kalau boleh mak nak kami pakai baju raya sampai 3 hari raya. Juadah semua buat sendiri. Masih ingat lagi ida, kena ketuk keluar adunan kuih bakar kacang dari acuannya. Susah tu mak. Bila mak tak larat bakar bahulu secara duduk, mak baring di dapur. Kami yang faham tu merungut juga didalam hati. Bulan puasa dah lah panas, asap sabut lagi..Yang hangusnya lain. Tapi mak tetap di dapur. Abang Run pernah kena marah dengan mak sebab tak belikan Gan, ida dan akak bunga api untuk dimain pada malam raya. Ya lah, tidak sangka esoknyaq raya. Kedai Cina pun dah tutup. Terpaksalah abang Run bawa kami jalan keliling tengok orang lain main bunga api dan mercun. Seikhlas ingatan ida, tidaklah marah benar. Jadi kesian pula pada abang Run.

Kalau menagaji pula, ya Allah, garangnya mak, saya selalu menangis depan muqaddam. itu yang benak tu kot. Air mata selalu menitis kat muqaddam. Masa kahwin kak yang, beriya benar mak surukh kami bertiga beradik khatam sekali. Sibuk mak ke Kg Baru cari sedara mara yang baru balik Haji, pinjam jubah hitam untuk dipakai semasa khatam quran tu nanti.
Mak bermacam peristiwa kita lalui bersama. Mak pernah tanya ida, kenapa kawan- kawan teknik panggil Ida tiga suku di sekolah padahal baru sebulan mendaftar. Ida pun hairan siapa yang bawak mulut tu. Anak mak ni kan ramah. Takkan itupun dinamakan tiga suku. Ida tak nak buruk sangka, tapi tak ramai sedara kita sekolah di Teknik tu. Rasanya bukan orang lain lagi.. Tergamak mereka menceritakan kelakuan ida kat mak. Tapi ida dah maafkan mereka semua tu.Ida tak lupa mak peluk ida sambil menangis suruh jaga nama baik keluarga. Ampunkan ida, ya mak?

Bapak pernah suruh mak nasihatkan ida supaya jangan banyak surat menyurat semasa tingkatan tiga. Emak tanya ida nak nak kawin ke nak belajar. Ida pun silap mak, nama ida tersiar dalam majalah Dunia kanak- kanak masa tu. Mana ida sangka ramai yang nak berkenalan. Bila keputusan SRP keluar, mak gembira. Tapi mak bertanyakan keputusan anak orang pulak. Ada yang lebih baik dari keputusan ida. Banyaknya silap ida mak.

Mak suka dengar radio bila tidur. Menjelang subuh kalau ida terjaga, ida lihat mak baring sebelah radio. Kebetulan lagu – lagu sedih berkumandang. Ida menangis mak. Ida kekadang kesian tengok mak. Mak Nampak letih benar. Ida tak tahu nak membantu.

Mak, mak pernah minta ida nyanyi lagu Cina kat rumah pak Ence Inspektor Mahyuddin. Mula hari itulah kita baik dengan mereka. Sikap keramahan mak dan merendah diri, mak diterima pelbagai masyarakat. Dengan orang India mak bertutur dalam bahasa Tamil, dengan Cina Hepiah mak cakap Cina. Mak, You are so special.

Selain dari aktif berpolitik Mak juga giat dengan Lions Club dan WI.Itu yang turun mak. Aktif macam mak juga. Baik pun macam mak juga. Kekadang kami memang rasa ada roh emak dalam dirinya. Tapi bila nampak anak cucunya berderu datang kami cepat tersedar. Dia adalah mak untuk anak- anaknya. Kami hanya adik – adik yang menumpang kasih. Itu sebab dengan kehadiran enche rasa terubat juga. Tetapi tidaklah dia menggantikan mak. Tentu sekali tidak! Kasih emak dengan dia berbeza.

Mak, Cukuplah yang ada ni dulu ida ceritakan tentang mak. Bagi anak- anak sedara, cerita ni adalah pandangan peribadi cik. Apa yang cik rasa. Tak sama dengan yang lain. Cik, Cu dan mak itam adalah yang tiga dari bawah. Tentu berbeza dengan anak yang sulung, kedua dan seterusnya.Mungkin yang lain boleh respon juga. Sekiranya ada menyinggung mana- mana pihak ampun dan maaf. Wasalam.Al Fatihah.

Ahad, 17 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG

(ihsan dari fb Ruzaimi)

" Bad teacher complains, Good teacher explains, Better teacher demonstrates,
Best Teacher motivates
' Great teacher inspires"


Jika ari ini dunia semakin maju
Jika ari ini cabaran sentiasa berliku,

Jika ari ini seorang pelajar cemerlang,
jika ari ini pelajar mengharumkan dunia, Jika ari ini tiada lagi guru, bagaimana pula nak jelajahi dunia ,
bagaimana pula nak jelajahi angkasaraya
Jika anda seorang guru,
Betapa agungnya pengorbananmu
Semoga ilmu disebarkan akan menjadi pedoman kehidupan


Guru, dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksananya
Dalam tangannya kita terbina
Berbahagialah menjadi seorang guru..

Never kiss a lawyer, he'll say "object this!"
Never kiss a doctor, he'll say " Who is next?"
Always kiss a teacher, he' ll say " DO IT TEN TIMES!"

Mak cakap, CIKGU macam MAGGI, makanan rutin time susah,
Ayah cakap , CIKGU macam D' SEEKERS- menakutkan,
Atok cakap CIKGU macam ASTRO - macam- macam ada,
Tapi saya cakap CIKGU macam LOREAL- kerna dirimu begitu dihargai..

Teacher is like PEPSI- " Ask for more,
Teacher is like NIKE - " Just Do it"
Teacher is like NOKIA - "Connecting people"
Teacher is like Mc D! - "I'm Loving It"

Salam, itu adalah antara SMS2 yang saya terima pada 16 Mei 2009. Yang hantar tu semuanya guru dan hanya seorang pelajar yang yang tidak jemu menghantar saban tahun.. Mungkin saya tidak popular agaknya. Jangankan SMS, hadiah pun tidak dapat. Yang seronoknya saya dapat memenuhi cita- cita mak. Anak murid yang pernah ajar agaknya tidak tahu di mana hendak mencari saya....tidak mengapa, mungkin saya sentiasa merantau, makanya anak murid tidak dapat mencari... Saya tidak menagih pembalasan. Apa yang penting sume orang tahu tugas guru itu mulia, ikhlas, Bak kata ustaz pagi tadi , guru itu murrobbi, mualim, muadib ..........
Doakan saya jadi guru yang baik,sudahlah,sihat sejahtera.. saya pun halalkan ilmu kepada semua pelajar yang saya pernah mengajar.... - SK JENGKA , SK GANCHONG,SRK PENGKALAN TENTERA, KUANTAN, SK JALAN YUSOF, MUAR, SK PARIT RAJA, MUAR, SMK SELAYANG BARU DAN SEK SUKAN BANDAR PENAWAR

Sabtu, 9 Mei 2009

The Journey – to Naza Hotel via Singapore: 7 th May, 2009

(English Version - for the 1st time)
Till today, sometimes I keep on wondering what, why and how it actually happened – yet it happened. And it happened so fast and that ‘adventurous’ moments passed by quickly too. Between 6 to 8.30 p.m., on the May 7th?
We ( Azuan , Sal and I) were on our way to attend a marking course for Pre - U students somewhere in Johor Bahru. Azuan was driving. Of course not me. Never drive to JB unless someone beside me. We started our journey after Asar, me, leaving hubby and two sons behind.
Reaching JB we tried to locate the hotel. We saw a signboard showing a straight direction. We followed. Somehow the signboard was no where to be seen. Me and my big mouth saying its near the Zon. ( another famous hotel in JB) Then somehow we missed a turn and we had to find the road that we used before. Simon called us telling that we were on the wrong way. He was driving behind us and he saw that we were turning left instead of right.
However, we told him that we would be alright and he should continue to the hotel. Our intention was that we would not want him to wait for us so long. Then the ' journey' began.
First we asked a passer- by and asked for the direction to the hotel. Somehow his instructions not accurate. We asked another person at the bus stop. Also wrong. Next we saw a police traffic. ( The funny thing is , we could see the top of the hotel but could not find the way) Confidently we thought the police should show us the right direction. Instead he asked us to go somewhere where 2 immigration officers were standing there. We told them we were lost, and we were allowed to make' u- turn to turn back ' to the hotel. Instead they asked to go inside to meet another officer at the office. We repeated our stories again. This time they take note. The car's plate number, type of the car and the total of the passengers. He told us to report at any of the counter and the officer in charge would open a gate for us to u- turn to JB. Another officer asked to continue the following exit road. Then, we went further down..and we saw WOODLANDS CHECKPOINT. Oh, dear, don't tell me we were headed to Singapore. I tried to think its not true.
As I thought I should calm the driver or trying not to be panicked because it may disturb the driver to focus on the road. Deep inside feeling helpless, hopeless and trying to be smart by cracking a joke! Hmm...Silly me... And what we were afraid of actually happened. The road led us to Singapore instead!
When we were already on the causeway, I got panicked and scared...frankly speaking. .Ya Allah, we were actually going to Singapore. I pretended to say that Singapore is on that side, to calm myself and the driver and also Sal who is very quiet at the back. luckily at that time, there were not many vehicles and we could think for a while trying to figure out the next step. When we were drawing near to Singapore’s Immigration I could think nothing else…prison! Why not? I don’t have any passport except my IC and driving license.
The driver was wise enough to pull over and had to walk to ask questions regarding to the directions. He and i take turns to ask anyone that wwe could ask for directions. Till now I still could not believe that we were on the other side of JB. After asking the young Indian lady officer in the check - point booth of Singapore Immigration we had to give our ICs and had to follow the cycling guard to take us to the office. My feet were cold you know. Even though the old, Chinese officer did not seem to be friendly, we wouldn’t care. Our main intention at that time was to get out from the island ASAP! We were led to a tall iron bars near the causeway. Later, we were back to mother land- Alhamdulillah...Thank Allah for answering our prayers.
Thanks to Fizah too for helping us out...and concerned...she kept on calling us now and then. The funny thing is she waited for us at another branch of petrol station and we waited for them on this side of petrol station.
However, I never hate this experience. I like it instead. It’s just that when I think about it I feel a little shivered deep inside. Actually we were not that stressed. Everyone was calm, patient and know how to control things.
I still can recall, why we were laughing all the way..?I managed to step on the concrete pavement floor of Singapore building car park without my shoe. (Pretended that my shoe slipped from my foot. So I managed to step on Singapore's earth. Ha..ha..!) Next, how silly we were at the toll pole. We were waiting patiently and nothing happened. What now? Why this pole has not been raised? And suddenly this toll lady appeared...and told us to buy " Touch and Go Card" Ha! Ha! I wonder if she actually knew that we were lost our way? It reminded me one of Mr. Bean’s sitcom where he wanted to get out from the basement parking. I laughed aloud and long. Over and over again. Sal laughed till she shed her tears. One of our Custom officers also laughed at us. How suspensed we were at the Singapore Office when they go through our IC's. I called our PK Pra- U telling we had a small problem, Did not want him to worry about us) but he knew our lost journey already..Giggling the other side of the telephone line..
Well, what i could say that, a journey to NZ hotel via Singapore.
Well, there' s a lesson to learn. Give and take directions accurately.
Ya Allah, thank U so much. You care. Amin.

Khamis, 12 Mac 2009

GAN


Gan, betapanya ida merindui mu



Kenangan bersama Gan

SALAM,
Bulan Mac ada pelbagai tarikh penting khususnya hari jadi. Tapi kali ini aku terlepas pandang pula tarikh Gan meninggalkan kami. Awal bulan Mac, mungkin 3 atau dua tahun 2007..malu untuk mengaku kenapa pula boleh terlupa kali ini..
Gan, umur kita tidak jauh beza.. malah keluarga kita beza setiap adik beradik dalam jarak dua tahun , insyaallah..Sewaktu kecil kita bagai 3 serangkai..malah walau pun Gan adalah kakak, tapi kita membahasakan nama gelaran sahaja tanpa ada ganti diri kak gan ke, kak ida ke..tapi yang peliknya sibongsu pulak yang dapat gelaran AKAK tu ye..
Semasa kecil arwah Gan yang ida ingat memang periang..malah kita semua gitu.. Dalam kegarangan mak dan apak kita masih boleh bergelak ketawa.. mana- mana kita pergi selalunya bertiga..baju kita kekadang hampir sama..kekadang berbeza dari akak dan ida..mungkin saiz kot yang menjadi perbezaannya..
Ida ingat lagi masa tu Gan naik basikal laju2, sekali basikal tu tak boleh brek atau lambat brek ,gan terus langgar pokok bunga cina depan rumah..penuh darah kat lutut dengan lengan. Mak bukan main marah lagi.Masa tu tengahari rembang juga.Ida dengan agak terperanjat tengok dari jauh. Kalau kita mandi pun bukan main lama. Siap masuk kolah ..apa lagi dapatlah..Gan kena teruk juga. Sebab Gan kakak. Akak dan ida
menyorok bawah katil sampai tertidur. Masih ida ingat lagi semasa abang Run mencuba keta apak, agaknya abang Run tertekan minyak sampai ke reban. Runtuh pintu reban. Gan juga terkena keta apak yang abang Run pandu tu. Kecoh sungguh masa tu..

Sebenarnya Gan bayak jadi orang pertama.. Gan orang pertama menutup aurat dalam keluarga kita, Gan orang yang pertama ada lesen memandu dan boleh memandu pun dengan bergaya sekali. Cuma ida ni saja tidak berani naik kereta dengan Gan..Gan pun yang pertama main pancaragam sekolah, tanner drum tu..Ustaz Sh___ selalu marah Gan. Tapi budak melayu lain Ustaz tak marah lak. Gan selalu cerita kat ida betapa tidak adil ustaz tu..
Gan yang kami kenal sebenarnya adalah orang yang sangat periang..Ada sahaja kita kongsi bersama.Gan suka nyanyi lagi 'Senandung Semalam ' nyanyian Alleycats.Bila dah keje nyanyi lagu Hetty Koes Endang pulak.Siap lukis gambar.. Kita juga pernah melihat entiti di bawah pokok kelapa kan di belakang rumah 197? Kini ida seorang sahaja yang ingat perkara tu..Tak taulah ada orang akan percaya.
Gaduh? Takkan tak pernah..kita pernah bergurindam seperti ini bila marah satu sama lain..
'Tajak - rojak, Run - Perun,
Gan - pinggan, ida- kuda dan akak- pekak
!sambil berlari kejar mengejar..
Tak ingat pulak kenapa yong dan abang za tidak tersenarai dalam gurindam ni. Mungkin dia orang dah bekerja dan tidak tinggal serumah.
Kalau ahli sukan -gan paling aktif dalam acara lontar peluru dan cakera. Boleh wakil negeri lagi untuk sukan JKR.

Anak sedara pulak..letak Gan sebagai 'the best auntie ' atau 'aunty no 1' kalau dibandingkan di antara Gan, Ida dan Akak. Siap tulis di kulit buku cerita lagi..Marah-marah dia lepas tu dia akan hiburkan semula anak- anak buahnya itu..digeleteknya sampai terkekel ketawa. Garangnya kat anak2 sedara sekejap saja. Wang ringgit pun tidak lokek..Kalau anak buahnya berkudis, dialah yang rajin membersihkan..bukan macam ida ni.Penggeli geleman no. 1!
Kami nampak gan suka sangat bila ida dengan akak pakai tudung..pada satu syawal 1983...Gan kata ' kan cantik..?'
Ida ingat lagi bila ida nak tumpang duduk dengan Gan masa sambung belajar. Gan terima kami dengan hati yang terbuka. Gan banyak juga bantu ida selain adik beradik lain semasa sambung belajar..Hsnya Allah sahajalah dapat balas budi baik Gan. Bukan ida sahaja yang menumpang di jalan Cochrane tu, anak2 buah pun Gan sanggup jaga..Yang seronok di situ bila kita selalu mengeteh kat warung mamak seberang jalan atau di bawah flyover seberang masjid.

Sebenarnya kita ada banyak rahsia. Lebih-lebih lagi bila kita dah ada agenda sendiri. Kita hanya kupas isu-isu ringan.Kerana kita berdua tau yang kita ini sangat sensitif, mudah terasa dan mengalir air mata. Kita pernah menangis berpelukan, berasingan (sorang di bilik air, sorang di dapur)Kami tahu banyak perkara yang tersirat di hati Gan kami tidak dapat mentafsirnya..Gan bawa rahsia itu bersama ..

Kalau nak kata kesal dan ralat, memang ida ralat..ida ralat ketika kita berbincang semasa bulan ramadan kali terakhir gan meraikan bersama kami. Ida ralat tak dapat menjaga Gan ketika Gan sakit berkali - kali masuk hospital. Ida ralat kerana ida tidak tahu samada Gan maafkan ida atau tidak, ida ralat ida tidak dapat bersama Gan pada saat akhir.. Gan, macamana ida nak ucap terima kasih atas pengorbanan gan kat ida, kami semuanya..macamana ida nak mohon ampun dan maaf sekiranya ida pernah buat dosa kat gan..Ya Allah, Engkau cucuri rahmat ke atas insan yang paling kami sayangi ini. Janganlah Engkau lenyapkan dia dari hati dan pemikiran kami..Engkau tempatkanlah dia bersama orang- orang yang beriman dan bertakwa, bersama ibu bapa kami Ya Allah..Amin,Amin ya rabiul amin. Al Fatihah..