
Guru oh Guru
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
(ihsan dari fb Ruzaimi)
" Bad teacher complains, Good teacher explains, Better teacher demonstrates,
Best Teacher motivates' Great teacher inspires"
Jika ari ini dunia semakin maju
Jika ari ini cabaran sentiasa berliku,
Jika ari ini seorang pelajar cemerlang, jika ari ini pelajar mengharumkan dunia, Jika ari ini tiada lagi guru, bagaimana pula nak jelajahi dunia ,
bagaimana pula nak jelajahi angkasaraya
Jika anda seorang guru,
Betapa agungnya pengorbananmu
Semoga ilmu disebarkan akan menjadi pedoman kehidupan
Guru, dalam ajarnya ada harapan,
Dalam tegurnya ada doa,
Dalam marahnya ada sayang,
Dalam tawanya ada mesra,
Dalam diam ada bijaksananya
Dalam tangannya kita terbina
Berbahagialah menjadi seorang guru..
Never kiss a lawyer, he'll say "object this!"
Never kiss a doctor, he'll say " Who is next?"
Always kiss a teacher, he' ll say " DO IT TEN TIMES!"
Mak cakap, CIKGU macam MAGGI, makanan rutin time susah,
Ayah cakap , CIKGU macam D' SEEKERS- menakutkan,
Atok cakap CIKGU macam ASTRO - macam- macam ada,
Tapi saya cakap CIKGU macam LOREAL- kerna dirimu begitu dihargai..
Teacher is like PEPSI- " Ask for more,
Teacher is like NIKE - " Just Do it"
Teacher is like NOKIA - "Connecting people"
Teacher is like Mc D! - "I'm Loving It"
Salam, itu adalah antara SMS2 yang saya terima pada 16 Mei 2009. Yang hantar tu semuanya guru dan hanya seorang pelajar yang yang tidak jemu menghantar saban tahun.. Mungkin saya tidak popular agaknya. Jangankan SMS, hadiah pun tidak dapat. Yang seronoknya saya dapat memenuhi cita- cita mak. Anak murid yang pernah ajar agaknya tidak tahu di mana hendak mencari saya....tidak mengapa, mungkin saya sentiasa merantau, makanya anak murid tidak dapat mencari... Saya tidak menagih pembalasan. Apa yang penting sume orang tahu tugas guru itu mulia, ikhlas, Bak kata ustaz pagi tadi , guru itu murrobbi, mualim, muadib ..........
Doakan saya jadi guru yang baik,sudahlah,sihat sejahtera.. saya pun halalkan ilmu kepada semua pelajar yang saya pernah mengajar.... - SK JENGKA , SK GANCHONG,SRK PENGKALAN TENTERA, KUANTAN, SK JALAN YUSOF, MUAR, SK PARIT RAJA, MUAR, SMK SELAYANG BARU DAN SEK SUKAN BANDAR PENAWAR
Ahad, 17 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU
Posted by sincerely yours.. at 1:56:00 PG 2 comments
Labels: Hari Guru
Rabu, 21 Mei 2008
16 Mei- Tarikh Keramat Buat Kaum Guru

16 Mei? Ya- memang tidak sabar menunggu tarikh keramat ni.. Selalunya- pada hari ini ibarat hari raya. Pakai baju cantik ke sekolah. Dari kaki terus ke kepala ( tudung baru atau baru sekali dua pakai) teringat masa mengajar di sekolah rendah memang seronok- ada hadiah banyak tapi tak sebanyak hadiah kengkawan. Teringat pada satu tahun tu, 1987 di sekolah LKTP Jengka 1 hanya saya seorang sahaja yang dapat hadiah. Hadiah album daripada adik Nurisah Hitam. Masa tu dia tahun 5. Kat mana dia sekarang. Terharu sungguh dan bangga. Cikgu besar pun tak dapat hadiah?Lepas tu memang berkurangan. Cikgu popular selalu dapat hadiah. Cikgu praktikal pun dapat hadiah banyak juga..Bila mengajar kelas yang besar darjahnya dapat kad pun kira okaylah.. Ada sekali di SRK Pengkalan Tentera Kuantan, anak CO bagi hadiah kain dan kek buah sebiji...Kini, di sekolah menengah langsung tak dapat.. Nasib la ada trend cikgu- cikgu dapat hadiah wajib sumbangan kelab guru atau pengawas. Nak dapat hadiah dari individu...hampeh..Tapi tahun ni, ustazah Noranazifah dan Geng Budak beskal ada bagi hadiah. Geng budak beskal beri sebuah model rumah untuk kami berdua. Terima kasih..
Pentingke hadiah ni? entah?Masa kecil dulu memang tak miss beri hadiah kat cikgu, tapi bila dah jadi cikgu persepsi murid dah lain.. Kekadang kempen gak.. macamni"hah..jangan lupa beli hadiah teacher ya, dah kuar duit biasiswa ni?" Hmmm..sampai ari ni pun tak dapek..Kenapalah saya mengharap hadiah ya? Tak taulah.. Bohongla kalau kata tak harap.. rasanya kita dah all out bila mengajar tapi di mana silapnya.. Kalau kita dapat hadiah kan, kita rasa kita popular, murid sayang kat kita dan tentunya kita sangat bagus bila mengajar..Bila tak dapat tu, rasa macam kita ni teruk sangatlah..Tapi yang sukanya, SMS dapat banyak..ada nombor yang saya tak perasan..okayla cukupla bab hadiah ni..
sambutan tahun ini agak meriah walaupun sambut di Dewan Makan sahaja sebab DSG dalam proses pengubahsuaian.Biasalah, ada perutusan untuk di baca,persembahan- persembahan, nyanyi dan potong kek dan akhirnya makan- makan...Tentulah pada pagi sebelumnya ada main bola sepak dan bola jaring..Menang kalah ada hadiah..
Dan paling seronok sekali dan berharap berpanjangan dan disegerakan ialah pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai guru DG29 bila sambung belajar dikaji semula kenaikan pangkat DG44 dari DG41.Leganya rasa.. kalau benar2 berlaku. Barulah berbaloi bila sambung belajar.. maksudnya pengalaman kita di ambil kira,kesusahan dan kepayahan semasa belajar difikirkan bersama. selesa pada hari ini..sebagai contoh, gaji saya separuh ketika belajar..pastu potong duit beli rumah RM300.00, pengasuh anak di kuala lumpur dua orang dah rm360.00.Baki? Negatif tu.. Syukurlah suami dan kesepakatan yong, yang, arwah gan, akak, abang run dan semua sayadan keluarga selesa pada hari ini..Anak-anak saya sekolahnya banyak, pastu tahun akhir kami sekeluarga terpisah..ada yang suami saya bela, ada yang mak cik Na yang jaga dan saya seorang di KL dengan kawan2. Pada anak- anak, ibu mohon maaf sekiranya tidak menjadi ibu yang baik kerana mengejar cita-cita..
Lagi satu, cuba bayangkan, orang yang tidak sambung belajar gajinya melebihi kita, adik - adik DG41 yang fresh keluar U pula gajinya sama dengan kita?Maksudnya pengalaman kita mengajar sebelum sambung belajar tu diambil kiralah..Itulah rasa kecewa sangat apabila pengorbanan kita tidak setimpal dengan yang kita dapat. Itu pengalaman saya, kengkawan saya ada yang lebih teruk lagi...? Berbaloikah? Hmm.. ini semua rahmat dari Allah SWT...Masyaallah. Syukur kepadaMu ya Allah.
Kepada suami, adik beradik, ipar duai dan anak- anak yang bersama-sama bersusah payah memberi sokongan ketika belajar hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budimu.
Okaylah, saya dapat beberapa mesej yang sgt menarik..khas untuk hari guru, mungkin saya akan taip bila ada masa lapang.Saya masih ingat beberapa orang guru yang mendidik saya, mencubit dan menampar saya hanya kerana berbual di dalam kelas atau pun matematik jawabannya semua salah..Atau pelipis mata ditarik kerana lalai mengeja di dalam buku tulis..rambut dipegang dengan batang pensil untuk melihat kepala berkutu atau tidak...,Mrs Enid Martinez, guru besar yang sangat keibuan..Miss Sharon atau Mrs Edwin yang sangat cantik..Cik Aminah, Mrs Foo yang malamnya belajar jawi dengan arwah bapa tetapi mengajar saya pula pada keesokan harinya,Cikgu Abu Bakar yang selalu saya buat ayat -" Kayu itu dibakar menjadi abu..."( maafkan saya cikgu,tapi cikgu popular sebab cikgu handsome pada masa itu dan kami sekolah convent so, faham-faham ajelah..)tapi yang ini - cikgu Wan Muhammad yang mengajar tentang peradaban muslim. Mana- mana saya pergi pun saya akan menceritakan tentang cikgu ini.. Dia pernah berkata sekiranya kami terserempak dengannya dan dia meludah pada kami, katanya jangan marah kerana itu caranya dia menegur anak murid yang biadap dan berpakaian menjolok mata.." huu.. takut sungguh saya kalau di ludah. Alhamdullilah, dua tiga kali kami terserempak dan kali terakhir ketika saya sudah mendapat seorang cahaya mata dia hanya tersenyum.. saya tahu..sebab saya tidak berpakaian tidak senonoh malah ,menutup aurat.. Cikgu Wan, Allah sahajalah yang balas budi cikgu wan dan saya panjangkan kata-kata cikgu pada murid saya pula..cuma saya insan lemah.. tak tergamak untuk meludah mereka. Lagi satu takut dibuli oleh mereka pula. Pelajar sekarang bila ditegur mereka tidak dapat menerimanya sebagai nasihat..mereka protes dan marah..
Untuk semua guru yang pernah mengajar saya dan sejawatan dengan saya
"SELAMAT HARI GURU!BUDIMU AKANKU KENANG!"
p.s. keluarga ihsan dan rashid memang mempunyai ramai guru.. alhamdullilah.
Posted by sincerely yours.. at 4:05:00 PTG 0 comments
Labels: Hari Guru



