? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 20 Februari 2009

Balik Kampung Seperi, Jelebu

<
BERSAMA KELUARGA KAK NORMAH DIRUMAHNYA
(SEBELAH RUMAH MAK CHIK HALUS)




RUMAH MAK CHIK HALUS DI ULU SEPERI, KUALA KLAWANG, JELEBU
Salam, tak nak tulis banyak - banyak..nak tunjuk gambar aje.. Masa ni balik Kg Seperi menziarahi ibu saudara Uncle Man di sana. Kakak arwah bapanya. Namanya ringkas, HALUS. Dah x boleh melihat sekarang. Tak percaya hospital. Dah buat sekali. "Podih. Macam orang lap comin yo mato kito..tak tahan se.." Dialek Negeri 9..x hilang..Muhsin cuba mengajuk dialek negeri jugak.Dia orang pun suka tengok Muhsin..dah bosar yo?Apo makan ..Yang bestnya agenda ari tu makan...makan...makan...
Mulannya dijamu bolu( bahulu) panas bakar sendiri, guna telur ayam kampung dan sabut di atasnya.. pastu makan talapia lomak cili api. Sebelum ni tak main la ikan sungai..tapi dengan rencah pucuk paku, sayur pucuk paku(petik belakang rumah) goreng, sambal tempoyak, goreng ayam kampung..pergh...lepas makan layan durian tengah gugur perisa vanila..(rupanya benih arwah abah yang beri.- patut sodap)dan penutupnya cucur kodok pisang..kami balik hari ke Melaka sampai jangan sobut pasal makan! tak dayo laiee! Muhsin komen..Ini Wan Musin jugak? Mesti keliru dengan wan di sitiawan. Bila nak pegi lagi ye..Memang suasana kampung..Athira dan Muhin siap dokong ank ayam..Dulu ada itik sekarang dah tak ada lagi..