? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 22 Jun 2009

(1) Bapak, - satu coretan sempena Hari Bapa



"Bapak, terima kasih kerana mendidik kami menjadi manusia"

Salam,
21 Jun hari bapa, diraikan di seluruh negara Malaysia dan beberapa negara yang lain. Pertama kali saya dengar sambutan Hari Bapa ni semasa di sekolah rendah dulu. Pada mulanya suspen juga sebab ingatkan nak meraikan seorang rahib kristian di sekolah kami. Maklumlah semasa bersekolah di Convent dahulu, rahib dan rahib wanita selalu berada di sekolah dan bermesra dengan pelajar. Dan kami gelar mereka sister dan father. Tapi selepas dijelaskan barulah tahu ianya adalah satu penghargaan kepada kaum bapa.Jadi sewaktu matapelajaran seni kami semua sibuk melukiskan dan menghias kad Selamat Hari Bapa untuk dibawa pulang. Saya tidak ingat apa kata bapa bila saya serahkan kad itu.

Bapa saya - arwah Tuan Hj Ihsan bin Md Yassin , berasal dari Kg Telok. Kg seberang dari Kg Baru..(kampung mak saya)sebelah Kg Telaga Nanas. Katanya bapa pun menjadi anak yatim sejak kecil. Saya pernah bertanya bapa, kenapa dia tidak ingat wajah bapanya. Masa itu, saya terfikir takkanlah wajah seorang bapa boleh lupa. Barulah saya faham, bapa saya menjadi anak yatim sejak kecil. Arwah bapak, masa muda tak berapa kacak, tetapi semakin usianya meningkat, cerah pula kulitnya..Bapak juga seorang bijak, darjah tiga dah boleh jadi guru. Itulah sebabnya Atok Razak sayang dan memilihnya untuk dibuat menantu. Selain dari itu sangat berbudi pekerti. Arwah opah Impun telah mendidiknya dengan sempurna.Bapa tidak dapat melanjutkan pelajarannya disebabkan kemiskinan, hanya mampu di LI sahaja. (language Institute - Institut Bahasa sekarang) oleh itu dia bergelar guru. Bapa pernah mengajar seorang doktor gigi sehingga berjaya dalam Bahasa Melayu kerana sebelum itu puaslah doktor itu berguru dengan pensyarah- pensyarah hebat tapi masih gagal. Begitu juga dengan pasangan Inggeris Mr dan Mrs Fred. Guru BM saya pula mengajar jawi selepas dia belajar dari bapa saya.
Bapa juga pandai melukis, memasak, melipat kain, menukang. Masih ingat lagi bapa buat pondok untuk kami bermain. Kemudian dibuatnya pula serunai dari daun kelapa.
adakalanya saya dibawa untuk pergi merawai di Kg Baru atau mencari kepah di Kg Sitiawan. Dalam selut tu ya, pak? Sampai ke peha dan bapa pimpin saya kuat- kuat. Lipat kain pula urut kain tu dulu,( supaya nampak seperti digosok)sebaik sahaja diangkat. Saya belajar lipat kain dari bapa..dan masak sambal tumis,
Dari segi pertimbangan emosi kami pun bapa pandai kawal. Garang? Rasanya rata- rata semua bapa masa tu garang.Atau menulis surat?Janaganlah nak baca novel atau majalah -majalah. semua kena rentap ataupun rampas. Atau sibuk menulis surat?Masa dia tak adalah..masa di maktab lagilah..surat berkajang- kajang ingatkan itu dan ini lebih= lebih lagi bila dia tahu saya sudah berteman, sampaikan saya "berdating" pun mana- mana ada wajah dia! Ada sekali tu, dia berdiri bercekak pinggang tunggu saya balik ke rumah dari menonton wayang dengan Abg Mi Anjang Wan cik. Cousin tu..bukannya orang lain.

Ada satu ketika tu, saya sangat teringin untuk memiliki sebuah basikal kecil. Memang kegilaan kanak- kanak masa tu. Anak- anak jiran ramai dah memilikinya. Saya pun melukis gambar rumah. Di tepi rumah ada kanak- kanak bermain dan sebuah basikal kecil bertongkat di tepinya. Bapa tanya' ida lukis apa tu?" saya pun akan jawab ini, ini..lepas tu saya akan tanya " pak, pak, bila ida nak dapat basikal ni?"Ida pun tunjukkan gambar di dalam lukisan tu. Bapa kata sabarlah,nanti kalau ada duit bole beli...saya pun sabar. Lama kemudian saya dapat basikal tu. Dah tua pun. Berkongsi pula dengan Akak. Gan pun naik juga sekali sekala.Ketika itu kawan- kawan dah pun berlatih bermain basikal besar.Tapi basikal tu banyak jasa - saya ke sekolah dan ke pasar naik basikal tu kelakar!Siap bawak bakul kecil lagi letak di handle depan, tapi saya sedih juga basikal itu dijual tanpa saya sedari.

Namun,ada satu dua insiden yang saya takkan lupa..sampai bila2.Saya mengandung sulung ketika itu dan bercuti di Sitiawan. Suami tak ikut serta. Masa tu, Kak Ina dengan Enche ada di dapur. Saya dan bapa duduk di meja depan berbual- bual biasa. Bapa kalau tak silap sedang menguruskan penghantaran surat untuk Akak masa dia di US.Kirim duit sekali kot. Entah macamana boleh timbul pasal duit.. dan gelang batu hijau arwah mak.. bapa kata "gelang tu kamu ambil, kamu banyak juga membantu hal- hal kewangan di rumah dan belanja Akak", saya menolak dan berdaleh.. saya tak mahu gelang- gelang itu.. selain tak berminat ianya bukanlah apa sangat saya bantu bapa. Itu sudah jadi tanggungjawab. Saya kata, bagilah Yong..dia pun banyak membantu juga malah lebih lagi.. bapa semacam tidak mahu menerima cadangan saya..bapa tumbuk meja dan meninggi suara " kamu jangan nak jadi anak derhaka!" Ya Allah terkejutnya saya, dengan perut yang besar ini pun bapa sanggup marahkan saya. Orang di dapur dengar juga mereka tak berani datang. ada juga mengatakan memang saya melawan cakap bapa. Niat saya baik, tapi itulah yang saya dapat..bapa lepas tu hidupkan enjin kereta dan keluar..saya merajuk dan masuk ke bilik..menangis dan menangis..akhirnya saya ke dapur dan jelaskan apa yang sebenarnya berlaku..
Semasa membantu tugas di dapur, bapa balik..saya takut dan kecut perut juga..kalau bapa masih marah.Kemudian bapa panggil."ida, mana gam? tolong bapak cari jap.." suaranya lembut..saya sebenarnya merajuk..malas nak pergi..akhrnya saya pergi juga dan menemuinya di bilik tengah. Apa yang dia buat? Dia buka nak gam sebenarnya, dia peluk saya sambil minta maaf berkali -kali. Saya rasa sungguh terharu, terkejut. Ya Allah, di zaman itu adakah seorang bapa meminta maaf daripada anaknya? Saya pun menangis dan minta ampun juga. (susahnya nak tulis, air mata menitis,) inilah cerita yang paling sedih saya dengan bapa saya. kalau cerita balik akan menangis juga.Petang itu atau selang bebrapa hari berjumpa Yong di Lumut. Kita buat appointment di restoran Pak Din, ye Yong? Saya ke Lumut rasanya dengan bas kot. Bila saya ulang balik cerita itu direstoran kita sama- sama menangis ya Yong? Sampai kita tak boleh bercakap sekejap. Kita sebak.Bapa memangnya garang, kan.. Ada lagi satu kes macam tu.. tapi tak sehebat yang ini..barulah saya sedar, cakap bapa tidak boleh dibantah..walaupun kita rasa kita betul..

Saya tinggal dengan bapa selepas mak meninggal dan kebetulan menunggu keputusan SPM. Saya tak pandai masak, jadi bapalah yang ajar sikit- sikit macam goreng sayur atau buat sambal. Kekadang anak- anak Yong datang dan Dui pun sekolah tadika bersama N di Taman Serdang sehinggalah sedara mara giatnya untuk berkahwin semula. Saya yang jadi penunggu di rumah, rasa meluat betul..tapi Yong pujuk kami semua.. dan kita reda..semasa bapa duduk dengan enche, saya pula keseorangan di rumah untuk beberapa ketika.
Tapi kegarangan bapa dah berkurang bila dia sudah bersara dan berkahwin. Apa yang saya kagumi bapa boleh menjadi seorang guru agama bertauliah dengan sekali peperiksaan. Dan bapa berkhidmat mengajar orang kampungnya sendiri. Seronoknya dapat menyampaikan ilmu akhirat. Moga saya dapat contohinya pula.
Bapa pergi tatkala saya dalam pantangkan Athirah semasa berumur 12 hari. Saya di Muar ketika itu. Setiap hari saya menelefon hospital Ipoh untuk mengetahui perkembangan bapa. Namun saya ditakdirkan tidak bertemunya pada hari terakhirnya. Saya lewat beberapa minit saja!Sama seperti emak dan Gan. (Inilah harga yang perlu saya bayar bila saya duduk berjauhan)
Wajah bapa bersih tika dikapankan. Abang Ron mengirimkan kopiah yang dipakainya untuk bapa bawa bersama. Dan sepanjang perjalanan pulang ke Muar selepas pantang saya tidak berhenti - henti menangis terkenangkan bapa.
Untuk Bapa, saya ucapkan terima kasih kerana mendidik kami dengan cara yang tersendiri dan ida harap dan berdoa agar dosa- dosa ida pada bapa tidak bersisa. Bagi Ida pula, apa yang bapa buat, bapa dah fikir masak- masak. Bapa tiada kesalahan. Kami jualah yang tidak pandai. Bagi Ida, bapalah segalanya dan rasa bangga juga ketika bapa ida nikah berwalikan bapa sendiri. Akhir kata, Al Fatihah , semoga rohmu dicucuri rahmat. Amin.