? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 29 Mei 2009

MAK -sedikit coretan sempena Hari Ibu


Terasa kaku jari jemari ni nak menulis pasal mak. Tak tahu kenapa. Mungkin takut tersalah tulis berdosa pula jadinya. Kalau merasa bosan membacanya, harap dimaafkan.

Nama mak saya Puteh Kamariah binti Abdul Razak. Bukan Abdul Razak bekas perdana menteri itu tetapi seorang guru yang sangat berpengaruh di Kg Baru, Lumut, Perak. Katanya semasa mak dilahirkan wajah mak sangat putih dan bercahaya. Sebab itulah mak digelar Puteh.Mak kahwin dengan bapa pun atas pilihan atok. Tapi malangnya Atok pula terbunuh akibat dendam dan ianya berlaku selepas beberapa hari perkahwinan mak.

Mak pergi 26 Disember 1981. Saya masa tu sedang menunggu keputusan SPM. Sudah lama benar. Diam –diam tak diam ‘ dah hampir 28 tahun. Ada ketika terasa semalam dia pergi meninggalkan kami. Namun banyak pula yang semakin kabur, baru sedar dia sudah pergi lama.

Minggu lepas,Yong telefon. Yong menjelaskan almari baju emak di 143 sudah beralih tempat. Tidak lagi di bilik yang sepatutnya. Yong rasa sedih dan terkilan. Saya belum pulang ke 143, maka saya belum boleh mencari kepastian. Kadang – kadang perkara ni Nampak remeh, tetapi kalau salah cakap boleh jadi lain. Bagi ida, barang –barang tu tak berapa penting. Yang penting kenangan ida bersama mak. Kasih sayang mak pada ida dan sebaliknya.

Pada saya mak ialah seorang tegas, memang suka berleter ( yang saya warisi kot), naik angin, sporting , mengambil berat, pembersih sangat dan adakalanya orang yang kelakar. Yang saya juga ingat mak , dalam kegarangan ada kelembutannya.

Mak bagi ida, memang hebat. Mak disayangi semua orang. Semasa mak sakit , pelbagai lapis masyarakat datang menziarahi mak dan mendoakan mak mengikut agama masing- masing. Kalau opah- opah datang tengok ida masa ida tinggal sorang di rumah , mereka tidak mahu masuk rumah. Mereka teringat mak. Mereka menangis dalam kereta, Katanya mereka sedih melihat tudung saji hasil tangan mak tergantung di dinding. Sayang benar mereka pada emak. Tentulah agaknya. Setiap kali kenduri di kampung, emaklah dahulu datang menolong. Emak buat gubahan pengantin. Emak kekadang memasak lauk pengantin juga. Ayam golek memang masakan keistimewaan mak.

Mak, mak sungguh- sungguh hendak kami belajar sampai peringkat tertinggi. Tapi emak tidak sempat akak, ida, abang Run Berjaya. Emak susah payah carikan ida sekolah asrama masa ida dapat 2A masa periksa darjah 5. 2A? Takkan dapat masuk asrama. Syukurlah Akak dan Abang Run mengubati kekecewaan mak dengan memasuki MRSM dan MTD. Lepas tu Gan masuk politeknik Ipoh dan ida susul pula di Teknik Ipoh. Kalau tak masuk universiti mak, semua ada kerja. Kak Yang pergi luar Negara atas urusan kerja entah berapa kali. Abang Run sambung belajar lagi mak. Gaji yang ada pun besar. Dia pun dah tak jadi polis mak. Dia dengar cakap mak, tak suka dia jadi polis. Yong walaupun pencen melancong selalu. Dia pun orang hebat mak. Abang Za pun begitu juga mak! Tapi, yang pasti mak, hampir kesemua cucu-cucu mak berjaya masuk asrama dan menara gading! Waima ke sampai ke luar negara mak! Berkat doa mak dan bapa keturunan mak berjaya ke melanjutkan pelajaran. Tak delah anak Cik Nasa, Uda In je mak. Atau anak Alang Som.

Mak masa ida pakai topi ijazah, ida teringatkan mak. Ramalan tukang tilik masa ida 6 tahun tu macam menjadi. Tidak mak, bukan ramalan tukang tilik. Pertolongan dari Allah, berkat doa mak dan bapa semasa masih hidup, dengan sokongan dan doa anak – anak mak yang lain mahu ida sambung belajar. Mak sungguh beruntung kami menjadi anak- anak mu, mak telah mendidik kami supaya berpakat dengan baik. Semua orang bantu ida belajar mak. Kejayaan anak mak menggulung ijazah pada usia 30an ma adalah kejayaan kami semua. Ida menangis mak , mak tak ada untuk tengok ida ambil ijazah itu. Bapa pun tak ada…Taka pa lah, suami dan anak2, kak yang sekeluarga dan Gan ada datang. Cukuplah itu..

Mak tidak ida lupakan masa mak pergi meninggalkan kami. Saat ida dengan akak masih memerlukan kasih sayang mak. Ida ralat tidak dapat mengadap di saat mak pergi. Katanya mak berpaling ke kanan dan wajah mak tersenyum. Ida ralat tidak dapat minta ampun dengan mak. Masa tu ida telefon doctor Sajath, dia tak nak datang. Bila bagi tahu Yong, dia tak nak datang, Yong kata tiada gunanya! Mak dah tak ada! Ha? Mak tak ada? Ya Allah, ida belum sempat minta ampun! Ampunkan Ida Mak.. bapa sejukkan hati kami. Bapa kata bapa dah wakilkan kami semua dan mak redha. Mak, sebelum minggu mak meninggal mak sangat bersedih dan berkecil hati. Kami tidak tahu kenapa. Mak sedih bapa tidak balik pada hari ulangtahun perkahwinan mak. Padahal, bapa di rumah Yong. Bapa minta bapa tengokkan kereta bapa yang meragam. Sampaikan mak cakap” kalau nak kahwin nanti, pilih lah sendiri.” Ida tak tahu apa maksud mak. Ataupun mak berkata, “aku ni berdoa bukan minta panjang umur, minta pendek umur, kome suka kan?” Ida tidak suka mak kata begitu. Mak macam kecewa sesangat.

Mak juga ada jatuh sebelum itu. Yang geram bapa saudara yang lalu pada masa tu, tidak mahu bantu hantar mak ke rumah. Agaknya badan mak besar, dia takut keretanya rosak, Tidak dapat saya rasakan betapa kesalnya saya dan akak di waktu itu. Sampainya hati..

Justeru itu mak pesan kami supaya jaga penampilan. Yang itu kami macam tak berjaya, mak. Ada juga kami berusaha. Orang kampong telok dan kampong baru suka bergurau denghan mak pasal saiz badan mak. Tapi sekarang mereka pun macam kita. Ingat lagi kawan ida tanya kenapa mak macam tu. Ida tak tahu nak jawab. Ida balik dan tanya mak, mak jawab orang kurus apa kurangnya…kebetulan kawan ida memang kurus sangat. Ida pun gelar maknya seperti cicak kubin. (maafkan saya mak cik) Bila ingat cam tu terasa nak kurus supaya anak- anak tak malu pula dengan ida pula.

Mak, meskipun mak garang, hari jadi kami mak raikan. Kalau 1 April tu, pagi – pagi lagi mak kenakan kami. Hampir semua orang terkena dengan gurauan mak. Kalau boleh mak nak kami pakai baju raya sampai 3 hari raya. Juadah semua buat sendiri. Masih ingat lagi ida, kena ketuk keluar adunan kuih bakar kacang dari acuannya. Susah tu mak. Bila mak tak larat bakar bahulu secara duduk, mak baring di dapur. Kami yang faham tu merungut juga didalam hati. Bulan puasa dah lah panas, asap sabut lagi..Yang hangusnya lain. Tapi mak tetap di dapur. Abang Run pernah kena marah dengan mak sebab tak belikan Gan, ida dan akak bunga api untuk dimain pada malam raya. Ya lah, tidak sangka esoknyaq raya. Kedai Cina pun dah tutup. Terpaksalah abang Run bawa kami jalan keliling tengok orang lain main bunga api dan mercun. Seikhlas ingatan ida, tidaklah marah benar. Jadi kesian pula pada abang Run.

Kalau menagaji pula, ya Allah, garangnya mak, saya selalu menangis depan muqaddam. itu yang benak tu kot. Air mata selalu menitis kat muqaddam. Masa kahwin kak yang, beriya benar mak surukh kami bertiga beradik khatam sekali. Sibuk mak ke Kg Baru cari sedara mara yang baru balik Haji, pinjam jubah hitam untuk dipakai semasa khatam quran tu nanti.
Mak bermacam peristiwa kita lalui bersama. Mak pernah tanya ida, kenapa kawan- kawan teknik panggil Ida tiga suku di sekolah padahal baru sebulan mendaftar. Ida pun hairan siapa yang bawak mulut tu. Anak mak ni kan ramah. Takkan itupun dinamakan tiga suku. Ida tak nak buruk sangka, tapi tak ramai sedara kita sekolah di Teknik tu. Rasanya bukan orang lain lagi.. Tergamak mereka menceritakan kelakuan ida kat mak. Tapi ida dah maafkan mereka semua tu.Ida tak lupa mak peluk ida sambil menangis suruh jaga nama baik keluarga. Ampunkan ida, ya mak?

Bapak pernah suruh mak nasihatkan ida supaya jangan banyak surat menyurat semasa tingkatan tiga. Emak tanya ida nak nak kawin ke nak belajar. Ida pun silap mak, nama ida tersiar dalam majalah Dunia kanak- kanak masa tu. Mana ida sangka ramai yang nak berkenalan. Bila keputusan SRP keluar, mak gembira. Tapi mak bertanyakan keputusan anak orang pulak. Ada yang lebih baik dari keputusan ida. Banyaknya silap ida mak.

Mak suka dengar radio bila tidur. Menjelang subuh kalau ida terjaga, ida lihat mak baring sebelah radio. Kebetulan lagu – lagu sedih berkumandang. Ida menangis mak. Ida kekadang kesian tengok mak. Mak Nampak letih benar. Ida tak tahu nak membantu.

Mak, mak pernah minta ida nyanyi lagu Cina kat rumah pak Ence Inspektor Mahyuddin. Mula hari itulah kita baik dengan mereka. Sikap keramahan mak dan merendah diri, mak diterima pelbagai masyarakat. Dengan orang India mak bertutur dalam bahasa Tamil, dengan Cina Hepiah mak cakap Cina. Mak, You are so special.

Selain dari aktif berpolitik Mak juga giat dengan Lions Club dan WI.Itu yang turun mak. Aktif macam mak juga. Baik pun macam mak juga. Kekadang kami memang rasa ada roh emak dalam dirinya. Tapi bila nampak anak cucunya berderu datang kami cepat tersedar. Dia adalah mak untuk anak- anaknya. Kami hanya adik – adik yang menumpang kasih. Itu sebab dengan kehadiran enche rasa terubat juga. Tetapi tidaklah dia menggantikan mak. Tentu sekali tidak! Kasih emak dengan dia berbeza.

Mak, Cukuplah yang ada ni dulu ida ceritakan tentang mak. Bagi anak- anak sedara, cerita ni adalah pandangan peribadi cik. Apa yang cik rasa. Tak sama dengan yang lain. Cik, Cu dan mak itam adalah yang tiga dari bawah. Tentu berbeza dengan anak yang sulung, kedua dan seterusnya.Mungkin yang lain boleh respon juga. Sekiranya ada menyinggung mana- mana pihak ampun dan maaf. Wasalam.Al Fatihah.

2 comments:

`Ain berkata...

chik,
sedih giler baca luahan hari ni. bercucuran air mata.serius!tak tipu.YA ALlah, cucuirilah rahmat MU ke atas wan. amiin.

Mommy berkata...

Salam... ana baru ada time nak baca entry ni... sampai kawan opis tanya .. kenapa?... sebab nangis2 lepas lunch hour!!.. sedih sangat!!! Great entry!