? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 12 Mac 2009

GAN


Gan, betapanya ida merindui mu



Kenangan bersama Gan

SALAM,
Bulan Mac ada pelbagai tarikh penting khususnya hari jadi. Tapi kali ini aku terlepas pandang pula tarikh Gan meninggalkan kami. Awal bulan Mac, mungkin 3 atau dua tahun 2007..malu untuk mengaku kenapa pula boleh terlupa kali ini..
Gan, umur kita tidak jauh beza.. malah keluarga kita beza setiap adik beradik dalam jarak dua tahun , insyaallah..Sewaktu kecil kita bagai 3 serangkai..malah walau pun Gan adalah kakak, tapi kita membahasakan nama gelaran sahaja tanpa ada ganti diri kak gan ke, kak ida ke..tapi yang peliknya sibongsu pulak yang dapat gelaran AKAK tu ye..
Semasa kecil arwah Gan yang ida ingat memang periang..malah kita semua gitu.. Dalam kegarangan mak dan apak kita masih boleh bergelak ketawa.. mana- mana kita pergi selalunya bertiga..baju kita kekadang hampir sama..kekadang berbeza dari akak dan ida..mungkin saiz kot yang menjadi perbezaannya..
Ida ingat lagi masa tu Gan naik basikal laju2, sekali basikal tu tak boleh brek atau lambat brek ,gan terus langgar pokok bunga cina depan rumah..penuh darah kat lutut dengan lengan. Mak bukan main marah lagi.Masa tu tengahari rembang juga.Ida dengan agak terperanjat tengok dari jauh. Kalau kita mandi pun bukan main lama. Siap masuk kolah ..apa lagi dapatlah..Gan kena teruk juga. Sebab Gan kakak. Akak dan ida
menyorok bawah katil sampai tertidur. Masih ida ingat lagi semasa abang Run mencuba keta apak, agaknya abang Run tertekan minyak sampai ke reban. Runtuh pintu reban. Gan juga terkena keta apak yang abang Run pandu tu. Kecoh sungguh masa tu..

Sebenarnya Gan bayak jadi orang pertama.. Gan orang pertama menutup aurat dalam keluarga kita, Gan orang yang pertama ada lesen memandu dan boleh memandu pun dengan bergaya sekali. Cuma ida ni saja tidak berani naik kereta dengan Gan..Gan pun yang pertama main pancaragam sekolah, tanner drum tu..Ustaz Sh___ selalu marah Gan. Tapi budak melayu lain Ustaz tak marah lak. Gan selalu cerita kat ida betapa tidak adil ustaz tu..
Gan yang kami kenal sebenarnya adalah orang yang sangat periang..Ada sahaja kita kongsi bersama.Gan suka nyanyi lagi 'Senandung Semalam ' nyanyian Alleycats.Bila dah keje nyanyi lagu Hetty Koes Endang pulak.Siap lukis gambar.. Kita juga pernah melihat entiti di bawah pokok kelapa kan di belakang rumah 197? Kini ida seorang sahaja yang ingat perkara tu..Tak taulah ada orang akan percaya.
Gaduh? Takkan tak pernah..kita pernah bergurindam seperti ini bila marah satu sama lain..
'Tajak - rojak, Run - Perun,
Gan - pinggan, ida- kuda dan akak- pekak
!sambil berlari kejar mengejar..
Tak ingat pulak kenapa yong dan abang za tidak tersenarai dalam gurindam ni. Mungkin dia orang dah bekerja dan tidak tinggal serumah.
Kalau ahli sukan -gan paling aktif dalam acara lontar peluru dan cakera. Boleh wakil negeri lagi untuk sukan JKR.

Anak sedara pulak..letak Gan sebagai 'the best auntie ' atau 'aunty no 1' kalau dibandingkan di antara Gan, Ida dan Akak. Siap tulis di kulit buku cerita lagi..Marah-marah dia lepas tu dia akan hiburkan semula anak- anak buahnya itu..digeleteknya sampai terkekel ketawa. Garangnya kat anak2 sedara sekejap saja. Wang ringgit pun tidak lokek..Kalau anak buahnya berkudis, dialah yang rajin membersihkan..bukan macam ida ni.Penggeli geleman no. 1!
Kami nampak gan suka sangat bila ida dengan akak pakai tudung..pada satu syawal 1983...Gan kata ' kan cantik..?'
Ida ingat lagi bila ida nak tumpang duduk dengan Gan masa sambung belajar. Gan terima kami dengan hati yang terbuka. Gan banyak juga bantu ida selain adik beradik lain semasa sambung belajar..Hsnya Allah sahajalah dapat balas budi baik Gan. Bukan ida sahaja yang menumpang di jalan Cochrane tu, anak2 buah pun Gan sanggup jaga..Yang seronok di situ bila kita selalu mengeteh kat warung mamak seberang jalan atau di bawah flyover seberang masjid.

Sebenarnya kita ada banyak rahsia. Lebih-lebih lagi bila kita dah ada agenda sendiri. Kita hanya kupas isu-isu ringan.Kerana kita berdua tau yang kita ini sangat sensitif, mudah terasa dan mengalir air mata. Kita pernah menangis berpelukan, berasingan (sorang di bilik air, sorang di dapur)Kami tahu banyak perkara yang tersirat di hati Gan kami tidak dapat mentafsirnya..Gan bawa rahsia itu bersama ..

Kalau nak kata kesal dan ralat, memang ida ralat..ida ralat ketika kita berbincang semasa bulan ramadan kali terakhir gan meraikan bersama kami. Ida ralat tak dapat menjaga Gan ketika Gan sakit berkali - kali masuk hospital. Ida ralat kerana ida tidak tahu samada Gan maafkan ida atau tidak, ida ralat ida tidak dapat bersama Gan pada saat akhir.. Gan, macamana ida nak ucap terima kasih atas pengorbanan gan kat ida, kami semuanya..macamana ida nak mohon ampun dan maaf sekiranya ida pernah buat dosa kat gan..Ya Allah, Engkau cucuri rahmat ke atas insan yang paling kami sayangi ini. Janganlah Engkau lenyapkan dia dari hati dan pemikiran kami..Engkau tempatkanlah dia bersama orang- orang yang beriman dan bertakwa, bersama ibu bapa kami Ya Allah..Amin,Amin ya rabiul amin. Al Fatihah..

5 comments:

`Ain berkata...

mama ada terkenang yang arwah mak itam dah masuk 3 tahun meninggal last week.hmm..sedih sgt baca luahan chik kali ini.menusuk dalam hati.pandangan mata mak itam semasa dia bercakap/berbual tu yg amat tak dapat ann lupakan.aduhaii..
YAAllah, janjikanlah Syurga bagi nya.Amiin.

Mommy berkata...

Sedihnya Chik.... malam tadi, baru tengok gambar Mak Itam kat fb pun , Anchor dah berlinangan air mata... kalau dia baca ni mau teresak-esak...Sayang betul Anchor dgn Mak Itam dia.... dia tu penyabar betul orangnya.... good entry chik.... very-very touching indeed. Ana suka part yg cute sekali tu... yg ajuk-mengajuk Tajak -Rojak etc... nakal-but-cute...

sincerely yours.. berkata...

N, Ana, semasa menulis memang air mata jatuh berderai -derai..carilah mana- mana gambarnya..tak ada yang muram, semuanya tersenyum..bahkan ketika disemadikan pun dia tersenyum. Patutlah Atuk dan Wan Putih menggelarnya dialah penawar, dialah sebaliknya..

Enn Ess berkata...

rindunya dgn amk itam.
ibu slalu cte psl mak itam ble kami nek buai sme2.
memg sme cte yg chik bgnih dgn ibu cte.
mak itam tu penyabar orgnye.
smoge dye ditempatkan dlm golongan yg mulia disisNya.
amin.
Al-Fatihah.

sincerely yours.. berkata...

Salam, sebenarnya bukan akak - pekak, tapi akak kokak..Kokak tu maksudnya gigit. Memang akak suka menggigit orang masa kecil dulu..