Assalamualaikum,
Agak lama tidak menulis. Agak sibuk dan juga sedikit malas.Masalahnya asyik mengantuk saja. Itulah, bila berbuka agaknya terlebih. Selepas saja solat terawih atau Isyak mata pun mulalah layu..belum mengaji lagi tu..Masyaallah..Tiga hari lepas, Yong ada tepon, tanyakan nama penuh athirah sebab nak buat solat hajat untuknya .Itulah kelebihan yong, sikap ambil beratnya tu kekadang tak terikut dek kami adik-adiknya. Kalau bab meningkatkan pelajaran dan ilmu, dia akan bersungguh-sungguh memberi galakan.Tak kiralah adik ke, anak ke, anak-anak saudara ke, dia akan ikuti perkembangan. Malam peperiksaan dia akan telefon ucapkan selamat. Begitu juga dengan kak yang. Esoknya Kak Yang pulak tepon. Best sungguh.
Kenapa tajuk Ramadan ini? Entahla. Setiap kali datangnya Ramadan hati akan menjadi sebak , pilu dan sayu. Terkenangkan kampung halaman.Arwah bapak,mak dan Gan. Banyak cerita di bulan Ramadan. Setiap kali sahur pula akan teringat Kak Yang .Kenapa? Masa kecil dulu di rumah lama belakang pejabat pos Sitiawan, pada waktu Sahur Kak Yang akan kejut i dan temankan dia memasak atau memanaskan lauk. Masa tu geram juga, kenapa tak kejut orang lain? Gan ke, Akak ke? Tapi masa tu la kami akan bersembang walaupun mata i dalam keadaan pejam.Masa dulu sahur sangat awal.Bila dah jadi ibu, kekadang sedih jugak, tiada sesiapa meneman. Kelam kabut siapkan sahur, makannya sedikit.Hmm..Muhsin, alhamdullillah, setakat ini puasanya penuh. Ari itu i mengamuk sebab dia termakan biskut munchy. Tapi dia dah luahkan, i yang mengamuk tak tentu pasal. Menangis dia. Sian.
Ramadan ini juga terkenang masa kecil dulu siap simpan ais kerim untuk berbuka. Tapi bila tiba waktunya, ais kerim dah cair.Bila waktu petang, akan ke masjid pula, Amek bubur lambuk free.Kekadang mak buat juga. Juadah berbuka masa dulu meriah. Mak selalu masak banyak. Jiran semua dapat. Tapi sekarang, i tak ble ikut cam tu. Sebab? Elak pembaziran.Dua - i memang tak pandai masak. Sekali sekala hantarlah juga ke rumah jiran. Tapi zaman tu memang semua orang masak banyak kot. Mana ada bazar ramadan masa tu.Bapak pulak akan ingatkan kami dah niat ke blum, buat bintang dari buluh dan letak mentol di dalamnya kemudian gantung kat depan rumah.Balik terawih apak dan mak akan menonton tilawah al quran sambil mencatat nama- nama qari dan qariah yang mengambil bahagian dan meneka siapa akan menjadi juara. Akak (adik bongsu) dengan i la jadi tukang hantar lauk ke rumah jiran. Kekadang Gan join sama. Mak kalau nak masak berbuka pukul 2-3 dah ke dapur. I? Lepas Asar baru turun.Itui pun masak nasi, goreng ikan dan satu jenis lauk. Kuih? Orang kat bazar dah tolong masakkan...Tapi puasa ni I dah pandai buat puding karamel tau. Mi bandung Enche pun dah cuba..Okay la tu, kan?
Jumaat, 21 September 2007
RAMADAN MASA KECIK
Posted by sincerely yours.. at 6:08:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
sob-sob...sedey le.
Catat Ulasan