Salam,
Terasa bersalah pula kerana merasakan ada dua tiga orang yang setia menunggu untuk cerita baru tapi diri ini masih membisu. Sebenarnya sebulan dua ini saya hanya jadi pemerhati. Membaca blog anak- anak buah yang rajin menulis. Sungguh kagum dan malu sendiri kerana mereka menulis berinfomasi sungguh. baik dari segi maklumat kesihatan, keagamaan, perniagaan, masakan dan juga hobi.Berbanding dengan saya yang telah hidup lama tetapi tidak menyumbang apa -apa pun. Hmm, sebelum apa- apa atau merapu lebih jauh, kelewatan tidak menulis ini disebabkan beberapa perkara,
a) talian internet hanya berfungsi pada awal bulan November
b) peperiksaan akhir semester 2008/2009
c) penandaan peperiksaan kebangsaan tempatan(banyak pengorbanan rupanya- x leh cerita banyak sebab segalanya SULIT)
d) siri marhaban rumah ke rumah rakan guru selama seminggu syawal yang lepas
e) menjadi tuan rumah apartmen untuk marhaban
f) melayani tetamu yang datang ke rumah dan beraya sakan
g) membuat persiapan menyambut tetamu khas timbalan pengarah pelajaran 31 Okt lepas
h) mengantuk sokmo!
dan dalam masa terdekat ni
a) insyaallah Menteri Pelajaran untuk Anugerah Juara dan International games
b) menanda tutorial pra -u untuk ketiga -tiga semester
c) mesyuarat pelarasan pra universiti hujung bulan ni
d) mengemaskini hal- hal sekolah sebelum bercuti yang bermula 28 hb Nov
Sebulan dua ni agak sibuk berulang alik ke melaka. Ada lapang kami balik sekejap.Entah bila pula hendak pindah . selain dari itu, dapat tengok Afiq.Balik tengok Afiq terus exit di JB pulak. Tengok Athirah dengan Fakhrullah. Hujung minggu memang kat jalan je lah..Minggu lepas Afiq jatuh motor.Cedera lah juga. Kepala. siku dan lutut bertampal.sebagai ibu cemas la.. Tapi sempatla bebel. Mana tidaknya, kan musim peperiksaan..Si Abang Faruk sibuk tanya pasal motor legendanya, rosak teruk ke idak.. alahai anak....
Gambar- gambar x leh masuk lagi sebab ini laptop yang lain .. x install apa- apa lagi.. Hmm, sakit belakang dah, chow cincau!!
Selasa, 11 November 2008
kETEMU KEMBALI
Posted by sincerely yours.. at 9:03:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 comments:
salam chik...
haaa...mmg ann sentiasa menunggu celoteh chik.rindu la pulak.amboi!byknye aktiviti.patutla, busy rupanye. kesiannye afiq.nasib baik tak kena muka..kalau tak, kureng hensem la teruna tu.hehe.nanti, masa ngantar farah ke kluang, boleh la kami singgah rumah cik di melaka yg angah kata ada tiang seri besar tu ok.all the best...
ooh gitew yer cikgu, saje je kite singgah boleh kans...cikgu pe kabar? anak murid cikgu saper yg paling meletops nakalnya?
Salam N,
Tang dahi Afiq tu ada juga sikit. Belah mata ada lebam juga. Nanti tlg tengokkan ya. Sibukke dengan persialan farah? Singga Melaka? Kecil tapak tangan padang bola depan rumah kami sediakan. Silalah ke rumah.
Cikgu Habiha, sepanjang pengalaman mengajar sekolah rendah,menengah dan pra- u ni tak ingat la paling meletops nakalnya. Bila dah tukar- tukar murid setiap tahun jadi tak ingat. Tp semasa di SMK Selayang Baru tu adalah juga pelajar kelas peralihan..Murid Tahun 1 d SRK Pengkalan Tentera adalah juga. Tapi biasa lah tu. Kata arwah mertua saya, " mana ada budak yang baik, mana ada orang tua yang cantik.." Itulah panduan saya.
Salam cikgu..saya ziarah lagi En3 cikgu..mgkn.cikgu sebok kot...atau saya yang menyebok suka ziarah En3 cikgu..hik..hik...tak pelah..saya nak ucap TQ sbb. cikgu sudi Ziarah En3 saya...semoga sama-sama dapat manfaatnya....Nanti saya ziarah lagiks ye cikgu...volleh gittew?
Catat Ulasan