? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 17 Jun 2008

Jun, kisah enche,

Salam..
Saya gagahkan diri untuk menulis di pagi ini. Suami tersayang ada di sebelah mencuba PSP sementara menunggu Euro kot. Jam hampir 2 pagi.. Dalam hati mengeluh juga.."aku ni..kalau nak menulis ke ,tengok TV larat je badan..nak semayang dua rakaat tak mampu.. hmm.."
"Betapa malang nasibku,
......................,(yang ini tak ingat)
Walau kini dapat ganti,
Seorang ibu, ibu tiri..
Ibu tiri hanya cinta ..kepada ayahku saja,
Tapi bila ayah pergi, kudihina dan dicaci..."

Masa kecil dulu selalu juga nyanyi lagu ini nyanyian M. Daud Kilau. Akak marah. " Don't sing that song.. stop it"..Masa tu saya sedikit pun tidak mimpi untuk punya ibu tiri. Apatah lagi tengok kekejaman ibu tiri dalam filem melayu atau pun cerita2 dongeng. Tapi.. akhirnya kami dapat juga satu..- 'enche'

Bulan Jun, 2 hb ialah hari jadi enche.. Hari tu masa dia datang KL saya bagi tau kak yang tolong ucapkan selamat hari jadi buatnya...Yang kelakarnya, dia menjawab lambat lagi.. Saya tak puas hati saya bercakap terus dengannya," Enche punya hari jadi berapa hari bulan ?" dia jawab " 2 hb Jun" Saya tanya balik" habis hari ni dah berapa hb? Kak yang tanya kenapa jawab lambat lagi" " Ha..ah lah.. hari ni dah berapa hb?" dan ketawa mengekek. ( Khabarnnya kak yang ada menjamu dia dengan yong kek yang terlewat)..okayla tu..Saya tak berapa pasti bulan Jun ni berapa ramai kaum keluarga yang terlibat. Yang saya tau benar- enche (2 hb), Arwah bapa (15 hb)Arwah Gan (23 hb). Ain yong kalau tak silap dalam bulan ni juga kot..
Siapa enche? Kenapa enche? Definisi keluarga kami- enche ialah ganti nama untuk ibu.( Tetapi orang belah pahanag adalah gantinama untuk bapa).Enche @ Hajah Halimah Hj Abdul Hamid adalah isteri kedua bapa selepas mak meninggal. Bapa menyuntingnya setelah 3 bulan lebih kurang ibu tiada bersama kami. Enche ketika itu boleh lah dikatakan seorang usahawan. Perniagaan makanan. Sebelum bapa menerimanya, banyaklah calon- calon yang dicadangkan tetapi agaknya sudah jodoh dengan enche agaknya.. Anak gadis Langkuas. Gerainya di Taman Cempaka ,Ipoh pun dinamakan Sri Langkuas.

Kampung Langkuas ni lagi jauh dari Kg Telok. Nun atas puncak bukit nun.Sebelum diberi lampu hijau, yong, abang Run dan abang Za katanya telah mengintainya dari jauh. Mereka memerhatikannya dari gerai yang berdekatan.dan memberi persetujuan.Kami sebagai adik2 ikut sahajalah dan perkahwinan mereka ditetapkan. Hari perkahwinan mereka - saya tidak pergi ke Langkuas. Bapa bersanding..Bila kami adik beradik berkumpul pada malamnya sambil mendengar cerita dari mereka yang pergi (bapa bermalam di rumah pengantin perempuan)..kami menangis dan perasaan bercampur baur..Yong berkata " kalau bapa meninggal anak berkumpul, kalau mak meninggal- anak berpisah" dan kami terus menangis lagi. Terasa kehilangan bapa pula.Tapi syukurlah kami masih bersatu..
Apa perasaan saya? Saya rasa saya lah paling lambat menerima orang baru ini..Sampaikan bapa terasa dengan kelaku- kelaku saya tidak senonoh itu.Oleh kerana saya paling lambat keluar dari 143 maka saya terpaksa mengahadapi situasi yang saya tidak gemar.

Ketika itu pula saya sudah pun memasuki maktab dan mula berkawan rapat dengan suami saya sekarang. Suami sayalah juga di antara insan yang menasihati saya untuk menerima enche. Dia mengingatkan untuk tidak menjadi tamak kasih sayang. Dia memberi andaian sekiranya bapa sakit dan tiada sesiapa di sisinya.Anak-anaknya semua jauh.Bagaimana? Hati saya geram sungguh. Saya mengharapkan dia akan menyokong saya tetapi tidak. Kenapa tidak? Dia pun lelaki jugak! Bila dikenangkan sungguh berdosa saya ini terhadap bapa..dan enche juga..

Namun masa telah mengubahnya.. tetapi bapa agaknya relah berpesan pada enche untuk menjaga kami...dan berpesan kepada kami untuk menjaganya dan adik pula. Alhamdullilah, Sehingga hari ini, enche masih di 143, dan alhmadulillah perasaan saya telah berubah terhadapnya. Tetapi sekiranya dibandingkan dengan ibu sendiri tentulah tidak sama! Kata bapa.."enche dengan arwah mak kamu tak banyak beza..mungkin saiz.. cuba kamu tengok..dua-duanya berniaga makan, tengok cereknya..sama dengan mak kamu..". Cerita enche pula, arwah mak macam tahu- tahu sahaja yang dia akan meninggal dan mengharapkan enche untuk ambil alih. arwah mak minta izin dengan enche agar Gan dapat menumpang rumahnya sementara belum dapat asrama PUO. Katanya mereka telah berbual mesra. jodoh dengan bapa pula langsung tidak terlintas di hatinya untuk menerima orang yang hampir bersara. Bukan sedikit orang datang meminangnya. Malah ada yang berpangkat pun,.Sebenarnya bukankah Allah telah mengatur semuanya dan saya pula hendak menidakkannya. Ampunkan dosaku ya Allah..

Enche menjaga saya di dalam pantang sebanyak 3 kali. Anak saya dialah memandikan, menuam dan sebagainnya. Terasa malu jua.Saya dahulu bukan main sombong dengannya. Bukan itu sahaja, Kalau Anak saya bersunat pun dia tolong tengokkan kalau saya tak berani. Sekarang ini, meskipun masih ada perkara yang saya tidak setuju, saya cuba abaikan...Simpan dalam hati..atau anggap tak ada apalah..Pernah terjadi satu peristiwa dan dia merajuk. Rumah 143 hilang serinya. Dan seikhlasnnya kalau boleh saya tidak mahu dia merajuk lagi. Cukuplah..Sekurangnya- kurangnya bila kami balik , kami ada rumah..anak2 saya ada "wan".Saya masih ada sebab sangat kuat untuk balik selain rumah yong dan chik. Pernah saya berkata " enche untung ada kami sebab kami baik, " dengan selambanya dia menjawab.." kome untung juga ada enche, enche baik dengan kome.." saya terkedu.Cepat- cepat tukar topik. Perkataan kesukaannya - Memang itu..memang ini.. Kalau saya balik, kami akan bercerita. Ada yang saya dengar, ada yang tidak. Saya biarkan dia bercakap.Saya cuma mengiyakan saja.
Lagi satu dia memang orang yang sangat berjimat.Yalhah, apa yang diharapkan dari pencen arwah bapa? Dia bukan tak mahu berniaga tapi arwah bapa ada berpesan supaya berhenti berniaga bila mereka berkahwin dan itulah amanat yang masih dipegang walaupun berniaga itu banyak untungnya.

Enche memang tidak boleh menggantikan emak.Memang. Akan tetapi dia tidaklah seteruk ibu tiri di dalam cerita lama. Sekarang ni nampak tua benar dia. Nampak letih sangat. Namun dia melawan kudratnya itu dengan menyapu, memandu dan berjalan jauh dari pekan tuak ke Fajar(sekarang The Store) - alasannya senang parking dan tak yah bayar. Berjaga malam untuk buat kuih raya yang beribu-ribu banyaknya seorang diri!!

Enche, ida mohon maaf atas kesilapan yang lampau dan akan mencuba untuk tidak melakukannya lagi. Ida akan mendidik anak-anak supaya akan menghormati enche dengan sepatutnya. Kesemuannya ini adalah Qada dan Qadar Illahi.

p.s. dalam beberapa jam lagi saya akan bertolak ke sitiawan denngan bas. Walaupun seorang diri dan tiada objektif khusus saya ke sana dan mungkin terbaca cerita kak yang balik sitiawan saya pun menggeletek ndak balik walaupun terpaksa tinggal muhsin dengan bapa dan abangnya. Suami dan anak- anak pula mengizinkan.Ya Allah selamatkanlah perjalanku ini. Amin.

4 comments:

Mommy berkata...

Salam. Baik sebenornye Wan Enche Limah tu.... Chik kena minta maaf LIFE ngan dia tau. Lelama baca... towards the end rasa sebak pulak.... naper ye!....

Mommy berkata...

Lupalak... happy sesangat lah Mama tu bila Chik balik sana. Ana pun bila Ayah sebut rindu kat anak2 kena juga la bawa balik Klang sensorang masa hari bapa haritu. Sebabnya... tak nak dia terkilan ke... apa ke.. diorang dah tua dah.

`Ain berkata...

Pada kami, Wan lah nenek kami.kenangan dengan wan putih, samar2.wan putih meninggal masa ann umur 2 tahun. ingat saat2 masa majlis pengebumian aje. selalu jugak cerita kat kawan2, yang kami ada nenek tiri.tapi, perangainye tak pulak mcm nenek tiri:)

sincerely yours.. berkata...

Ana, N,
kemungkinan kami dengan wan sebab ada 'chemistry' dan juga sebab- sebab lain seperti sabar, redha dan syukur. Tak dapat chik lupakan bila atuk menyebut nak kahwin lagi sedangkan merah lagi kubur wan putih..Berkat didikan mak dan bapa untuk tidak membantah kami berjaya agaknya untuk bertahan.. Cik nazri memujuk kami dan menasihati kami untuk menerimanya dan siap berpesan untuk cium tangannya.Perasaan cik tinggal di rumah keseorangan hanya Allah yang tahu..Syukurlah, moga hubungan ini berkekalan..