Salam,
Cerita Yong dalam siaran yang lepas, rupanya telah menyentuh perasaan ramai yang membacanya termasuk tuan punya badan. Saya belum menghubungi Yong untuk mendapat maklum balas darinya tapi saya dapat tahu dia juga mengalirkan air mata, bukan dia sahaja malah anak menantunya pun! Tidaklah saya berniat untuk membuat drama hindi tapi itulah antara yang saya masih ingat, kebetulan cerita- cerita sedih pulak..Cerita gembira ? Tentulah banyak juga. Melancong ke Indonesia dan berbulan madu di Cameron Highlands.(saya tidak ada bulan madu- lagu bulan madu di awan biru nyanyian Search sahajalah yang dapat..)Yong pun selalu dapat hadiah hari jadi dan ulangtahun perkahwinan.Yong cantik dan popular- ramai peminat..Hebat tu? Gambarnya seperti artis di tepi TV kotakdi rumah 197(s). Pinggang nya seperti gitar!Itu tak masuk zaman cerita dia di kelas peralihan. [krokodaile= crocodile] dan [o-ne = one].Dia pun ada nama inggeris juga. Apa namanya, Peggy ke ?
Bercerita mengenai kelas peralihan (remove class), saya sangat kagum dengan guru bahasa inggeris Yong kerana berjaya melahirkan pelajar yang di dalam kelas itu fasih berbahasa Inggeris. Saya selalu menyangka yong ni guru bahasa inggeris tapi bukan..dia fasih berbahasa inggeris.Mengenai nama- nama orang inggeris yang diberikan kepada pelajar sebenarnya adalah satu teknik yang bagus untuk pelajar mendalami bahasa itu.Ini adalah kerana semasa saya belajar Bahasa Jerman di UITM, saya juga diberikan nama orang Jerman. Begitu juga dengan kawan-kawan yang lain. Kata pensyarah saya " You have to act and think like one if you want to learn other language". Saya pulak tidak tergamak nak menamakan pelajar saya dengan nama - nama asing ni, sebab ?- takut kena serang dengan ibu bapa yang mungkin konservatif dan menyangka saya akan mengkafirkan anak- anaknya,dua- kerana saya mula sayangkan melayu dan bahasanya.. saya akan cuba kaedah lain untuk pelajar saya- kalau boleh. Tetapi masalah bahasa inggeris tidak ada hujungnya, maka saya kena pelbagaikan kaedah juga.Jadi E.T. kenalah buat juga untuk bangsa sendiri juga, kalau tidak nanti seperti iklan NST di mana bangsa saya diperlekehkan kerana tidak tahu B.I.!
Eh, dah kuar tajuk la pulak.
Yong,
Seperti mana saya terangkan kepada kak yang tujuan blog ini diadakan adalah untuk generasi kita yang akan datang. Mereka akan tahu mana asal usulnya. Yong,Sekiranya ada kekurangan bahan atau kesilapan maklumat tolong komen dan tambah mana yang patut dari sudut pandangan yong atau kak yang pula.Ida impikan hubungan anak cucu kita nanti sama seperti adik beradik kandung. Tolong menolong satu sama lain. Ida tak mahu seperti menjadi anak cucu cicit Andul Razak - Rokiah. Tak kenal dan malu..Kena pulak yang dua tiga lapis tu..Langsung tak kenal..
Percaya tak yong, kami adik- adik ni (ida, akak dan aruah Gan) memang kekadang pernah terfikir dan berfikir yong dan yang dah ada keluarga sendiri, anak menantu dan cucu sendiri - agaknya masa untuk kami ada lagi ke ? Itulah yang sebak tu .. memang tak patut lah nak bermanja dengan yong dan yang. Mungkin kami selalu fikir kami ni masih kecil lagi(walaupun dah ada anak bujang pun)..macam dulu.Mungkin ida ni yang tamak ya?
Yong,sekali lagi ida doakan yong panjang umurMurahkan rezeki. KurabMana yang ida dah menyakiti yong tanpa disedari maaf dipohon jua. Tahu aje lah,ida juga dikenali sebagai 'mulut laser ERA' kat sekolah..macam-macam gelaran ya,..
Sabtu, 7 Jun 2008
Cerita Yong: Tangkap Leleh
Posted by sincerely yours.. at 11:17:00 PTG
Labels: Yong
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 comments:
Salam.... ada part 2 lagi. Citer la lagi. Pasal semua adik beradik cik. Itu semua sejarah untuk anak cucu.... kalau boleh download gambor lelama .... lagi best. Syabas cik!... Semalam lepas terlajak-lajak.... sampai juga lah le Felda LBJ... lepas sessi karaoke... Uncle Abas - Sayang semuanya sudah terlambat.. Pak Ngah - lagu apa ye .. english song gitu..., Pak Uda... lagu english jugek, Ancor- lagu seroja.... kami pun berangkat pulang..... singgah lak tengok F1 BMW Petronas training kat SIC... bebudak seronok terjerit-jerit (budak sunat lee..)
bila mama sampai je rumah ann kelmarin, terus ann bukak blog chik.bagi dia baca sorang2 dlm bilik. lepas 5 minit, jenguk.expected...meleleh2 air mata ibu!!
Ain & mommy,
Gambar lelama banyak pada Yong.. Lebih terjamin dalam simpanannya kot..Wah, siap menmyanyi lagi.. hah itu yang gatal kaki tu..Nanti sesapa kawin pulak ada la 1 sessi nyanyi2 ye..untuk kita aje la..
Mama dan air mata memang x dapat dipisahkan.. Cik, mak yang,cu mungkin the next pula..Yang bestnya, perasan tak, dalam nangis2tu ada tawa bila diusik. Kreatif gitu.Pas ni, mungkin ada cerita2 orang lain pula.Mungkin pak uda kot.He..He..
Catat Ulasan