? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Jumaat, 5 September 2008

SEMBANG MALAM LAGI



Faruk anak sulung kami

Salam, bertemu kembali... betapa hati ini menggeletek hendak mengetuk papan kekunci untuk menaip beberapa baris supaya tidak ketinggalan jauh. Tak tahu kenapa, terasa malas benar sekarang ini, padahal dalam kotak fikiran melayang jauh mereka idea dan tidak sabar- sabar untuk disalurkan ke dalam blog.
Semalam ibu mertua opah siber kembali ke Rahmatullah. Bersyukur kerana semapat menziarah arwah pada cuti sekolah dua minggu yang lepas. Memang hati ini meronta- ronta hendak pergi menziarahnya sseolah- olah tahu itu pertemuan yang terakhir. Matanya memandang sayu dan adakalanya terlelap. Sekali sekala menghulur tangan minta dipegang. Sejuk tangannya tetapi lembut, kedutan kulitnya ketara sehingga Muhsin berasa hairan dan bertanya pelbagai soalan. Suami,Faruk,Syafiq, Athira dan Muhsin semuanya berkesempatan menziarah beliau pada malam itu. Sesungguhnya Arwah Mak Tepah ini, seperti ahli keluarga kami yang rapat juga. Dia kenal kesemua adik beradik kami dan mengambil berat..Saya berkahwin dulupun, bermalam di rumahnya dulu dan sempat juga dia bepesan untuk menjadi isteri yang solehah.Banyak juga kenangan yang tidak dapat tertulis di sini. Al Fatihah untuk Arwah Mak Tepah..Kata Opah Siber, wajahnya bersih dan seolah- olah tersenyum ketika diperbaringan terakhir.
20 hb Ogos yang lepas, hari jadi Faruk yang ke20. Dah ada anak bujang rupanya saya ini. Tiada hadiah dan kek. Dah beli kan dia thumb drive 4 Gig tapi dia dah ada. Tak jadi bagi. Sebelum tu dah bagi yang 1 Gig. Tapi dia dapat hadiah yang lebih besar. Dia kata tak payah bagi hadiahlah. Yelah, apalah sangat jika dibandingkan dengan Proton Satria 1.3 tahun 2003?Beruntung anak2 sekarang ya? Masa nak lahirkan dia dulupun kami tumpang kereta Cikgu Lutfi Pen. Kanan S.K. Ganchong, Pekan meredah tengah malam ke Hospital Pekan dengan air mentuban yang pecah..Cikgu Lutfi tu bujang pulak, keretanya baru, Proton SAGA putih, no. platenya CAA....alamak segannya sampai tak rasa sakit nak bersalin pun.Budi baik Cikgu Lutfi akan kami kenang sampai bila-bila dan doakan cikgu sihat sejahtera. Untuk Faruk pulak ibu dan bapa doakan yang terbaik untukmu. Tapi masih menegurnya sekiranya dia tersilap.Selagi dia belum berkeluarga rasanya dia masih anak- anak lagi. Kalau dia dah kawin pun nanti kalau dia silap perlu juga ditegur seperti arwah bapa menegur kami walaupun kami dah berkeluarga.Itu rancangan kami.Allah jua yang mengatur segala.
31 Ogos Hari Kebangsaan yang ke51. Kami meraikannya di Melaka dan bersahur Ramadan di sana. Apa yang diharapkan, apapun Malaysia tetap unggul dan merdeka. Keadaan sekarang macam - macam ekoran parti kerajaan menang majoriti mudah tempohari.
Akhir sekali Salam Ramadan.Banyak SMS diterima dan pelbagai. Terima kasih pada yang berkenaan. Ramadan kali ini macam rasa malas sahaja. Rumah dah tinggal bertiga. Alhamdullilah Muhsin dapat berpuasa penuh setakat ini. Agak rajin menolong terutamanya waktu berbuka. Mulutnya mengalahkan orang tua. Banyak ceritanya. Sahur dia makan cocoa crunch dengan susu sahaja. Tak lalu makan nasi kot. Kami pun insyaallah nak makan kacang panggang kot jap lagi. Abang pun jadi macam tak selera nasi. Ikan goreng dua ekor pun tak habis. Okaylah, nak tidur jap. Kul 4 nak bangun lak. Saya kerja nya lambat.. yang sdengang pun siapnya lambat. Sekali lagi salam Ramadan..

2 comments:

`Ain berkata...

salam chik..
buka posa apa selalunye.sempat masak tak?teringat pulak kat soto madura tu bulan2 posa ni.hepi besday la kat faruk ye.raye ni bole la merase naik kete satria dia eh.boleh bayangkn celoteh muhsin tu.menghiburkn hati:)

sincerely yours.. berkata...

akum N,
Rasanya pose kali ni antara yang sempoi kot...ke Bazar Ramadan setiap petang, tapi beli karipap (wajib)6 biji, nasi ayam muhsin, ikan basah untuk goreng 2 ekor, lauk satu jenis, air RM2.00. Pas tu masakla nasi 1 pot yang boleh di bawa ke sahur. Sayut x pernah beli dan masak. Tak laku.Muhsin sehingga hari ini masih makan cocoa crunch untuk sahur.Macam x de mood lah, sunyi kot, korum makin kurang..N kat kl tentu meriah- tukar2 lauk lagi dengan kak chor ya?